Thursday, August 26, 2010

Saya memang suka

Dalam matematik saya memang suka algebra. Tak kisah topik apa pun janji ianya adalah dalam terkandung dalam kelompok algebra. Memang syok and layannn je kalau buat problem solving.
Sekarang pulak memang tengah mengajar silibus algebra dalam course technical maths dan juga basic maths, so terimbau kembali saat mula-mula saya mengenal asas algebra.

Tak silap saya masa tu saya darjah 4. Saya masa zaman sekolah tak pernah langsung merasai apa itu 'tuisyen' maksud saya like makpak antar pegi pusat tuisyen. Sampai abis SPM x penah masuk kelas tuisyen. Kalau kelas intensif or kelas tambahan tu memang biasa lah. Tapi kalau bayar untuk ambil tuisyen memang x penah. Huhuhuhu sedih.

Masa sekolah rendah saya tak masuk kelas tuisyen sebab mak ayah saya yang akan ajar. Ayah ajar maths dan mak ajar english. Hehehehe..teringat masa belajar maths dengan ayah. Berkaitan algebra la ni. Tapi masa tu takdelah soalan x + 4 = 5.. yang x tu dia letak kotak kosong je. Yelah maths darjah 4 kan. Belom kenal lagi apa itu x apa itu y.

Huhuhuh ayah saya beriya-iya betul mengajar dengan memperkenalkan hurup x dan y tu. Hahahah! serius saya sangat konpius dan tidak paham ape bende la ayah aku cakap nih!. Ayah saya punya beriya-iya tu sampai suara pun dah jadi macam menjerit-jerit nak bagi saya faham. "ni..kalau darab pegi sebelah jadi bahagi..kalau tambah jadi tolak..bla..bla..bla.." wuwuwuwu T_T nangissss. Tak paham.

Kalau ayah saya cakap "Mak ko nak minta 5 biji gula-gula dari ko, tapi ko ada 2 biji je..lagi berapa gula-gula ko kena beli?"..haaaa kalau gitu aku rasa bole la kut nak pick up. Dah time tu dunia kau cuma junk food. Ni bila masuk x, y memang pitam terus la..

Sampai sekarang saya ingat betapa masa belajar topik tu saya menangis-nangis tak paham. Menjejeh-jejeh airmata buat maths. Aku belasah aje..eh! eh rupanya betol. Huhuhu..lama-lama baaru faham.

Tapi alhamdulillah, berkat bapak saya yang ajar maths sejak kecik..subjek maths aje la pun yang saya cemerlang dari jaman upsr, pmr, spm dan sampai la saya berkerjaya mengajar subjek maths sekarang.

Heheheheh..bila saya dah cakap maths aje..kau tak payah bayanglah subjek lain. Heheheh yang lain tu ok juga lah tapi pandai goyang-goyang gitu. Dari A terus tetiba jadi D..then naik pi B..then turun lagi ke C..hehehhe ggitulaa.

Taaaapi satu je kelemahan saya, walaupun saya suka gila dengan maths, cuba kau tanya aku soklan congak. Hah! blank saya kat situ gak. Hahahha! bab congak mencongak memang saya lomah. Saya jenis yang mesti buat jalan kerja baru boleh. Heheheh tu yang bila mak tanya soklah "em kalau biskut 600gm =RM 24, agak berapa la tu harganya kalau 100gm?" laju-laju aku amik pen dan kertas dan terus buat guna kaedah ratio. Tengah saya duk kira-kira, mak saya dah dapat jawapan. hahahah! adoilaaa..kene kutuk terus ngan mak saya.

Heheh..ok entry tamat.

Cheers,
Amysue

Wednesday, August 25, 2010

Buat seorang sahabat..

Yuhuuu..assalamualaikum. Wah! rindu betol nak update blog. Lama la jugak saya menyepi. Bukan kerana malas ke apa. Cuma keadaan tidak mengizinkan saya berbelog.

