Wednesday, August 4, 2010

Kahwin awal

Dah dua hari percubaan saya untuk melewatkan diri datang ke kolej. Kekekeke...lagi nak kasik lewat ek? Takdelah, masuk kerja sebernarnya 8.30..cemana kau nak datang awal pun pintu bukannya bukak lagipun.

First day keje full day isnin lepas, saya adalah beriya-iya bertolak dari rumah pukul 6.30..sampai kolej pukul 7.30. Kengkonon dapat buat rekod baik la. T_T sekali tengok pukul 8 baru pintu bukak. Hhuhuh menunggu la kat dalam kereta setengah jam . Bersemangat betul ek first day.

Semalam, saya cuba untuk bertolak lambat sikit dari rumah iaitu pada pukul 6.45..dan saya tetap sampai awal walaupun pepagi semalam adalah hujan lebat. So haku bajet kompem jem gile. Sebelum pukul 8 gak saya sampai kolej.huhu

Tadi saya bertolak lambat lagi. Dalam pukul 7. Hehehehe...lagi 5 minit kul lapan sampai. Hemmmm...ni yang nak bertolak kul 7.10 pagi esok. Hahahah!..tapi ok la datang awal, takde la kelam kabut lalu bergaduh serta menjadi samseng jalan raya. No..no..no..hilang keayuan :p

Sebenarnya bukan nak cerita pasal saya datang awal or datang lambat ke kerja. Tadi masa dalam perjalanan dengar radio Hotfm. Ada topik yang kira macam hangat gak ah. Tu ha pasal budak perempuan di bawah umur 16 tahun dan lelaki dibawah umur 18 tahun di benarkan untuk berkahwin. Tapi tu di negeri Melaka je la. Tujuan utama adalah untuk membendung gejala maksiat dan juga menurunkan kadar kelahiran luar nikah.

Ramai lah caller yang call kata bersetuju..bla..bla.. dan ada gak la yang tak setuju. Saya pun nak bagi pendapat. Tapi kat blog aje la ye.

Saya macam tak setuju sangat la. Well ok, untuk penyelesaian jangka pendek mungkin memang betul penyelesaian itu. but..jangka panjang???

Kalau si budak perempuan tu berkahwin dengan orang yang dah bekerja tu mungkin agak terjamin la kehidupan dia. Tapi yang merisaukan kalau kawin sama-sama sekolah. Dua-dua masih belum matang. Bila habis sekolah, dorang dah keluar pulak dari dunia persekolahan..menghadapi dunia realiti, masing-masing baru merasai alam baru tanpa persekolahan...di sini la nanti masalah baru akan muncul iaitu kadar penceraian di usia muda.

Cerai berai semua tu ok lagi..what if kalau dah ada anak semua? Masalah ini akan berbalik pada ibu bapa semula. Tak pasal-pasal ibu bapa pula yang nak kena tanggung cucu-cucu yang ada.

Mungkin budak sekolah rasa macam sweet sangat lah ek bila dapat kawin satu sekolah..pegi sekolah sama-sama. Tapi....perkahwinan tu bukan sekadar kita dibolehkan untuk duduk bersama..lebih daripada tu. Dan yang penting jaaaaauh lagi perjalanan.

Ada caller tadi cakap ia mungkin boleh memberi penyelesaian kepada kadar wanita yang lambat berkahwin sekarang ni. Kalau kawin muda takdelah nanti andartu. Helloooooo???!!...itu bukan jaminan ye.

Di melaka juga akan ditubuhkan sekolah untuk pelajar-pelajar mengandung. Huhuhuhu tak terbayang saya. Eh kau berapa bulan skang? haku dah 7 bulan.. dua bulan lagi aku cuti bersalin la.bla...bla..bla...

Apapun..ada pro dan con untuk sesuatu yang baru. Harap-harap lelaki di luar sana jangan nak ambil kesempatan pula. Kalau niat tak elok baik tak payah. Kalau betul niat nak bimbing budak-budak perempuan sekarang tak apa. Jangan pula kau kawin semata-mata nak menghalalkan yang 'itu'..dah dapat..beranak pinak kau nak cerai. budak perempuan baru nak cecah 19 tahun. Memang nak kena lempang.

Huhuhuhu..tetiba macam nak emo. Haku takut orang nak ambik kesempatan aje. Pastu tak pikir pun bab cerai berai ni. Nauzubillah... Saya sentiasa mendoakan sesiapa sahaja di luar sana yang sudah berkahwin akan kekal selama-lamanya. Termasuk saya nanti. Amin...

Heee..saya tetap tak setuju pasal cerita tadi.


Cheers,
Amysue

4 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

tua muda kalu nak kawin kenalah READY utk bertanggungjawab bukan ingat sedap ja...tp utk golongan WAJIB KAHWIN[mereka yg x dapat menahan diri dari melakukan maksiat] silalah KAHWIN

Mizzy said...

tak setuju.. ntah apa la org2 besar pikir, suh kawen awal2.. nk buat decision pon blom reti lagi, inikan pulak nk pikul tanggungjawab sbg.suami isteri..
isk..lagi la jahanam..

Dayangku Army said...

ready untuk segala2nya..kalau pun bagi mereka yang wajib kawin tu mesti kawin..jgn hanya bersandarkan sebab mau mengelak maksiat but harus tahu apa ertinya tanggungjawab.

jangan ingat sedap seja.bila suda x sedap then blah.

Dayangku Army said...

saya cuma harap orang tidak menyalahgunakan kelonggaran untuk berkahwin awal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...