Sunday, October 3, 2010

Dating with the girls

Kesiannye blog saya ni terbiar je dua tiga menjak ni. Aduhaii..nak buat macam mana kan tahap bz tu tak kurang-kurang lg. Makin membizi ada lah..Anyway, saya cuba la curi-curi masa sikit nak update mana yang termampu.

Tak lama lagi students nak final. So itu lah membuatkan saya semakin bz. Dengan quizzes, tests..assignments..huhuhu saya pulak yang nervous bila bebudak ni nak exam. Harap-haraplah students saya dapat scores yang terbaek dalam final nanti. Aminnnn.

Dalam pada saya bz dengan students saya sekarang, saya masih sempat ye meluangkan masa sekejap dekat bekas pelajar saya kat SMKMP..yelah, dorang pun nak PMR satgi. Aduhaii..terharu betol sebab dorang memujuk rayu call saya supaya datang jenguk dorang kat hostel. So saya pun ajak la encik kekasih yang ketika tu memang ada kat Sabah untuk teman saya jumpa bebudak nih.


Memula yang ajak jumpa cuma 4 orang je..bila dah borak-borak dengan dorang, makin ramai datang. Terharu gila sebab dorang semua excited jumpa saya. Masing-masing menceritakan betapa rindunya mereka pada saya. Heheheh, sayang jugak ye mereka pada saya. Haku ingat bila dah buat aku terjerit-jerit cam singa lapar dulu dorang tak heran pun dengan kehadiran saya. Hohoho...sayang juga kamu.


Tak kurang juga ada yang duk mengomel-ngomel bahawa dorang tak berapa 'ngam' sangat dengat guru yang menggantikan saya. Tau je la kan bebudak. kalau dah serasi dengan sorang guru memang susah nak terima guru lain. Tapi, saya nasihatkan mereka setiap guru ada cara masing-masing untuk mengajar pelajar. Tak lupa juga, harussss saya nasihatkan mereka supaya jangan sesuke ati je nak kutuk-kutuk cikgu. Uishhhh! a big NO...sila minta mahap sekarang. Huhuhuh..


Sempat juga saya bawakan biskut raya untuk dorang. Yelah, tahun lepas setiap kelas yang saya ajar saya akan bawakan biskut raya..sebelum saya pindah hari tu sempat bebudak ni cakap "alah cikgu tahun ni tak dapat la nak makan biskut raya cikgu"..ololololo...sedih je. So sebab tu beriye-iye saya korek segala balang biskut raya yang ada untuk bagi kat dorang. Hohohoh al maklumla ye masa saya pegi last week itu kan dah berapa ari raya dah. Harus ah biskut tinggal berapa ketul je.


Apapun, saya mendoakan semua pelajar SMK Majakir yang ambil PMR 2010 ni agar korang semua dapat jawab dengan sukses ye. Begitu juga dengan pelajar SPM dan STPM 2010. Yang lain-lain tu pun harap korang semua dapat result gempak dalam peperiksaan akhir tahun nanti..


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...