Hari dah masuk 15 hari kita berpuasa. Tadi pagi kat dalam keta dah start dah dengar lagu raya kat radio. Wuwuwuwu T_T tetiba hati sayu dan sedih mengenangkan Ramadhan tak lama lagi dah nak berakhir.

Ramadhan kali ni penuh dengan dugaan buat saya. Tapi yelah, orang kata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan alhamdulilah, saya kira segala masalah dan kemelut yang melanda saya sejak awal ramadhan lepas telah pun berakhir dengan penuh emosi semalam. Saya memilih untuk mengakhiri semua ni. Demi kebaikan semua orang dan demi menjaga perasaan orang lain.

Kalau ikutkan, nak aje saya coretkan kat sini apa yang sebenarnya telah saya lalui sepanjang 2 minggu lebih ni. Tapi, rasanya biarlah saya dan mereka yang berkenaan sahaja yang mengetahuinya. Sekarang pun saya rasa saya lebih tenang.

Semalam saya pegang sangat kata-kata ni "kalaupun tak mampu melupakan, saya akan simpan dalam-dalam di sudut hati. ..kukuh dan rapi" tapi akhirnya saya rasa biarlah saya ingat semua ini sebagai kenangan. Walau singkat ia menjengah di ruang kehidupan saya, tapi cukup buat saya sangat sayang untuk melupakan.

Doa saya pada dia tidak pernah putus. Moga Allah utuskan sesuatu yang terbaik buat dia. lapangkan hidupnya dan jauhkan dari kesempitan hidup dunia dan akhirat. Bila dia gembira, saya pasti senang hati. Bila dia susah, saya juga turut merasainya.



Cheers,
Amysue

Friday, August 20, 2010

Hanya kerana cinta



Hanya Kerana Cinta – Hafiz, Aril, Ayu, Anne & Tini Hot FM

Keaadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah



Cheers,
Amysue

Wednesday, August 18, 2010

Sekeping kad bernama kad raya

Kekekek..tajuk entri kengkonon nak bagi sentimental dan touching-touching gitu. Tapi takkkk..huhuh

Masih tak korang dapat kad raya skang ni? Dah macam susah dah ek nak dapat kad raya bebanyak dari kengkawan. Paling koman pun dapat la barang 5 keping. Itu pun kalauuuu..huhuhu

Sejak-sejak dah ada teknologi ni, cara tradisional dah tak layan sangat dah. Semua dah pakai sms dan email. Tapi bagi saya, dari sudut sentimental value nya, memang kad raya la best. Sebab saya suka perati tulisan orang. Hehehe. Rasa dekat je di hati.

Huhuhuhu, saya pon dah lama tak kasik orang kad raya. Yang wajib dapat tetiap tahun pun si orang tersayang. Hahahahah! tapi taun lepas tak kasik sebab lupe nak beli. Tetibe je dah raya.Nak buat cemane? hehehe. Dan tahun lepas bilangan kad raya yang saya dapat adalah sebanyak satu. Hahaha! satu saje ye. Tapi yang bosar okey. Masa nak amik kat post office pun cam malu. Sebab besar gile."hehehe, kau tgk punya besar kad raya dia, mesti pakwe kasik" sambil ketawa mengekek. Dush! dush! kau ade??? takdeee

Last saya main kasik2 kad raya ni masa taun 2006. Masa tu study kat unitar. Gigih gak hantar kad raya. Tapi time tu takdelah "pecah kaca pecah gelas..sudah baca harap balas" hahahha! kalau nak balas...balas le.Kalau tak pun takpe.

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Seawal darjah satu dah pandai hantar2 kad raya. Pastu kat sekolah mesti ramai gile kengkawan jual kad raya. Masa tu memang sampai lebih 50 keping kad saya perlukan. Hahhahah! gila punya banyak ek. Pastu asik kira sapa dapat kad raya paling banyak "aku dah 25 keping..kau? eeee sikitnya kau dapat???" heheheh gituuuu.

