Wednesday, August 25, 2010

Buat seorang sahabat..

Yuhuuu..assalamualaikum. Wah! rindu betol nak update blog. Lama la jugak saya menyepi. Bukan kerana malas ke apa. Cuma keadaan tidak mengizinkan saya berbelog.

Hari dah masuk 15 hari kita berpuasa. Tadi pagi kat dalam keta dah start dah dengar lagu raya kat radio. Wuwuwuwu T_T tetiba hati sayu dan sedih mengenangkan Ramadhan tak lama lagi dah nak berakhir.

Ramadhan kali ni penuh dengan dugaan buat saya. Tapi yelah, orang kata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan alhamdulilah, saya kira segala masalah dan kemelut yang melanda saya sejak awal ramadhan lepas telah pun berakhir dengan penuh emosi semalam. Saya memilih untuk mengakhiri semua ni. Demi kebaikan semua orang dan demi menjaga perasaan orang lain.

Kalau ikutkan, nak aje saya coretkan kat sini apa yang sebenarnya telah saya lalui sepanjang 2 minggu lebih ni. Tapi, rasanya biarlah saya dan mereka yang berkenaan sahaja yang mengetahuinya. Sekarang pun saya rasa saya lebih tenang.

Semalam saya pegang sangat kata-kata ni "kalaupun tak mampu melupakan, saya akan simpan dalam-dalam di sudut hati. ..kukuh dan rapi" tapi akhirnya saya rasa biarlah saya ingat semua ini sebagai kenangan. Walau singkat ia menjengah di ruang kehidupan saya, tapi cukup buat saya sangat sayang untuk melupakan.

Doa saya pada dia tidak pernah putus. Moga Allah utuskan sesuatu yang terbaik buat dia. lapangkan hidupnya dan jauhkan dari kesempitan hidup dunia dan akhirat. Bila dia gembira, saya pasti senang hati. Bila dia susah, saya juga turut merasainya.



Cheers,
Amysue

2 comments:

Mizzy said...

things happened for a reason..

Dayangku Army said...

ya..saya memang pasti semua ni ada hikmah dan ada sebab kenapa iz berlaku..huhuhu

harap2 pasni takde dah entry touching2 perasaan camnih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...