Wednesday, September 1, 2010

Mana kamu wahai mood raya?

Bulan ramadhan ni memang jarang sikit nak update. Saya sangat sibuk. Selalu je nak amik kesempatan mengupdate time nak tido ke..tapi saya kalau dah nak tido tu memang betul-betul nak tido dah tahap mata x bleh buka. So, sebab tu belog jarang terupdate.

Aiseh, next week dah raya kan?? cepat betol masa berlalu. DAN saya masih terhegeh-hegeh menyiapkan tempahan biskut raya customer. Sejak seminggu sebelum raya saya asik bergelumang dengan tepung dan butter sehinggalah semalam. Nak nangis haku sebab macam tak larat nak siapkan. Dengan order last menet la apa la..adoiiii. Tapi alhamdulillah semalam dah habiskan buat biskut raya untuk customer. Dari pagi saya berusaha sehingga kul 9.30 malam. Phewww! akhirnya habis gak. Alhamdulillah juga rezeki melimpah-limpah di bulan ramadhan ni. Syukur..

Sejak puasa hari tu sampai hari ni saya tak layan tv langsung. Huhuhuhu, sebab tu bila kengkawan cerita pasal "ala...iklan yang itu..yang ini.." saya jadik blurrr.. Mahap le, dek kerana terlalu sibuk dengan biskut, saya xde masa nak tengok tv. Berita tengok kat internet je.

Kalau tahun lepas saya begitu bersemangat dengan persiapan nak beraya. Tapi taun ni.. huhuhh tak terpikir pun lagi bab-bab hias umah ke apa. Sopping lagi la tak. Hahahah! buat masa ni je kut. Sebab hati masih risau takut x dpt siapkan biskut orang.Walau biskut semua dah siap tapi masih risau kan?? heheheh.. Malam ni nak label biskut..start esok dah boleh deliver kat customer.

Almond London..biskut terakhir disiapkan semalam

Tahun lepas juga saya bersemangat gila buat macam jenis kek. Tahun ni??? blurrr..badan dan otak terlalu letih nak pikir pasal tu semua. Harap-harap weekend ni otak dah normal untuk pikir semua persiapan tu. Tapi hari raya kedua saya ingat nak buat blueberry cheesecake. Sebab raya kedua umah saya ramai sanak sedara yang datang.

Tahun ni saya start bercuti pada 8-14 sept..15 sept dag start keje. hehehe tapi rilek sikit kut sebab students masih bercuti.


Mood raya oh mood raya..sila la datang menjengah diri saya. Heheheh!


Cheers,
Amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

waaah ari raya ke2 ble la aku datang rumah ni mo minta blueberry cheesecake mu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...