Tuesday, August 10, 2010

Serba tak kena..

Kenapa ye..semua serba tak kena dengan saya sejak Ahad lepas. Semua berjalan lancar tapi macam ada sesuatu yang menganggu fikiran saya.

Saya macam di awang-awangan gitu. Tetiba dah petang..tetiba dah malam..tetiba dah esok. Hehehhe..semua main tetibe ja amy skang ni. Dasat!.

Yang penting macam ada sesuatu menyesakkan dada saya. Macam-macam benda la saya fikir. Tapi tak dapat detect kenapa saya perlu berasa begitu (saya rasa saya tahu kenapa. Tapi saya tak mahu layan sangat)

Semalam masa makan pun haku tak tahu apa benda yang aku rasa.Tetiba dah habis..takpun semua makanan semalam tak best.

Ada perasaan sedih dan sebak di situ, tapi megiknye saya dapat lalui hari-hari saya dengan gembira. Mampu bergelak ketawa dalam kelas. Malah krem perut saya ketawa dekat kelas semalam. Budak-budak buat lawak sampai terduduk saya ketawa. Adoiiyaiii..

Bercakap dengan encik kekasih pun saya mampu buat seperti biasa tanpa diganggu dengan perasaan badmood ke hape ke. Elok je saya pok pek pok konker keadaan, Encik kekasih cuma tumpang gelak. Ntah paham ntah idak mamat tu. Kang kalau tak ketawa takut saya kecik hati. Hahahah!

Hemmm..ni namanya jiwa kacau nih. Takpe..takpe sok dah Ramadhan marilah kita sama-sama mendekatkan diri padaNya..mudah-mudahan hati kita semakin tenang. Amin.

Apa sahaja ketentuan yang sudah tersurat saya terima dengan redha. Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.. :(



Cheers,
Amysue

1 comment:

annfrendly said...

peliknya..
tak dapat detect apa yang mengganggu fikiran.. mungkin perlu berehat & bercuti kot.. Semoga ceria nanti. takmo sedih ya..

Selamat berpuasa, semoga hari-hari yang akan datang membawa keceriaan yang berpanjangan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...