Sunday, October 31, 2010

Dah gian dah...

Adoiihh..diriku adalah tetibe rase nak bershopping..Nak keluar sekarang, eh dah kul 3 lebih. Koser haku nak keluar pepetang cenggini pastu dah sampai kk kelam kabut pulak nak balik.
Sesungguhnye kalau haku dah keluar sengsorang memang kepala hotak nak cepat balik aje.

Nak ajak member-member keje ku keluar, iye memang boleh aje.. dan ada lah sangat seronok kalau dapat hang out dengan mereka. Tetapi, sangat menduka citakan kerana member opis teman saya bergurau, bertepuk tampar, bersepak terajang serta bertekak berjerit-jeritan adalah semuaaaaaa berjantina lelaki!!

Errr..macam tak syok aje kan..tetibe kau sorang je pompuan di situ.Huhuhu! at least kalau ada sorang je member pompuan join sekali keluar berjimba-jimba, idak le haku berasa janggal.

Nak shopping laaaaa....nak shopping beg, baju, kasot...isk tidak tertahan rasa hati nak bershopping!

Yeah!!!! esok dah November, maka dengan itu boleh la ye saya mula memangkah kalendar.Hehehe!


Cheers,
Amysue

Thursday, October 28, 2010

Jom sambung study..

Owh ye..nak war2kan la kepada semua..kut-kut ada anak-anak buah..adik-adik..or diri sendiri yang nak sambung belajar, hari Isnin ni bersamaan 1 Nov 2010, Kolej Yayasan Sabah dah start buat pengambilan pelajar baru..

Macam-macam course yang ditawarkan. Kalau nak cek course yang ditawarkan boleh la lawat ke laman web KYS www.kys.edu.my..haaaa! sile cek..sile cek..

So now saya nak citer pasal course yang ditawarkan under Studio Animasi KYS, antaranya:
Sijil : Artist Multimedia Animation
Artis Multimedia Filem dan Dokumentari
Artis Multimedia Visual

Diploma (Francais UniKL) : Diploma Animasi
Diploma Multimedia


Haaa..kalau berminat silalah hubungi pegawai yang terlibat seperti yang ada di laman web KYS under aktiviti-aktiviti terkini tu ye. Saya ni bukanlah terlibat secara langsung dalam pengambilan pelajar. Huhuhu sesaje je nak tulung war-warkan..secara tidak formal aje. Orang bajau kata mara'-mara'..heheh

seriussss interesting gile courses yang ditawarkan under Studio Animasi KYS ni..walaupun baru setahun jagung beroperasi (studio dan production)..tapi sudah membuahkan hasil dan kejayaan. Kalau nak tahu boleh baca KYS animators win RM50,000 grant dalam Intellectual Property Creator's Challenge (IPCC), baru-baru ni. Haaaa...best kan???

Jom layan environment dekat studio animasi ni.Ni semua pics masa open house raya hari tu.

Hall area

Hall jugekkk

Bilik kuliah ..masa ni Datuk Masidi pun ada buat lawatan

Bilik kuliah..aka Red Room..selain tu black room pun ada..


Sekian..


Cheers,
Amysue

Itu memang keja gila

Tadi pepagi topik dekat hotfm macam best jek..Huhuhu apa perkara yang paling gile korang pernah buat. Huhuhu kelakar! macam-macam citer haku dengar. Paling kelakar bile seorang mamat call citer yang mase kecik2 dulu dia pernah letak kaki dia bawah tayar bas..x ingat la bas sekolah ke hape. Huhuhuhu hanya kerana perasaan ingin tahu apa rasenye kalau letak kaki bawah tayar. Hahahha! lawak gile, macam takde keje lain.

Ada yang makan batu la, ada yang taknak tidur seminggu la. Huhuhu! kengkadang ianya kerana cabaran kengkawan..dan ada pulak sebab perasaan ingin tahu. Nak-nak masa kanak-kanak dulu.

