Thursday, August 26, 2010

Saya memang suka

Dalam matematik saya memang suka algebra. Tak kisah topik apa pun janji ianya adalah dalam terkandung dalam kelompok algebra. Memang syok and layannn je kalau buat problem solving.
Sekarang pulak memang tengah mengajar silibus algebra dalam course technical maths dan juga basic maths, so terimbau kembali saat mula-mula saya mengenal asas algebra.

Tak silap saya masa tu saya darjah 4. Saya masa zaman sekolah tak pernah langsung merasai apa itu 'tuisyen' maksud saya like makpak antar pegi pusat tuisyen. Sampai abis SPM x penah masuk kelas tuisyen. Kalau kelas intensif or kelas tambahan tu memang biasa lah. Tapi kalau bayar untuk ambil tuisyen memang x penah. Huhuhuhu sedih.

Masa sekolah rendah saya tak masuk kelas tuisyen sebab mak ayah saya yang akan ajar. Ayah ajar maths dan mak ajar english. Hehehehe..teringat masa belajar maths dengan ayah. Berkaitan algebra la ni. Tapi masa tu takdelah soalan x + 4 = 5.. yang x tu dia letak kotak kosong je. Yelah maths darjah 4 kan. Belom kenal lagi apa itu x apa itu y.

Huhuhuh ayah saya beriya-iya betul mengajar dengan memperkenalkan hurup x dan y tu. Hahahah! serius saya sangat konpius dan tidak paham ape bende la ayah aku cakap nih!. Ayah saya punya beriya-iya tu sampai suara pun dah jadi macam menjerit-jerit nak bagi saya faham. "ni..kalau darab pegi sebelah jadi bahagi..kalau tambah jadi tolak..bla..bla..bla.." wuwuwuwu T_T nangissss. Tak paham.

Kalau ayah saya cakap "Mak ko nak minta 5 biji gula-gula dari ko, tapi ko ada 2 biji je..lagi berapa gula-gula ko kena beli?"..haaaa kalau gitu aku rasa bole la kut nak pick up. Dah time tu dunia kau cuma junk food. Ni bila masuk x, y memang pitam terus la..

Sampai sekarang saya ingat betapa masa belajar topik tu saya menangis-nangis tak paham. Menjejeh-jejeh airmata buat maths. Aku belasah aje..eh! eh rupanya betol. Huhuhu..lama-lama baaru faham.

Tapi alhamdulillah, berkat bapak saya yang ajar maths sejak kecik..subjek maths aje la pun yang saya cemerlang dari jaman upsr, pmr, spm dan sampai la saya berkerjaya mengajar subjek maths sekarang.

Heheheheh..bila saya dah cakap maths aje..kau tak payah bayanglah subjek lain. Heheheh yang lain tu ok juga lah tapi pandai goyang-goyang gitu. Dari A terus tetiba jadi D..then naik pi B..then turun lagi ke C..hehehhe ggitulaa.

Taaaapi satu je kelemahan saya, walaupun saya suka gila dengan maths, cuba kau tanya aku soklan congak. Hah! blank saya kat situ gak. Hahahha! bab congak mencongak memang saya lomah. Saya jenis yang mesti buat jalan kerja baru boleh. Heheheh tu yang bila mak tanya soklah "em kalau biskut 600gm =RM 24, agak berapa la tu harganya kalau 100gm?" laju-laju aku amik pen dan kertas dan terus buat guna kaedah ratio. Tengah saya duk kira-kira, mak saya dah dapat jawapan. hahahah! adoilaaa..kene kutuk terus ngan mak saya.

Heheh..ok entry tamat.

Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...