Malam raya, sibuk keluarkan kad-kad yang ada dan diketip sambung-sambung dan gantung kat dinding. Hahah! penuh dinding dengan kad raya. Kalau adik aku buat skrg, dan-dan tu juga aku suh dia cabut . Semak aku tengok.

hemmm..tetibe tahun ni saya macam nak kasik kad raya la. Sape-sape nak join sekali, moh le kita saling berhantar2 kad raya. Pas aku kasik kau..kau kasik aku. Gituu. Nak??? meh address..kang saya pos. Tapi yang wajib adalah sahabat handai yg masih saya simpan alamatnya. Yang takde tu, tepakse pakai sms. hhehehe



Cheers,
amysue

Sunday, August 15, 2010

Bermarathon

Sejak minggu lepas lagi weekend asik saket pinggang. Uhuhuhh! well..itu tanda-tanda kau dah veteren okey. Sila sedar.

Isk! takdelah.. Bukan sebab dah tua ke ape. Ape ingat umo 28 dah season sangat ke? comel lagi ye. harap maklum. Kekekeke.

Sejak last week, asal weekend je gigih betul saya membuat biskut raya. Alhamdulillah, tahun ni dah ambil order secara banyak. Sebelum-sebelum ni ambil gak order tapi just sikit-sikit je. Tapi memandangkan banyak sangat permintaan terhadap biskut-biskut dan kek, maka tahun ni secara rasminya saya mengambil tempahan yang agak banyak.

Jadi saya risau kalau tak dapat siapkan tempahan orang maka sabtu ahad memang saya pulun abis la buat biskut. Buat semampu yang boleh koz hari biasa memang saya tak larat nak buat dengan balik keje pun dah petang. Malam memang kompem saya flat gile. Dah la timing nak gi keje pun dah awal. Kul 6 pagi dah gerak. Harus saya tido awal.

Tat gulung..kuih makmur...dan almond london yang belum disalut coklat

Hari-hari biasa mak saya la yang buat. Dia buat part dia je la. Maksud saya dalam banyak-banyak biskut, dia buat 3,4 jenis. Saya lak gigih dengan almond london, tat gulung, choc chip dan biskut kacang.

Hasil bertungkus lumus pada weekend

Semalam (sabtu) saya bermarathon buat biskut choc chip, almond london dan tat gulung. Phew! pukul 8mlm baru selesai. Mau tak krem pinggang aku ni. Tadi saya just buat tat gulung je. Banyak weh tak gulung orang nak. Alhamdulillah...rezeki di bulan ramadhan..syukur, rezeki tak putus-putus. Wuuwwuwu, kamu aje yang on-off ingat kat Dia yang satu. Insaf...

Saturday, August 14, 2010

Saya redha

**Entri ini cuma luahan perasaan. Maaf, sesiapa yang merasa agak jelek dengan tulisan ini dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan. Huhuhuhu sebab saya sure, satu hape pun korang tak paham ape yang yang sedang berlaku..**

Seminggu yang berlalu penuh dengan permainan emosi. Terasa macam dalam mimpi je semua ni. Saya takde la happy sangat tapi tak la juga sedih sangat. Huhuhu tak sedih kau kata?? yang kau duk nangis memalam tu ape hal?? well, at least sang kekasih tak perasan apa yang sedang melanda diri saya sekarang.

Hahahah! nangis sikit-sikit aje ok. Idak le sampai sesak napas. Entahla ek, sometimes saya rasa macam "wei!! yang kau bengong2 nak nangis ni ape hal???" macam tak logik pun ada. Konpius betul haku dengan diri sendiri. Seriuss saya konpius dengan diri sendiri? kenapa perlu bersedih????? adoiiiila.