Hoohoho aku masa zaman kanak-kanak makan tanah. Sebab saya nak tahu apa rasa tanah tu. Kecik-kecik dulu kan selalu main pondok-pondok..dan kengkonon selalu la bancuh kek yang diperbuat drpd tanah. Oleh kerana kaler dia cekelat, haku bajet kut-kut rase cam cekelat. Puiiihhh!..pahit owh rasa tanah. hahahha! buduh.

Tapi bila dah besar ni, haku rasa perkara paling gile dan kejam pernah aku buat bersama rakan ialah..............letak air cilipadi dalam perbersih wanita salah seorang housemate haku. hahahah!...eh ada yg tak tau apa pembersih wanita tu? Ala...sabun khas nak cuci private part pompuan...macam-macam jenama ada.

Astagaaaa...saya rasa itu juga la perkara yang paling jahat saya buat kat orang. Gile kau..cube kau imagine ape jadi lepas budak tu dah basuh ehem-ehem dia dengan pencuci tu...omakkkkaihhhh bukan tahap pijar dah tu..tebakauuuu terus. hangussss..hahaha jahat kan??

Tapikan..masa kitorang buat tu memang sebab dah bengang dan marah giler dengan housemate kitorang tu. Ada lah benda-benda yang dia buat yang langsung tidak menghormati kami sebagai rakan serumah...so bila dah banyak kali buat dan kami dah banyak kali terkena..makanya suatu hari...jengjengjeng...balik keje je haaa hammmmekkkk kau...bermula la operasi kami menumbuk cilipadi untuk dimasukkan ke dalam pencuci tersebut. Har! har! har!

Mesti korang nak tau kan pe jadi dengan dia?..dia ok je...saya rasa dia macam dapat tahu sebelum dia cuci bendealah tu. Mebi mase tuang kat tapak tangan, terkeluar sekali kut biji-biji cilipadi tu. Hohoho! tapi kami pelik owh...cannot beeee..kitorang teliti hokey mase buat air cilipadi tu. Dah letak air..kitowang siap tapis lagi..heheheh...tapi mebi sebab niat kut. Kah! kah! kah!..terus tak menjadi perkara laaakhaaanaaattt kitorang. Gagaggaga!

Tapi itu je la paling giletakbolehnakdimaafkan punye perkara saya buat. Lepas itu..tak pernah dah ok buat pedajal kat orang.. isk! tak baik..tak baik..kang kene kat diri sendiri baru phhhhaadan muka kamu...huhu



Cheers,
Amysue

Tuesday, October 26, 2010

Hemmm inilah dia kalau dah citer pasal bestfriend

Korang ada bestfriend tak? Mesti semua ada kan..Haku??? emm saya memilih untuk tidak ada specific bestfriend.Semua saya layan sama je. It's hard for me to have bestfriend. Terpulang pada diri sendiri. Saya tahu ramai sahabat saya disana punyai raaaamai bestfriend. Tak salah pun.

Tapi saya ntah..susah nak ada bestfriend.Lagipn saya sendiri yang macam taknak ada bestfriend..cukuplah saya ada sahabat-sahabat yang sekepala..boleh join gelak-gelak sampai lebam..boleh hang out together..then kire ok dah tu. Tapi ada juga some of my friend sudi menganggap saya bestfriend mereka..i really appreciate it dear..saya sedia mendengar apa sahaja luahan hati mereka dan saya berlapang dada untuk lakukan sesuatu untuk mereka kalau itu yang happykan mereka. Tapi saya ni haaaa yang susah sangat nak share masalah dengan orang.

Kalau la saya mudah untuk sharekan rasa sakit saya..rasa happy saya..dan rasa sedih saya dekat orang tanpa rasa malu-malu atau rasa sangsi..kompem saya betul-betul hargai dia sebagai sahabat baik saya atau bestfriend saya.

Mungkin setiap orang lain persepsi mereka tentang maksud sahabat baik atau bestfriend itu. Terpulang kepada individu masing-masing. Bukan nak kata saya demand tinggi untuk jadikan seseorang tu bestfriend saya. Tapi bagi saya status bestfriend tu sangat tinggi nilainya. Rapat bukan semestinya bestfriend..

