Wednesday, August 18, 2010

Sekeping kad bernama kad raya

Kekekek..tajuk entri kengkonon nak bagi sentimental dan touching-touching gitu. Tapi takkkk..huhuh

Masih tak korang dapat kad raya skang ni? Dah macam susah dah ek nak dapat kad raya bebanyak dari kengkawan. Paling koman pun dapat la barang 5 keping. Itu pun kalauuuu..huhuhu

Sejak-sejak dah ada teknologi ni, cara tradisional dah tak layan sangat dah. Semua dah pakai sms dan email. Tapi bagi saya, dari sudut sentimental value nya, memang kad raya la best. Sebab saya suka perati tulisan orang. Hehehe. Rasa dekat je di hati.

Huhuhuhu, saya pon dah lama tak kasik orang kad raya. Yang wajib dapat tetiap tahun pun si orang tersayang. Hahahahah! tapi taun lepas tak kasik sebab lupe nak beli. Tetibe je dah raya.Nak buat cemane? hehehe. Dan tahun lepas bilangan kad raya yang saya dapat adalah sebanyak satu. Hahaha! satu saje ye. Tapi yang bosar okey. Masa nak amik kat post office pun cam malu. Sebab besar gile."hehehe, kau tgk punya besar kad raya dia, mesti pakwe kasik" sambil ketawa mengekek. Dush! dush! kau ade??? takdeee

Last saya main kasik2 kad raya ni masa taun 2006. Masa tu study kat unitar. Gigih gak hantar kad raya. Tapi time tu takdelah "pecah kaca pecah gelas..sudah baca harap balas" hahahha! kalau nak balas...balas le.Kalau tak pun takpe.

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Seawal darjah satu dah pandai hantar2 kad raya. Pastu kat sekolah mesti ramai gile kengkawan jual kad raya. Masa tu memang sampai lebih 50 keping kad saya perlukan. Hahhahah! gila punya banyak ek. Pastu asik kira sapa dapat kad raya paling banyak "aku dah 25 keping..kau? eeee sikitnya kau dapat???" heheheh gituuuu.

Malam raya, sibuk keluarkan kad-kad yang ada dan diketip sambung-sambung dan gantung kat dinding. Hahah! penuh dinding dengan kad raya. Kalau adik aku buat skrg, dan-dan tu juga aku suh dia cabut . Semak aku tengok.

hemmm..tetibe tahun ni saya macam nak kasik kad raya la. Sape-sape nak join sekali, moh le kita saling berhantar2 kad raya. Pas aku kasik kau..kau kasik aku. Gituu. Nak??? meh address..kang saya pos. Tapi yang wajib adalah sahabat handai yg masih saya simpan alamatnya. Yang takde tu, tepakse pakai sms. hhehehe



Cheers,
amysue

1 comment:

Mizzy said...

pecah kaca, pecah tong..
sudah baca, harap gantung!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...