Tapi...Ya Allah Ya Tuhanku...saya lebih rela tidak diaturkan pertemuan itu. Saya lebih rela terputus hubungan selamanya daripada bertemu dalam keadaan begini.. Sakit sungguh rasanya.
Bila lepas menangis saya rasa saya sudah kuat. Tapi esoknya, bangun pagi je saya rasa lemah-selemahnya. Sakitnya ya Allah perasaan ni,

Saya tahu saya perlu terima kenyataan yang berada di hadapan saya dan teruskan dengan kehidupan saya yang sebenar..ya saya tahu. Tapi proses penerimaan itu sungguh menyakitkan. Tik..tik.tik.. hanya tangisan mampu meredakan kesakitan itu.Hanya itu yang saya mampu.

Sekarang yang buat saya makin sedih, kerana keadaan terlarang itu, saya kehilangan sahabat yang puas merata saya mencari. Sahabat yang sering mengingatkan saya tentang Dia yang satu.

Tapi saya tahu,, Allah punya sebab untuk semua ini. Sesungguhnya saya bukanlah daripada kalangan mereka. Dengan itu Allah tidak memilih saya untuk bersama dia.

Sesungguhnya saya redha..saya redha untuk kehilangan sahabat yang amat saya sayangi itu.




Cheers,
Amysue

Wednesday, August 11, 2010

Pagi Ramadhan

Morning semua!! Eceh! awal subuh ye saya mengupdate hari ni. Huhuh nak ikut hati nak tido dulu nih sebelum kelas start pukul 8.30 nanti. Tapi macam taknak la saya tido. Nanti masuk kelas lagi muka lemau semacam..Macam semalam!

Huhuhu semalam masa kelas petang, saya adalah sangat mengantuk. Ni kes sebab saya layan tido masa break la ni. Sekali masuk kelas muka terus lemau semacam. Hahahah! hambek..saya mengajar pun weng-weng. Masa ni la students saya nak belagak yang dorang terer. Puas hati nampak bila dapat betulkan pengiraan saya. Gagagagag! siot betul. Alah kecoh la uols bila miss salah letak tanda negatif dengan positip. Hehehehe sebab, kalau dorang salah buat tanda positip negatip tu memang saya meroyan la panggil nama dorang. Huhuhu.tu yang dorang balas dendam semalam. Sabar aje laaa..

Keadaan studio yang lengang..

Heheheh hari ni students dan rakan sekerja yang lain pun macam tak bermaya je datang kolej. Hahahah! tetiba semua mata sepet. Nmpak sangat baru bangun tido. Tu tak lagi yang masih fresh kesan garis-garis orang tido. Muahahah! Lawak je muka sorang-sorang.

Apa pun Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sahabat di alam maya ni. Ampun segala silap dan salah saya ye...


Cheers, Amysue

Tuesday, August 10, 2010

Serba tak kena..

Kenapa ye..semua serba tak kena dengan saya sejak Ahad lepas. Semua berjalan lancar tapi macam ada sesuatu yang menganggu fikiran saya.

Saya macam di awang-awangan gitu. Tetiba dah petang..tetiba dah malam..tetiba dah esok. Hehehhe..semua main tetibe ja amy skang ni. Dasat!.

Yang penting macam ada sesuatu menyesakkan dada saya. Macam-macam benda la saya fikir. Tapi tak dapat detect kenapa saya perlu berasa begitu (saya rasa saya tahu kenapa. Tapi saya tak mahu layan sangat)

Semalam masa makan pun haku tak tahu apa benda yang aku rasa.Tetiba dah habis..takpun semua makanan semalam tak best.

Ada perasaan sedih dan sebak di situ, tapi megiknye saya dapat lalui hari-hari saya dengan gembira. Mampu bergelak ketawa dalam kelas. Malah krem perut saya ketawa dekat kelas semalam. Budak-budak buat lawak sampai terduduk saya ketawa. Adoiiyaiii..

Bercakap dengan encik kekasih pun saya mampu buat seperti biasa tanpa diganggu dengan perasaan badmood ke hape ke. Elok je saya pok pek pok konker keadaan, Encik kekasih cuma tumpang gelak. Ntah paham ntah idak mamat tu. Kang kalau tak ketawa takut saya kecik hati. Hahahah!