Saya rasa saya lebih selesa untuk berkawan dengan semua orang tanpa perlu ada status dia special sikit..dia biasa2 je..isk! better kawan je dengan semua orang. Haku masuk je semua citer. Muhahahahha! aku pi sini dia umpat yang itu..tetibe bila aku ke situ, yang situ pula umpat yang sini. Tet!!!!!...ku zip mulut sahaja. Hoohoho! that's why aku tak suka ada bestfriend. Mudah nau berhurtfeeling. No..no dont like it.


But sometimes sgt annoying bila orang suke-suke claim saya sebagai bestfriend mereka.In terms of what???? huh!! bile mase plak haku jd bestfriend kau??? owh bile gelak sesame..ngumpat sesame..tetibe dah jadi bestfriend??? u shud upgrade just a lil' bit of your understanding on that term dear. Biar exclusive sikit.

Kang tak pasal-pasal macik peah yang selalu jadi teman kau ngumpat depan umah, ane' kat tempat kau selalu lepak minum sambil borak-borak 'eh ane untung berapa hari ini? ada banyak laku ka ane punya roti canai ini hari' pun boleh jadik bestfriend kau. *geleng-geleng kepala*


Cheers,
Amysue

Saturday, October 23, 2010

Menggamit kenangan betul!

Hari ni walaupun saya sepatutnya just duduk bersenang lenang merehatkan diri di rumah, tapi dari pagi saaaampai la ke petang saya tak dapat nak baring-baring golek-golek atas katil merehatkan diri.

Basuh baju sampai lapanbelas trip(hohoho! kau tipuuuu!!)..kau bayangkan baju yang dah 2 minggu tak basuh. Dia punya banyak macam nak jual kat bundle jek. Saya ni membasuh baju just hujung minggu je. Ari-ari biasa memang tak terlayan la nak basoh baju. Flat gile2 balik keje. Last week tak dapat nak basoh baju koz tengah bercoti-coti melesia kat Kundasang, Ranau. Jadi carry forward itu baju sampai hari ini. Tu yang macam nak pengsan basoh baju banyak gile.

Sambil-sambil tunggu mesen tu membasoh dengan pasrah, saya juga turut mengemas dan membuang mana-mana harta peninggalan jaman firaun dekat bilik saya nih. Owh ye, bilik saya telah pun di belah dua. Asalnye bilik saya ni master room, jadik..saiz nye amat sesuai untuk dibelah dua. reason bilik di belah dia adalah kerana saya akan berpindah ke bilik laiiin yang lebih besar...punya bilik mandi yang jg besar..dan yang paling best akan dipasang ekon!!!..

Ye le..kang kuarge mak mertua nak datang next year takde la berpeluh-peluh kan duk bilik yang panas yang hammat nih.

Dalam pada saya duk menyisihkan bendelah yang telah ku simpan berkurun lama, banyak benda yang saya tak sangka saya masih menyimpannya..Omak pun sama..banyak gila harta jaman purba kala yang masih disimpan. Huhuhu patot le umah penoh semacam..rupenye segala harta karun masih disimpan elok.

Jom tengok khazanah alam yang masih disimpan

Iye! buku latihan maths dan add maths masa saya form 4&5 masih saya simpan. Tapi yang ni memang saya sengaja simpan. Suke tengok semula latihan-latihan yang pernah saya buat dulu. Pastu bila nampak saya jawab salah mesti berkata begini " hek eleh...bodo gile aku dulu..yang ni pn x bleh buat.ntah ape aku pikir masa nih" ececeh! takpe, kutuk diri sendiri. Bukan kutuk orang lain pun. Huhuh!

Ini kertas jawapan peperiksaan percubaan SPM 99. Cikgu yang mengajar saya dulu ialah Cikgu Zainab..mane dah cikgu ni sekarang ek..

Paper SPM 1999..subjek Fizik, Kimia dan Teknologi Kejuruteraan. Sudahhhh..jangan kau tanya aku dapat ape dalam SPM untuk subjek2 di atas. memang nak kene lempang. Hohoh nampak sangat dapat tak best. Kau diamm! cube kau tanye aku dapat pe paper Maths..ha..yg tu aku tak lempang. Heheh!

