Tuesday, August 3, 2010

Semua adalah best.

Sekarang sudah bekerja normal opis hours..8.30-5.30. Takdelah macam selalu kalau mengantuk bangun pagi boleh hold kejap dan akan layan tidur sepuas-puas hati selepas balik dari sekolah. T_T..tidak lagi kini.

Hehehe tapi tempat baru adalah saaangat best!..tempat yang best..parking best..students best..subjek best...perabot best..senang cakap semua best!. Part paling haku suka adalah perabot sebab perabot semua baru dan juga semua perabot IKEA. Saya adalah peminat design dan perabot IKEA. Dah tentulah semua baru sebab campus baru kan. Heheheh. Suka gila.

Last Sunday ada soft opening untuk new campus ni. Tapi saya takde ambik pics langsung pun. Kata orang baru..harus tetiba sifat pemalu saya menebal tak hingat. Ngeh! ngeh! macam nak kena lempang. Hahaha.

Soft opening je dulu..belum grand opening kerana ada lah sebab-sebab tertentu yang tidak boleh di grandkan. Kekekek banyak projek rahsia. Kang grand-grand dah tak special la.

Nak cerita sikit tempat baru nih. Actually campus baru ni more to macam studio..campus baru ni cuma untuk course multimedia dan animation..so bebudak nak main-main dengan mak nenek peralatan buat animasi..mix sound bla..bla..dokumentari buat kat sini la.

Saya adalah kagum ye melihat ketereran mereka melukis dan buat animasi. Pergh!!! best! best!..saya kagum aje la...tak reti..saya pun mengajar kat sini semua subjek maths. Tak sentuh pun bab animasi.

Yang best juga bila bab makan-makan. 3 kali makan sehari para lecturers free tu! pagi makan..tengahari makan..petang sebelum balik makan. Bagus woh..tak payah kuar duit langsung. bebudak ni dapat biasiswa..so makan dorang di tanggung. Kami apa lagi..menyelit la sama. erk! haku dah sendawa..makan tengahari adalah kari ayam..Nyum,,nyum!


Cheers,
Amysue

4 comments:

Mizzy said...

woo.. best neyr.. makan free tu!!!!

kampus kolej apa kah ini?

Dayangku Army said...

kolej yayasan sabah..program unikl

Mizzy said...

ooooo... so, kat KK la skang?

Dayangku Army said...

ye..saya dekat kk skrg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...