Hemmm..ni namanya jiwa kacau nih. Takpe..takpe sok dah Ramadhan marilah kita sama-sama mendekatkan diri padaNya..mudah-mudahan hati kita semakin tenang. Amin.

Apa sahaja ketentuan yang sudah tersurat saya terima dengan redha. Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.. :(



Cheers,
Amysue

Monday, August 9, 2010

Sape suh kau gelak-gelak pagi tadi

Tadi pagi masa tengah sarapan saya gelak-gelak ngan Nizam pasal quote ni "cinta tak semestinya memiliki" Gelak sakan kau kitorang. Pastu aku memain la cakap dengan Nizam. "Jap lagi aku akan pakai la quote nih" sambil gelak cam orang bengong.

Hah! hambekkkkk. Sekarang saya adalah berasa sedih. Em cemana ek nak cakap. Memang sedih la..Tapi takdelah macam nak hempas-hempas badan. So untuk mententeramkan hati yang sedih.. tetiba saya teringat quote pagi tadi. Wuwuwuwu T_T..em yelah.memang betul cinta tak semestinya memiliki. Pasrah. Redha dengan ketentuan.

Ah! korang mesti ingat saya ada problem dengan Encik kekasih. Takde maknenya. Saya dengan dia ok je. Just nice. Eceh!.

Hem..tapidalam masa yang sama saya gembira. Baguslah saya dah tahu hakikat sebenar..Sebenarnya lagi memudahkan perjalanan saya. Saya kan manusia biasa. Bila-bila masa sahaja akan tewas bila diuji dengan kekeliruan berkaitan perasaan. Syukur, Allah permudahkan laluan saya.

Hahahah! tetibe korang buat muka blur. Buat-buat paham aje lah. Kang kecik pula hati saya. Huhuh.

Siapa boleh lupa kenangan sanggup online 2,3 pagi bila dapat signal 'line clear' dari Pakistan????
Jeng! jeng! jeng!..amy penah ada kapel dengan mamat pakistan?? Tet! jawapan anda salah!



Cheers,
Amysue

Friday, August 6, 2010

Perihal saya dan Siti K

Tahukah kamu semua bahawa hanya selepas 3 tahun memperolehi lesen memandu barulah saya berani bawak kereta sekali gus beli kereta sendiri. Itu pun kalau nak tahu la. Kalau tak nak tahu pun saya tak nak tahu kamu tak nak tahu. Okeh, ayat macam nak lempang diri sendiri je. Huhuhu

Takde sebab lain..hanya sebab tak berani. Nak-nak lagi bawak kereta manual memang tak ada la haku nak sentuh. Dah tu pula takde sapa antara family saya yang ada kereta auto, so memang terbantutla lesen kau kat situ.

Kengkadang gatal hati nak bawak. Tapi bila teringat nak keluar dari simpang rumah je dah ada bukit sikit terus haku tak jadi nak bawak kereta. Gigih la berhantar berjemput naik bas segala.

Februari lepas nekad nak beli kereta auto sebab sedih selalu orang lupa nak jemput saya kat sekolah. T_T sampai petang menunggu baru la dorang perasan saya kat sekolah belum di jemput. Tsk! tsk! sedeh weh.

Dulu selalu berangan kalau sedih-sedih hati terluka nak bawak diri naik kereta sambil airmata menjejeh-jejeh dan melayan kagu-lagu jiwang. Gagagag! bajet macam tragedi oktober la kunun. ahahahah! ntah apa-apa ntah.

Tapi sejak dah bawak kereta ni, kau ingat haku tau ke bab-bab lain yang berkaitan kereta. Hemmm hampeh!..jangan kau tanya ku reti tukar tayar kereta ke tak, nak isi minyak pun aku tak blajar lagi cemana. Hahahaha! jadi kau boleh bayangkan part lain yang saya langsung tak tahu.

