Thursday, September 9, 2010

Update di malam raya

owh..hujan rahmat di malam raya. Hujan lebat gila kat luar. Tapi tak menganggu walau sedikitpun persiapan raya kitorang sefamily.

Raya tahun ni adalah macam best. Sebab lengkap satu family ada. Abang pun ada balik..best!. Oh ye..skang saya curi-curi masa nak update sikit. Skang ni tengah tunggu kek marble cheese saya nak masak. Mak kat bawah bz buat kelupis..err, ye kelupis adalah makanan sabah yang bentuk muka buminya macam lemang rebus. Tetiap tahun wajib ada.

Wuwuwuwu! di samping itu...saya masih menunggu kedatangan tukang jahit untuk menghantar baju raya saya dan mak!.T_T..jangan la wei tak siap. Tak ikut tema la esok kalau tak siap-siap gak.

Satgi nak keluarkan segala mak nenek gelas-gelas dan bekas kueh raya. Pastu masukkan kueh raya dalam bekas..letak kat ruang tamu. Aiseh! excited plak nak raya. Huhuhu!

Sok pepagi lepas balik dari semayang raya, acara bersalam-salaman..makan-makan sikit..pastu gerak balik kampung ayah kat Kg.Pimping, Membakut. Seharian la berada kat kampung ayah. Selalu malam baru balik.

Em okeylah..di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf dekat rakan-rakan bloggers sekiranya ada entry saya yang menyinggung perasaan anda semua..tekasar bahasa ke apa ke..saya mintak maaf ye. Selamat hari raya ..maaf zahir dan batin..jaga kesihatan dan keselamatan sahabt-sahabat semua ye..jangan sakan sangat beraya..heheheh. Mwah! salam sayang buat anda semua.


Cheers,
amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

selamat hari raya...malaaaaaaar ni bg ucapan selamat raya :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...