Omakaiiihhh! ini lagi satu yang membebankan pikiran saya. Mana nak campak majalah Dara, Rapi dan Cleo yang berlambak. Yang kat dalam pic tu sebahagian aje ye...Idak le saya tahu nak campak mane. Sayang nak buang koz kengkadang suka baca balik.

Novel saya pun banyak. Tapi yang tu takpela memang boleh simpan. Tu pun dah banyak hilang..orang kelepet. Ntah mane. Bengang owh!..terjebak beli novel ni masa keje butik dulu. Bosan kan, so feeling-feeling la kau sengsorang kat butik sambil baca novel cinta.

Pastu terjumpa pulak buku-buku pasal kek mak saya. Wahh!!! sukanya saya. Banyak lagi rupanya buku-buku mak yang masih ada. Ni semua wujud sebab mak saya dulu masa duduk US dia amik sijil buat kek. So banyak lah juga buku-buku dan tools buat kek yang dia bawak balik. Nozzle yang saya guna untuk deco kek sekarang pun pakai mak saya pnya.

Contoh-contoh wedding kek yang ada..hemmm..boleh tiru ni. Huhuh

Cara-cara nak pipe pelbagai design..sangat berguna owh!..


See!!!..semua buku-buku tersebut telah dibeli pada 24 tahun yang lepas. Gile punya bersejarah kan????

Owh! ada lagi yang lebih bersejarah, meninggalkan kesan syahdu dalam hati..tadaaaa!!!

So CHOMELLLL saya bersama abang. Terus macam touching2 gitu perasaannya. Ni masa kitowang kat Florida doulu-doulu..so sebagai kenang-kenangan mak ayah suh print kan muka kitowang atas ni. Comel kan???



Cheers,
Amysue

Thursday, October 21, 2010

Mari menghafal sifir

Huhuh..mari kite belajar matematik hari ini. Bagi sesiapa yang kalau nampak nombor je terus pitam, kau buat-buat je tak pitam tengok cara nak hafal sifir 6,7,8 ni. Di datangkan khas oleh salah seorang student aku. Selalu kau dengar cara-cara nak hafal sifir semilan je kan pakai jari.

Hahahha! serius aku pun x penah tahu method ni. Ah! jangankan kata yang ni, nak hafal sipir semilan pakai jari tu pun saya tak amik tahu. Saya lebih suka hafal cara tradisional..semilan kali satu semilan! semilan kali dua lapanblass! semilan kali tiga duplotujuh!!..ha gituuuu.

Lepas aje saya nampak dia duk sambung-sambung ujung jari dia, terus haku pakse dia ajar haku dan kengkawan dia yang lain. Hohoho! berkongsi ilmu maaaa.

Tapi sebenarnya ni cara mudah nak ingat sipir 6,7,8,9,10 yang didarab atas drpd 5. Yela takkan kau tak hafal 6x5 kut? 6x4? 7x3? yang tu sonang yo. Jadik kau tak payah nak ngengade pakai jari.


Hahahah! gila huduh aku buat kat pic ni. Ah! janji korang faham. Mesej yang nak disampaikan tu yang penting. Okeh, jom start.Memula kasik tanda ah jari korang ngan nombor 6, 7, 8, 9, 10.start dari jari kelingking ok.er...tapi takkan sipir seploh korang tak leh nak hafal.Uiiih melampau tu dikk..

Pastu pikir sipir berapa korang nak. Kata la kau nak tau jawapan 8x7..jadi no 8 ngan no 7 ko cantumkan.Macam kat dalam pic. Pastu nampak kan garis kaler pepel tu. Yang tu kengkonon saya dah divide belah bawah ngan belah atas.

Belah bawah(saya dah tanda ngan no.1)..setiap jari nilai dia 10..so semua kena tambah.Dalam pic ada lima jari..termasuk yang dicantum tu.So nilai de 50.

Belah atas (tanda ngan no.2)..jari yg tinggal tu kau darab..Dalam gambar belah kiri ada 2 dan belah kanan ada 3..jadi 2x3=6..kemudian 50+6=56..makanya jawapan bagi 8x7=56..Gituuuuuu. Paham tak?