Selalu attendant aje yang tulung isikan minyak. Ari tu tayar pancit pun call bapak suh datang. Nasib baik pancit dekat ngan rumah. Kalau kat KK, nangis bapak saya datang jauh2 dari Papar.

First time nak isi minyak dulu memang nebes. Selalu saya tak amik kesah pun kejadian kat stesen minyak apa perlu buat apa tak perlu buat. Tetiba masa nak isi minyak kali pertama "dik, kasi 20 ye" huhuh muka konfiden ok. Then attendant tu tanye " kuning ke ijau kak?" blurrr.... aaaa? kuning ke ijau??
"aaa selalu orang isi kereta macam ni pakai minyak apa? ada beza ka?" gagagaga. Apakah bentuk soalan mu itu.Terus muka bertukar jadi macam bangang dan tak sempat kontrol ayu. Ciss!!. Tengok bapa saya selalu isi minyak takde pulak cakap ijau ke kuning mende ntah.

Dah belajar dah hari tu cemana nak isi minyak. Tapi belum praktik lagi. Hehehehehe...nak buat cemana.Setiap kali nak praktik tengok attendant ada je. Suh la dorang buat. Kang kesian dorang takde keje. Eceh! padahal memang kau saja cari stesen minyak yang ada attendant kan???

Satu-satunya pic saya bersama Siti K

oh ye..kereta saya bernama Siti K ye. Tak kisah la korang nak letak nak letak siti khadijah ke..siti kamalia ke..siti katrina ka..mana-mana pun boleh.

Dan Siti K kini dalam proses transormasi ke perpustakaan mini dan kedai runcit. Huhuhuhu.. mak saya cakap keta saya ni tak boleh nak sembarang letak ikan ke..barang basah ke sebab buku-buku ada aje kat seat belakang, seat depan juga di bonet kereta. Hhuhuhu senang kalau semua buku ada dalam kereta. Kat rumah boleh pakai untuk tuisyen.. kat kolej boleh pakai buat rujukan. Kan senang tu.
Yang patung comel itu namanya Sakira. Sebenarnya Syakira.Tapi malas nak bagi bunyk 'shh' itu.

Sakira peneman setia saya ketika jem. Bila nampak dia comel sambil mengoyang-goyangkan kepalanya terus hati sejuk. Comel macam nak gunting-gunting je rambut dia tu. Oh ye, dia ditemani oleh sotong Paulina. Kekekek adik pompuan sotong Paul tu. Paulina pun ramal betul ok time world cup ari tu.

Sebelum Sakira muncul..saya letak bola goyang-goyang kat dashboard. Spain la konon. Masa nak beli siap kol Encik Jamil tanya team mana yang kuat.Tapi time beli ni belum world cup lagi.

Kat dalam drawer depan pula memang ada letak minuman kotak dan juga jajan barang sebungkus dua. Kengkadang bosan melayan jem maka saya akan melantak apa yang ada di sekitar saya. Ni lagi masuk bulan puasa..memang kompem akan berbuka time on the way nak balik rumah. So boleh la buat santapan berbuka puasa.


Dengan itu selamat menunaikan ibadah puasa. Heheheeh,tetiba entry dah tamat.


Cheers,
Amysue

Wednesday, August 4, 2010

Kahwin awal

Dah dua hari percubaan saya untuk melewatkan diri datang ke kolej. Kekekeke...lagi nak kasik lewat ek? Takdelah, masuk kerja sebernarnya 8.30..cemana kau nak datang awal pun pintu bukannya bukak lagipun.

First day keje full day isnin lepas, saya adalah beriya-iya bertolak dari rumah pukul 6.30..sampai kolej pukul 7.30. Kengkonon dapat buat rekod baik la. T_T sekali tengok pukul 8 baru pintu bukak. Hhuhuh menunggu la kat dalam kereta setengah jam . Bersemangat betul ek first day.

