Tuesday, July 6, 2010

Tag bersuka ria

Nasib baik hari ni ada masa free nak buat blogwalking. Tetiba nampak diri ini di tag oleh puan sahabat a.k.a aima. Dah alang-alang free baik haku langsaikan tag ini.Wacha!!! okey, sound effect takde kena mengena langsung.

No. 1: Do you think you are hot right now?

Heheheh..haku sentiasa rasa diri sejuk dan sedingin salju nan memutih. Hahahah! okey, kamu tak menjawab soalan. Sila beri jawapan dengan betul. Mari kita translate soalan kepada bahasa melayu "adakah anda fikir anda panas sekarang?" tidak! kerana ada kipas di belakang saya. Dush! dush! suka buat lawak bhanghanggggg. Er jawapannya..tidak. Tapi saya suka perasan diri chomel. Hahahah! sukatik okey.

No. 2: Upload wallpaper that you are using rite now
Huhuhuh! laptop mahupun telefon bimbit saya adalah tidak berwallpaper. Sebelum ni lappy ada wallpaper.Cantik! wallpaper windows 7.Kejap-kejap pandai tukar sendirik. Tapi sejak-sejak di dapati windows adalah tidak original maka terus gelap gelita duniaku. Hahahah! en.Jamil sila install semula windows 7 ke lappy saya T_T. Saya liat nak letak wall paper sebab memang dari dulu tak suka ada wallpaper.

No. 3: Last time eating pizza?
Emm bila ek..Last month ker last two months.Tak ingat dah. Tu pun gigih pegi sorang-sorang lepas balik dari sekolah. Mengidam punya pasal la. Saya beserta seluruh ahli keluarga memang hantu pizza.

No. 4: Last song that you listen?
Apa ye..owh, soundtrack Lagenda Budak Setan. Dah setiap kali haku buka blog lagu tu je yang akan keluar. Heheh

No. 5: Others things that you are doing right now?
Melantak Mister Potato dan minum soya ros. Huhuhu hobi baru kalau tengah online

No. 6: Other than your name what is other name that you people use to call you?
Cikgu Yuna. Hahahah! tersipu-sipu malu aiii. Hanya kerana haku tetiba pakai selendang pergi sekolah setelah begitu setia dengan tudung bawal yang cuma ada 5 helai dan akan diulang-ulang pakai sehingga lusuh. Tsk! tsk!

No. 7: Tag five person
1. Kamu
2. Kau
3. Saudara
4. Saudari
5. Anda

wakakakka! gila punya senang haku tag. Pepandai la korang rasa korang kategori mana.


Who is no. 1 for you ?
Hah! hambek kau. Terus terperangkap dengan soalan. Kata nak ambil jalan mudah. Sekarang kau nak jawab apa dengan 1.kamu itu?
Rilek..pikir..pikir..itu gunanya otak yang dikurniakan..eeemm... "kau terindah, masih ada yang tercantik...itu kamu!" phew! dapat jawab gak akhirnya. hhuhu

Say something for person no.5
Okay person no.5 saya adalah Anda. Dia adalah seorang yang amat berdedikasi. Wah! tetibe. Done!


no.3 is in relationship with ?
Si saudara berhubungan dengan....er..sudah tentu dengan keluarganya. Tak mungkin salah. Kompem betul. (sambil berlalu ke soalan yang seterusnya dengan muka innocent)

How about no.2 ?
Owh.. no.2 adalah kau.. err haku nak ulang balik lirik lagu "kau terindah...masih ada....yang tercantik..itu kamu" boleh? wakakaka! punya vunguks jawapan kamu amy. ah! sukatikk.

The fact about 5 people that you tag..
..tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah mati..sekian


Adoiii berpeluh menjawab. Walapun saya memain manjang. Sebab hari ni memang mood memain je. Kalau kena mood macam nak bertanding pidato piala diraja maybe jawapan haku siap ada hujah dan sebagainya.


Cheers,
Amysue

3 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

menguji minda betul!!

Erina Asmawani said...

adoyai mie..sakit mulut tawe mie buat tag ni..hahahha...kelaka la mie ni..

Dayangku Army said...

heheheh dah mood tengah baik la tu..tu yang jawapan merepek meraban.Cuba buat time takde mood..wuwuwuwu T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...