Kalau tak paham cube ko perati pic yang atas ni plak. Same je cara macam kat atas. Kalau kau tak paham gak..kau perati je pic tu saaaampai lebam. Misti paham. Kalau tak paham-paham gak, sonang citer kau tanye direct terus ah kat komen. Meh saya tulung explain lagi skali.huhu..kalau tak paham juga..kau pi terjun bangunan aje lah. Senang cerita. Muahahahha! kejam tul suggestion saya it u(*jangan tiru aksi ini dirumah.hahaha)



Yeah! ini la dia student itu. Presto a.k.a beliau a.k.a nazreen..huhuhu miss kasik credit dekat kau nih. Terima kasih kerna berkongsi ilmu.


Cheers,
Amysue





Wednesday, October 20, 2010

Nak pecah dada ini.

Owh ya Allah, hati aku ni dah gatal nak pi kl. Rindu gilaaaa.. i mean bukan sahaja dgn tempat-tempatnya tapi saya rindu gila nak keluar selepas waktu keje..dan juga waktu sabtu ahad.

Dia punya rindu sampai tahap sakit dada owh. Hahahhaha!..well..kau tau aje la..saya kat sini lepas balik keje terus memecut balik umah. Kalau kau bersiput sedut di sana alamatnya malam golap gulita la kau sampai umah. Huhuhu sila maklum ye, start dari Kinarut saaaampai la ke umah haku takde lampu jalan ye. Ade la dalam duploh menet kau meredah gelap. Goyang gak tu kengkadang.

Saya plan memang nak turun kl bulan doblas nih. Tapi kan pikir punya pikir..emmm, takyah la kut. Sebabnye haku baru teringat bahawasanya bulan dua ni saya dah kena bayar insuran keta dan road tax..jadinye..perlu pakai duwet baaaanyakkk. Selalu kalau saya turun kl, mau dekat seribu gak duet aku melayang..biasela qada' shopping. Hahahah! jadi..sila menyimpan duit.

Aku rindu nak melilau ke Sunway..ke OU...ke IKEAAA!!..semua uptown yg ada..down town...berposing2 d putrajaya..melantak sushi carrefour..owh rindunya..Ini la aktiviti rutin saya bersama encik jamil.

Saya sunyi la kat sini..saya rindu dekat sang kekasih..rindu nak lakukan aktiviti bersama-sama. Abe' sayang rindu laaaa...(sesak napassss)


Cheers,
Amysue

Tuesday, October 12, 2010

Saya rasa saya sangat comellllll

Dua, tiga menjak ni banyak sangat perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai 'perkara yg menempah sejarah' dalam hidup saya. Heheheh! best betol..bahagia owh. Tapi dalam banyak-banyak perkara bersejarah tu..satu je yang saya rasa saya boleh share. Yang lain tu masih berada dalam P&C..

Jumaat lepas saya telah menempah sejarah apabila buat kali pertamanya saya berjaya mengisi minyak kereta sendiri!!!!..ye sendiri tu maksudnya kau pegi kaunter..bayar..angkat pam...picit..bla..bla...bla..Haaaaa?? apa macam? bersejarah betol kan??? Hahahah! korang bleh la nak gelakkan aku. Aku rasa bangga tau! rasa macam baru lepas menang pertandingan catur je.

Mesti korang berpikir, abis tu selama ni sapa yang tolong isikan minyak keta kau????..Selalu saya pasti akan pergi ke stesen minyak yang ada attendant. Jadi kalau dah asik attendant yang isikan celah mana saya nak pandai isi minyak sendiri kan??? hohohoh..

Aku tak malu ye nak mengaku aku x pandai isi minyak sebabnyaaaaa....saya rasa CHOMELLLL betul bila kau tak pandai isi minyak. Hahahah! comelll la sangat..pastu kalau kau tak kuat semangat lalu tetiba satu hari keta kau abis minyak dan stesen minyak yang kau pegi pulak takde attendant, haaa menangis kau dik...menangissss

Sampai je umah, saya tak sabar-sabar nak bagitau kat sang kekasih betapa saya dah pandai isi minyak sendiri dan memaksa beliau bangga terhadap saya. Hemmm mesti encik kekasih rasa "ololololo..comelnye sayang..dah reti isi minyak yeeee" muahahahhaha!!! terus bajet jadi seekor kucing putih yang sangat comel dan bergesel2 di badan encik kekasih. Hohohoho..

