Friday, August 6, 2010

Perihal saya dan Siti K

Tahukah kamu semua bahawa hanya selepas 3 tahun memperolehi lesen memandu barulah saya berani bawak kereta sekali gus beli kereta sendiri. Itu pun kalau nak tahu la. Kalau tak nak tahu pun saya tak nak tahu kamu tak nak tahu. Okeh, ayat macam nak lempang diri sendiri je. Huhuhu

Takde sebab lain..hanya sebab tak berani. Nak-nak lagi bawak kereta manual memang tak ada la haku nak sentuh. Dah tu pula takde sapa antara family saya yang ada kereta auto, so memang terbantutla lesen kau kat situ.

Kengkadang gatal hati nak bawak. Tapi bila teringat nak keluar dari simpang rumah je dah ada bukit sikit terus haku tak jadi nak bawak kereta. Gigih la berhantar berjemput naik bas segala.

Februari lepas nekad nak beli kereta auto sebab sedih selalu orang lupa nak jemput saya kat sekolah. T_T sampai petang menunggu baru la dorang perasan saya kat sekolah belum di jemput. Tsk! tsk! sedeh weh.

Dulu selalu berangan kalau sedih-sedih hati terluka nak bawak diri naik kereta sambil airmata menjejeh-jejeh dan melayan kagu-lagu jiwang. Gagagag! bajet macam tragedi oktober la kunun. ahahahah! ntah apa-apa ntah.

Tapi sejak dah bawak kereta ni, kau ingat haku tau ke bab-bab lain yang berkaitan kereta. Hemmm hampeh!..jangan kau tanya ku reti tukar tayar kereta ke tak, nak isi minyak pun aku tak blajar lagi cemana. Hahahaha! jadi kau boleh bayangkan part lain yang saya langsung tak tahu.

Selalu attendant aje yang tulung isikan minyak. Ari tu tayar pancit pun call bapak suh datang. Nasib baik pancit dekat ngan rumah. Kalau kat KK, nangis bapak saya datang jauh2 dari Papar.

First time nak isi minyak dulu memang nebes. Selalu saya tak amik kesah pun kejadian kat stesen minyak apa perlu buat apa tak perlu buat. Tetiba masa nak isi minyak kali pertama "dik, kasi 20 ye" huhuh muka konfiden ok. Then attendant tu tanye " kuning ke ijau kak?" blurrr.... aaaa? kuning ke ijau??
"aaa selalu orang isi kereta macam ni pakai minyak apa? ada beza ka?" gagagaga. Apakah bentuk soalan mu itu.Terus muka bertukar jadi macam bangang dan tak sempat kontrol ayu. Ciss!!. Tengok bapa saya selalu isi minyak takde pulak cakap ijau ke kuning mende ntah.

Dah belajar dah hari tu cemana nak isi minyak. Tapi belum praktik lagi. Hehehehehe...nak buat cemana.Setiap kali nak praktik tengok attendant ada je. Suh la dorang buat. Kang kesian dorang takde keje. Eceh! padahal memang kau saja cari stesen minyak yang ada attendant kan???

Satu-satunya pic saya bersama Siti K

oh ye..kereta saya bernama Siti K ye. Tak kisah la korang nak letak nak letak siti khadijah ke..siti kamalia ke..siti katrina ka..mana-mana pun boleh.

Dan Siti K kini dalam proses transormasi ke perpustakaan mini dan kedai runcit. Huhuhuhu.. mak saya cakap keta saya ni tak boleh nak sembarang letak ikan ke..barang basah ke sebab buku-buku ada aje kat seat belakang, seat depan juga di bonet kereta. Hhuhuhu senang kalau semua buku ada dalam kereta. Kat rumah boleh pakai untuk tuisyen.. kat kolej boleh pakai buat rujukan. Kan senang tu.
Yang patung comel itu namanya Sakira. Sebenarnya Syakira.Tapi malas nak bagi bunyk 'shh' itu.

Sakira peneman setia saya ketika jem. Bila nampak dia comel sambil mengoyang-goyangkan kepalanya terus hati sejuk. Comel macam nak gunting-gunting je rambut dia tu. Oh ye, dia ditemani oleh sotong Paulina. Kekekek adik pompuan sotong Paul tu. Paulina pun ramal betul ok time world cup ari tu.

Sebelum Sakira muncul..saya letak bola goyang-goyang kat dashboard. Spain la konon. Masa nak beli siap kol Encik Jamil tanya team mana yang kuat.Tapi time beli ni belum world cup lagi.

Kat dalam drawer depan pula memang ada letak minuman kotak dan juga jajan barang sebungkus dua. Kengkadang bosan melayan jem maka saya akan melantak apa yang ada di sekitar saya. Ni lagi masuk bulan puasa..memang kompem akan berbuka time on the way nak balik rumah. So boleh la buat santapan berbuka puasa.


Dengan itu selamat menunaikan ibadah puasa. Heheheeh,tetiba entry dah tamat.


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...