Saturday, October 23, 2010

Menggamit kenangan betul!

Hari ni walaupun saya sepatutnya just duduk bersenang lenang merehatkan diri di rumah, tapi dari pagi saaaampai la ke petang saya tak dapat nak baring-baring golek-golek atas katil merehatkan diri.

Basuh baju sampai lapanbelas trip(hohoho! kau tipuuuu!!)..kau bayangkan baju yang dah 2 minggu tak basuh. Dia punya banyak macam nak jual kat bundle jek. Saya ni membasuh baju just hujung minggu je. Ari-ari biasa memang tak terlayan la nak basoh baju. Flat gile2 balik keje. Last week tak dapat nak basoh baju koz tengah bercoti-coti melesia kat Kundasang, Ranau. Jadi carry forward itu baju sampai hari ini. Tu yang macam nak pengsan basoh baju banyak gile.

Sambil-sambil tunggu mesen tu membasoh dengan pasrah, saya juga turut mengemas dan membuang mana-mana harta peninggalan jaman firaun dekat bilik saya nih. Owh ye, bilik saya telah pun di belah dua. Asalnye bilik saya ni master room, jadik..saiz nye amat sesuai untuk dibelah dua. reason bilik di belah dia adalah kerana saya akan berpindah ke bilik laiiin yang lebih besar...punya bilik mandi yang jg besar..dan yang paling best akan dipasang ekon!!!..

Ye le..kang kuarge mak mertua nak datang next year takde la berpeluh-peluh kan duk bilik yang panas yang hammat nih.

Dalam pada saya duk menyisihkan bendelah yang telah ku simpan berkurun lama, banyak benda yang saya tak sangka saya masih menyimpannya..Omak pun sama..banyak gila harta jaman purba kala yang masih disimpan. Huhuhu patot le umah penoh semacam..rupenye segala harta karun masih disimpan elok.

Jom tengok khazanah alam yang masih disimpan

Iye! buku latihan maths dan add maths masa saya form 4&5 masih saya simpan. Tapi yang ni memang saya sengaja simpan. Suke tengok semula latihan-latihan yang pernah saya buat dulu. Pastu bila nampak saya jawab salah mesti berkata begini " hek eleh...bodo gile aku dulu..yang ni pn x bleh buat.ntah ape aku pikir masa nih" ececeh! takpe, kutuk diri sendiri. Bukan kutuk orang lain pun. Huhuh!

Ini kertas jawapan peperiksaan percubaan SPM 99. Cikgu yang mengajar saya dulu ialah Cikgu Zainab..mane dah cikgu ni sekarang ek..

Paper SPM 1999..subjek Fizik, Kimia dan Teknologi Kejuruteraan. Sudahhhh..jangan kau tanya aku dapat ape dalam SPM untuk subjek2 di atas. memang nak kene lempang. Hohoh nampak sangat dapat tak best. Kau diamm! cube kau tanye aku dapat pe paper Maths..ha..yg tu aku tak lempang. Heheh!

Omakaiiihhh! ini lagi satu yang membebankan pikiran saya. Mana nak campak majalah Dara, Rapi dan Cleo yang berlambak. Yang kat dalam pic tu sebahagian aje ye...Idak le saya tahu nak campak mane. Sayang nak buang koz kengkadang suka baca balik.

Novel saya pun banyak. Tapi yang tu takpela memang boleh simpan. Tu pun dah banyak hilang..orang kelepet. Ntah mane. Bengang owh!..terjebak beli novel ni masa keje butik dulu. Bosan kan, so feeling-feeling la kau sengsorang kat butik sambil baca novel cinta.

Pastu terjumpa pulak buku-buku pasal kek mak saya. Wahh!!! sukanya saya. Banyak lagi rupanya buku-buku mak yang masih ada. Ni semua wujud sebab mak saya dulu masa duduk US dia amik sijil buat kek. So banyak lah juga buku-buku dan tools buat kek yang dia bawak balik. Nozzle yang saya guna untuk deco kek sekarang pun pakai mak saya pnya.

Contoh-contoh wedding kek yang ada..hemmm..boleh tiru ni. Huhuh

Cara-cara nak pipe pelbagai design..sangat berguna owh!..


See!!!..semua buku-buku tersebut telah dibeli pada 24 tahun yang lepas. Gile punya bersejarah kan????

Owh! ada lagi yang lebih bersejarah, meninggalkan kesan syahdu dalam hati..tadaaaa!!!

So CHOMELLLL saya bersama abang. Terus macam touching2 gitu perasaannya. Ni masa kitowang kat Florida doulu-doulu..so sebagai kenang-kenangan mak ayah suh print kan muka kitowang atas ni. Comel kan???



Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...