Tu baru sekali la tu saya isi minyak sampai ke hari ni. Isnin lepas aku macam belagak gile tak mau cari stesen minyak yang ada attendant..kata dah pandai kan??? heheheh..tapi bila sampai je kat stesen minyak tu, saya tengok elok je ade attendant kat pam tu saya terus " errr..dik tolong isikan minyak ye..duploh hengget" hahahahhah! tetibe aku nervous nak isi minyak untuk kali kedua.

Takpe..dijangka esok saya pasti akan isi minyak..ye! saya mesti isi minyak sendiri..no attendant-attendant. Eceh!!


Cheers,
Amysue

Tuesday, October 5, 2010

Duit raya dari kamu


Haahhaha! tetibe haku rasa macam nak gelak syaitonnnnn!.. sebab terlebih suka. Gumbira weihh! bila dapat duit raya. Ingatkan dah tak dapat.

Sapa kasik??? ehehehe, sapa lagi kalau bukan encik kekasih. Wahai encik kekasih, ketahuilah oleh mu sekiranya kamu sudah start kasik duit raya tahun ni, sila jangan pura-pura hilang ingatan tetiba tahun-tahun akan datang tak kasik ek. Kalau boleh tetiap tahun meningkat jumlahnye. Ingat ye. Hahahah!

Suke! suke!...


Cheers,
Amysue

Monday, October 4, 2010

Riuh rendah dengan kehadiran kek!!

Semalam saya try buat ciskek blueberry yang versi bakar punye. Selalu saya buat yang versi chilled. So ingat nak bawak ciskek untuk open house opis jumaat ni. Kalau saya bawa ciskek yang chilled punye macam tak sure je tahap kekerasan dia. Hoohoho..almaklumlah, dah namanya chilled..memang harusla 24 jam duk dalam peti ais. Kalau aku dah bawak pegi opis mau jadi eskrim ciskek aku tuh.

So untuk lebih yakin saya buat la ciskek blueberry yang bakar punya version. Yes!!! suka gila sebab menjadi dan sodap di sukai ramai. Waaaaaalaupun saya tertinggal sebijik telur masa buat kek tu. Ahahahha! tapi ok gak rasenye.

Selain buat ciskek, saya juga buat Choc Moist cake untuk Dyana, opismet saya. Oleh kerana bapak punya besar saya buatkan utk dia, maka merasa la 1 opis makan kek tu.

So pagi tadi saya membawa sebijik kek dan beberapa mini slices ciskek utk bebudak opis. Gila betul bebudak ni tak sampai 5 menet, bekas ciskek tu dah kosong. Hahahah! yang lawaknye, ada sorang member opis saya sampai lupa bahawasanya dia sedang berpuasa hari ni. Nampak je aku hulur ciskek, spontan terus amik dan ngap!..muahahahha! masa nak amik second slice baru perasan diri sendiri tengah pose. Tu pun selepas ada member tegur. Ampuuuunnnn piji, mana la aku tau ko pose.. ko tu yg x leh kontrol bila nampak ciskek. huhuhu

Dah tu satu ari ni bebudak opis memang macam kene dera mental dan emosi. Choc Moist cake tu duduk atas meja dari pagi tadi lagi. Kau bayangkan berapa jam kek tu duk mempamerkan diri dekat semua orang? Jangan kau kira la kali dah orang duk bukak, tutup, buka tutup kotak kek tu. Asik tanya " bila ko nak potong ke ni Dyanaaaaa" hahahah! lawak betul cara-cara mereka lakukan untuk suh Dyana potong kek tu. Last2 pukul 4 lebih baru la Dyana tu potong kek dan agih-agih.

Huhuhuhu haku lupa nak snap muka kebulur sengsorang. Berebut-rebut mintak kek. Hahhahaha! comel gile. Bila dah licin baru la senyap sengsorang. Kalau takkkkk, bingittttt owh dengar dorang memekak-mekak suh potong kek tu..

