Sunday, September 19, 2010

Segalanya tentang raya 2010

Kalau ikut ati memang macam malas nak buat entry hari raya. Tapi pikir-pikir balik kalau tak buat rasa dia macam menderhaka kepada blog sendiri namanya tu. Huhuhuh! yelah dah seminggu kita berhari raya, so macam dah takde feel nak mencoret pasal hari raya. Tapi takpelah demi untuk memahat kenangan saya dekat blog ni saya tulis jugak lah. Nanti dah pat puloh tahun berlalu at least saya dapat la jugak baca balik apa telah terjadi pada tahun 2010. Huhuhu Mintak-mintak lah panjang umo ye.

Serius nak cakap, tahun ni saya betul-betul tak feel hari raya tu. Sebabnya saya terlaaaaaalu bz. Raya kali ni la first time dalam seumur hidup saya, saya tak layan tv langsung. Selalu saya melayan jugaklah citer-citer hari raya..ucapan-ucapan hari raya..tapi tahun yilek! Haku bz manjang kat dapo.

Bila dah tak bz tetibe dah hari raya ke 5..dah hari raya ke 5 saya dah masuk keje. Huhuhuh tak feel betol! Nak aje saya putar balik hari raya pertama tu.


Wohye! raya kali ni kami sekeluarga bertemakan kaler oren. Ni idea aku la nih. Ntah la ek, tahun ni saya memang gilerkan kaler oren. Tapi mase suggest kat mak kaler oren, saya tak terpikir pun yang kete saya juga kaler oren. Bila dah siap baju baru saya terpikir..amboi gila sedondon betul di pagi raya nak balik kampung nanti. Dari kereta sampailah ke orang kat dalam kete pun kaler oren. Hahahahha! sesungguhnya ianya adalah tidak di rancang.

Ha..raya kali ni jugak first tima baju raya saya hampir-hampir tak siap. Nangisssss...kul 1 pg di hari raya tu baru tukang jahit antar kat umah. Okey! dah la sampai kul 1 pagi..memang pepegi nanti nak kena pakai kan supaya sedondon satu keluarga. Sedang elok aku beriye-iye nak pakai..omakaiiiihhh! baju aku silap fesyen la. Lain yang saya nak, lain pulak yang tukang jahit tu potong. T_T hilang mood saya terus. Mencikkkk!

Dah la baju silap jahit..kain batik untuk kebaya nyonya saya pun tak siap-siap sampai sekarang. Sampai sekarang ok!!.. meroyan aku camni. Tak dapat langsung nak bergaya dengan kebaya nyonya haku tu.

Em apa lagi ek..owh raya kali ni juga first time saya memandu sendiri balik ke kampung. Pepagi raya pertama memang menjadi tradisi kitorang balik kampung ayah. Dan tahun ni alhamdulillah dah boleh memandu kete sendiri balik ke kampung. Fulamakkk terasa betul jadi dendang perantau. Hahahha!

Lagi...1st time juga duit raya yang saya sediakan dah habis pada hari raya ke3. Huhuhuh terpaksa topup lagi untuk raya keempat..tahun lepas duit raya banyak lebih. Tahun ni laku sehingga menjilat jari. Ramai anak buah saya balik kampung. Jadi memang kene lebihkan duit raya. Owh! sesungguhnya sangat happy tengok anak buah yang gembira dapat duit raya.

Saya ngan kazen terbaeeeek punya, huhhu

Hemm..ntah-ntah ni kali terakhir kan saya beraya sebagai seorang yang masih bujang. Tahun depan???? inysyaAllah dah tak bujang lagi . Yahoooo!!!!!.. kalau aku kawin sebelum raya la....kalau aku kawin selepas raya kira tahun depan aku raya sebagai orang bujang lagi laaaa.


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...