Monday, September 6, 2010

Saya, biskut dan .....

T_T huhuhu, awal gila saya sampai opis hari ni. Gerak dari umah macam biasa dalam kul 6.05..kul 6.50 dah sampai opis. Tak jem langsung. Agak-agaknye ramai dah start cuti kan? Nak-nak lagi sekolah pun dah start cuti. memang harus la jalan tu lenggang siap boleh drift. Huhuhuhu!

Saya start cuti hari rabu nih. Esok kena keja lagi. Takpe-takpe, saya okey je. Lagipun dah nak cuti ni takdelah bz sangat. Esok je kena buat test kat students.

Eh jap..jap.. nak sedu jap. Sediiihh! kat opis dah memasing layan lagu raya. Lagi-lagi layan lagu sedih." Apakah suratan aidilfitri satu titik akhir..sekian lama bercinta kau tiada di hari muliaaaaaa.." Sedih kan lagu tu.

Okey, so cemana persiapan raya? Kat umah saya dah ok-ok la. Langsir dah tukar. Sarung kusyen/sofa dah tukar..cermin tingkap dah lap...biskut dah siap..hemmm, tinggal lagi nak buat kek coklat, kek keju cotton dan blueberry cheesecake. Tapi semua mak nenek kek tu nak buat lagi sehari nak raya. Kalau buat awal-awal menangis kau tengok kang kek dah licin di pagi raya.

Sehingga semalam, saya ngan mak masih mengagih2kan biskut tempahan kat customer. Ada gak yang amik sendiri kat umah. Alhamdulillah...rejeki tahun ni. Meh nak tayang sikit biskut yang kitorang buat. Sebenarnye takdelah banyak. Cuma 7 jenis sahaja macam biskut makmur, cerelac, almond london, shortbread, tat nenas, choc chip dan biskut kacang. Tu pun dah nak pitam buat. Hhuhuhu..siap dah terima tempahan untuk tahun depan. InsyaAllah, kalau umo panjang..dan kalau saya still duk umah. Iyelaa...kut-kut dah kawin taun depan tak duk ngn mak dah, memang nangisss mak buat sengsorang.

Almond London

Shortbread. Woah! bau dia sangat wangi sebab pakai Ghee. Tapi bukan pakai QBB ye. Iye..iye saya tahu kamu was-was dengan QBB. Tapi jangan risau bukan pakai QBB. Ni keluaran Malaysia punya

Biskut Mazola. Tapi kami dah bagi nama biskut kacang. Sebab tak pakai minyak mazola. Cuba kau try pakai butter ganti minyak mazola. Kompem jauh gila beza rasanya. Mazola tak berapa nak wangi. Biskut turun temurun kuarge kami.

Tat gulung. Huhuhuhu kuih ni la haku macam nak nangis buat dan tempahan yang paling banyak. Dah la saya buat hujung minggu je. Mak tak dapat join buat sebab mak tak reti main gulung-gulung.

Biskut yang tengah tunggu turn nak balik beraya ke rumah tuan memasing. Hehehe

Biskut cerelac. Tahun ni baru saya reti makan biskut ni. Selama ni macam tak suke makan. Sebab rasa berat dalam mulut. Tapi tahun ni mak ubah resepi. Pakai gula aising dan pakai ghee (lagi sekali bukan QBB ye). Mak aiiii, sedap rupanya. Sila maklum ye, kalau kita buat biskut pakai gula aising..biskut kita akan lebih ringan dan cair di mulut. Takdelah melekat je kat tekak. Saya pas bukak pose je, kompem saya belasah biskut ni.

Biskut cerelac dalam botol. Macam biskut salji dah kan? Hari rabu ni ingat nak buat biskut cornflakes. Tapi yang campo ngan madu tu jelah. Koser dah aku nak buat pakai tepung-tepung tu semua. Penat ah asik main ngan tepung.

Tahun ni warna tema family kami adalah kaler oren. Ntah kenapala saya gila ngan kaler oren tahun ni. Hhuhuhuhu abissss laaa, pepagi kang balik kampung dari luar kete sampai ke dalam semua kaler oren. Tak pasan lak masa pilih kaler baju raya bahawasanya kereta juga adalah kaler oren. Hahaha! betul-betul sedondon la.


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...