Apapun, saya happy gile tengok member-member suka makan kek yang saya bawak. Pasni, kalau nak suh saya bawak kek, haruslah korang tong-tong duet. Kopak aku kalau selalu bawak. Nak-nak lagi kalau request ciskek. OOOooomakaihhhhhh tengok harga Cream Cheese dan Whip cream pun boleh buat aku pitam. Sekali dua beli boleh lagi..kalau dah tetiap minggu nak ciskek memang pitam tahap tak bangun tigebelas ari. huhuh

Kalau kamu-kamu semua teringin sangat nak mencuba buat ciskek tu, sila la beli segala bahan-bahan yang mahal sampai buat kau pitam tu dekat kedai yang jual bahan-bahan kek. Kalau kau pegi beli kat tmpt2 macam Giant ke, Tesco ke..kedai runcit Pak Abu ke menangisss kau dik. Mahal gileeeeeeeeeeee. Okeh, Sekian..



Cheers,
Amysue

Sunday, October 3, 2010

Dating with the girls

Kesiannye blog saya ni terbiar je dua tiga menjak ni. Aduhaii..nak buat macam mana kan tahap bz tu tak kurang-kurang lg. Makin membizi ada lah..Anyway, saya cuba la curi-curi masa sikit nak update mana yang termampu.

Tak lama lagi students nak final. So itu lah membuatkan saya semakin bz. Dengan quizzes, tests..assignments..huhuhu saya pulak yang nervous bila bebudak ni nak exam. Harap-haraplah students saya dapat scores yang terbaek dalam final nanti. Aminnnn.

Dalam pada saya bz dengan students saya sekarang, saya masih sempat ye meluangkan masa sekejap dekat bekas pelajar saya kat SMKMP..yelah, dorang pun nak PMR satgi. Aduhaii..terharu betol sebab dorang memujuk rayu call saya supaya datang jenguk dorang kat hostel. So saya pun ajak la encik kekasih yang ketika tu memang ada kat Sabah untuk teman saya jumpa bebudak nih.


Memula yang ajak jumpa cuma 4 orang je..bila dah borak-borak dengan dorang, makin ramai datang. Terharu gila sebab dorang semua excited jumpa saya. Masing-masing menceritakan betapa rindunya mereka pada saya. Heheheh, sayang jugak ye mereka pada saya. Haku ingat bila dah buat aku terjerit-jerit cam singa lapar dulu dorang tak heran pun dengan kehadiran saya. Hohoho...sayang juga kamu.


Tak kurang juga ada yang duk mengomel-ngomel bahawa dorang tak berapa 'ngam' sangat dengat guru yang menggantikan saya. Tau je la kan bebudak. kalau dah serasi dengan sorang guru memang susah nak terima guru lain. Tapi, saya nasihatkan mereka setiap guru ada cara masing-masing untuk mengajar pelajar. Tak lupa juga, harussss saya nasihatkan mereka supaya jangan sesuke ati je nak kutuk-kutuk cikgu. Uishhhh! a big NO...sila minta mahap sekarang. Huhuhuh..


Sempat juga saya bawakan biskut raya untuk dorang. Yelah, tahun lepas setiap kelas yang saya ajar saya akan bawakan biskut raya..sebelum saya pindah hari tu sempat bebudak ni cakap "alah cikgu tahun ni tak dapat la nak makan biskut raya cikgu"..ololololo...sedih je. So sebab tu beriye-iye saya korek segala balang biskut raya yang ada untuk bagi kat dorang. Hohohoh al maklumla ye masa saya pegi last week itu kan dah berapa ari raya dah. Harus ah biskut tinggal berapa ketul je.


Apapun, saya mendoakan semua pelajar SMK Majakir yang ambil PMR 2010 ni agar korang semua dapat jawab dengan sukses ye. Begitu juga dengan pelajar SPM dan STPM 2010. Yang lain-lain tu pun harap korang semua dapat result gempak dalam peperiksaan akhir tahun nanti..


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...