Semalam, saya cuba untuk bertolak lambat sikit dari rumah iaitu pada pukul 6.45..dan saya tetap sampai awal walaupun pepagi semalam adalah hujan lebat. So haku bajet kompem jem gile. Sebelum pukul 8 gak saya sampai kolej.huhu

Tadi saya bertolak lambat lagi. Dalam pukul 7. Hehehehe...lagi 5 minit kul lapan sampai. Hemmmm...ni yang nak bertolak kul 7.10 pagi esok. Hahahah!..tapi ok la datang awal, takde la kelam kabut lalu bergaduh serta menjadi samseng jalan raya. No..no..no..hilang keayuan :p

Sebenarnya bukan nak cerita pasal saya datang awal or datang lambat ke kerja. Tadi masa dalam perjalanan dengar radio Hotfm. Ada topik yang kira macam hangat gak ah. Tu ha pasal budak perempuan di bawah umur 16 tahun dan lelaki dibawah umur 18 tahun di benarkan untuk berkahwin. Tapi tu di negeri Melaka je la. Tujuan utama adalah untuk membendung gejala maksiat dan juga menurunkan kadar kelahiran luar nikah.

Ramai lah caller yang call kata bersetuju..bla..bla.. dan ada gak la yang tak setuju. Saya pun nak bagi pendapat. Tapi kat blog aje la ye.

Saya macam tak setuju sangat la. Well ok, untuk penyelesaian jangka pendek mungkin memang betul penyelesaian itu. but..jangka panjang???

Kalau si budak perempuan tu berkahwin dengan orang yang dah bekerja tu mungkin agak terjamin la kehidupan dia. Tapi yang merisaukan kalau kawin sama-sama sekolah. Dua-dua masih belum matang. Bila habis sekolah, dorang dah keluar pulak dari dunia persekolahan..menghadapi dunia realiti, masing-masing baru merasai alam baru tanpa persekolahan...di sini la nanti masalah baru akan muncul iaitu kadar penceraian di usia muda.

Cerai berai semua tu ok lagi..what if kalau dah ada anak semua? Masalah ini akan berbalik pada ibu bapa semula. Tak pasal-pasal ibu bapa pula yang nak kena tanggung cucu-cucu yang ada.

Mungkin budak sekolah rasa macam sweet sangat lah ek bila dapat kawin satu sekolah..pegi sekolah sama-sama. Tapi....perkahwinan tu bukan sekadar kita dibolehkan untuk duduk bersama..lebih daripada tu. Dan yang penting jaaaaauh lagi perjalanan.

Ada caller tadi cakap ia mungkin boleh memberi penyelesaian kepada kadar wanita yang lambat berkahwin sekarang ni. Kalau kawin muda takdelah nanti andartu. Helloooooo???!!...itu bukan jaminan ye.

Di melaka juga akan ditubuhkan sekolah untuk pelajar-pelajar mengandung. Huhuhuhu tak terbayang saya. Eh kau berapa bulan skang? haku dah 7 bulan.. dua bulan lagi aku cuti bersalin la.bla...bla..bla...

Apapun..ada pro dan con untuk sesuatu yang baru. Harap-harap lelaki di luar sana jangan nak ambil kesempatan pula. Kalau niat tak elok baik tak payah. Kalau betul niat nak bimbing budak-budak perempuan sekarang tak apa. Jangan pula kau kawin semata-mata nak menghalalkan yang 'itu'..dah dapat..beranak pinak kau nak cerai. budak perempuan baru nak cecah 19 tahun. Memang nak kena lempang.

Huhuhuhu..tetiba macam nak emo. Haku takut orang nak ambik kesempatan aje. Pastu tak pikir pun bab cerai berai ni. Nauzubillah... Saya sentiasa mendoakan sesiapa sahaja di luar sana yang sudah berkahwin akan kekal selama-lamanya. Termasuk saya nanti. Amin...

