Thursday, October 28, 2010

Itu memang keja gila

Tadi pepagi topik dekat hotfm macam best jek..Huhuhu apa perkara yang paling gile korang pernah buat. Huhuhu kelakar! macam-macam citer haku dengar. Paling kelakar bile seorang mamat call citer yang mase kecik2 dulu dia pernah letak kaki dia bawah tayar bas..x ingat la bas sekolah ke hape. Huhuhuhu hanya kerana perasaan ingin tahu apa rasenye kalau letak kaki bawah tayar. Hahahha! lawak gile, macam takde keje lain.

Ada yang makan batu la, ada yang taknak tidur seminggu la. Huhuhu! kengkadang ianya kerana cabaran kengkawan..dan ada pulak sebab perasaan ingin tahu. Nak-nak masa kanak-kanak dulu.

Hoohoho aku masa zaman kanak-kanak makan tanah. Sebab saya nak tahu apa rasa tanah tu. Kecik-kecik dulu kan selalu main pondok-pondok..dan kengkonon selalu la bancuh kek yang diperbuat drpd tanah. Oleh kerana kaler dia cekelat, haku bajet kut-kut rase cam cekelat. Puiiihhh!..pahit owh rasa tanah. hahahha! buduh.

Tapi bila dah besar ni, haku rasa perkara paling gile dan kejam pernah aku buat bersama rakan ialah..............letak air cilipadi dalam perbersih wanita salah seorang housemate haku. hahahah!...eh ada yg tak tau apa pembersih wanita tu? Ala...sabun khas nak cuci private part pompuan...macam-macam jenama ada.

Astagaaaa...saya rasa itu juga la perkara yang paling jahat saya buat kat orang. Gile kau..cube kau imagine ape jadi lepas budak tu dah basuh ehem-ehem dia dengan pencuci tu...omakkkkaihhhh bukan tahap pijar dah tu..tebakauuuu terus. hangussss..hahaha jahat kan??

Tapikan..masa kitorang buat tu memang sebab dah bengang dan marah giler dengan housemate kitorang tu. Ada lah benda-benda yang dia buat yang langsung tidak menghormati kami sebagai rakan serumah...so bila dah banyak kali buat dan kami dah banyak kali terkena..makanya suatu hari...jengjengjeng...balik keje je haaa hammmmekkkk kau...bermula la operasi kami menumbuk cilipadi untuk dimasukkan ke dalam pencuci tersebut. Har! har! har!

Mesti korang nak tau kan pe jadi dengan dia?..dia ok je...saya rasa dia macam dapat tahu sebelum dia cuci bendealah tu. Mebi mase tuang kat tapak tangan, terkeluar sekali kut biji-biji cilipadi tu. Hohoho! tapi kami pelik owh...cannot beeee..kitorang teliti hokey mase buat air cilipadi tu. Dah letak air..kitowang siap tapis lagi..heheheh...tapi mebi sebab niat kut. Kah! kah! kah!..terus tak menjadi perkara laaakhaaanaaattt kitorang. Gagaggaga!

Tapi itu je la paling giletakbolehnakdimaafkan punye perkara saya buat. Lepas itu..tak pernah dah ok buat pedajal kat orang.. isk! tak baik..tak baik..kang kene kat diri sendiri baru phhhhaadan muka kamu...huhu



Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...