Heee..saya tetap tak setuju pasal cerita tadi.


Cheers,
Amysue

Tuesday, August 3, 2010

Semua adalah best.

Sekarang sudah bekerja normal opis hours..8.30-5.30. Takdelah macam selalu kalau mengantuk bangun pagi boleh hold kejap dan akan layan tidur sepuas-puas hati selepas balik dari sekolah. T_T..tidak lagi kini.

Hehehe tapi tempat baru adalah saaangat best!..tempat yang best..parking best..students best..subjek best...perabot best..senang cakap semua best!. Part paling haku suka adalah perabot sebab perabot semua baru dan juga semua perabot IKEA. Saya adalah peminat design dan perabot IKEA. Dah tentulah semua baru sebab campus baru kan. Heheheh. Suka gila.

Last Sunday ada soft opening untuk new campus ni. Tapi saya takde ambik pics langsung pun. Kata orang baru..harus tetiba sifat pemalu saya menebal tak hingat. Ngeh! ngeh! macam nak kena lempang. Hahaha.

Soft opening je dulu..belum grand opening kerana ada lah sebab-sebab tertentu yang tidak boleh di grandkan. Kekekek banyak projek rahsia. Kang grand-grand dah tak special la.

Nak cerita sikit tempat baru nih. Actually campus baru ni more to macam studio..campus baru ni cuma untuk course multimedia dan animation..so bebudak nak main-main dengan mak nenek peralatan buat animasi..mix sound bla..bla..dokumentari buat kat sini la.

Saya adalah kagum ye melihat ketereran mereka melukis dan buat animasi. Pergh!!! best! best!..saya kagum aje la...tak reti..saya pun mengajar kat sini semua subjek maths. Tak sentuh pun bab animasi.

Yang best juga bila bab makan-makan. 3 kali makan sehari para lecturers free tu! pagi makan..tengahari makan..petang sebelum balik makan. Bagus woh..tak payah kuar duit langsung. bebudak ni dapat biasiswa..so makan dorang di tanggung. Kami apa lagi..menyelit la sama. erk! haku dah sendawa..makan tengahari adalah kari ayam..Nyum,,nyum!


Cheers,
Amysue

Saya seorang yang gigih ;p

Bersama abang Rosleh

T_T...nangis terharu juga sedih apabila kelab guru sekolah saya telah mengadakan sedikit jamuan perpisahan untuk saya. Dan majlis itu sebenarnya juga untuk meraikan ulangtahun salah sorang staff sokongan di sekolah saya iaitu abg Rosleh. Heheheh memula sampai dulu saya adalah sangat takut ye dengan abg tu sebab dia suka kenakan orang kaw-kaw punye.


Masa majlis tengah berjalan saya memang tak mahu adakan mood sedih dalam diri saya. Kengkonon gamble ah. Tapi bila pengetua duk berucap bla..bla..bla..pastu abg Rosleh pulak dah sedih terharu koz ulangtahunnya yang ke 50 di rai secara mengejut, maka saya pun terjangkitlah juga mood sedih itu.

Muka lepas nanges. Hahah..Menerima cendera kenangan daripada pengerusi kelab guru

Tik..tik..tik..nangis jugek laaaa. Tapi nangis ayu..harusssss. Kalau idak mau mata jadi macam panda sebab mascara cair. Kekekek. Tapi idong tetap merah.

Anyway, thanks kepada semua warga SMK Majakir..banyak pengalaman saya dapati selama setahun 3 bulan berkhidmat di sini. Terima kasih banyak-banyak atas semua pengalaman itu.

Semalam dah start bermain dengan kesesakan lalu lintas waktu pagi ye. Selalu saya rilek-rilek je pegi kerja. Lagi seploh minit punch nak merah baru haku terhegeh-hegeh kuar umah. Sekarang, nikmatilah saat-saat manis bergelumang dengan jem pergi dan balik keja. Hoyee! terpaksa buat-buat suka.


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...