Monday, October 4, 2010

Riuh rendah dengan kehadiran kek!!

Semalam saya try buat ciskek blueberry yang versi bakar punye. Selalu saya buat yang versi chilled. So ingat nak bawak ciskek untuk open house opis jumaat ni. Kalau saya bawa ciskek yang chilled punye macam tak sure je tahap kekerasan dia. Hoohoho..almaklumlah, dah namanya chilled..memang harusla 24 jam duk dalam peti ais. Kalau aku dah bawak pegi opis mau jadi eskrim ciskek aku tuh.

So untuk lebih yakin saya buat la ciskek blueberry yang bakar punya version. Yes!!! suka gila sebab menjadi dan sodap di sukai ramai. Waaaaaalaupun saya tertinggal sebijik telur masa buat kek tu. Ahahahha! tapi ok gak rasenye.

Selain buat ciskek, saya juga buat Choc Moist cake untuk Dyana, opismet saya. Oleh kerana bapak punya besar saya buatkan utk dia, maka merasa la 1 opis makan kek tu.

So pagi tadi saya membawa sebijik kek dan beberapa mini slices ciskek utk bebudak opis. Gila betul bebudak ni tak sampai 5 menet, bekas ciskek tu dah kosong. Hahahah! yang lawaknye, ada sorang member opis saya sampai lupa bahawasanya dia sedang berpuasa hari ni. Nampak je aku hulur ciskek, spontan terus amik dan ngap!..muahahahha! masa nak amik second slice baru perasan diri sendiri tengah pose. Tu pun selepas ada member tegur. Ampuuuunnnn piji, mana la aku tau ko pose.. ko tu yg x leh kontrol bila nampak ciskek. huhuhu

Dah tu satu ari ni bebudak opis memang macam kene dera mental dan emosi. Choc Moist cake tu duduk atas meja dari pagi tadi lagi. Kau bayangkan berapa jam kek tu duk mempamerkan diri dekat semua orang? Jangan kau kira la kali dah orang duk bukak, tutup, buka tutup kotak kek tu. Asik tanya " bila ko nak potong ke ni Dyanaaaaa" hahahah! lawak betul cara-cara mereka lakukan untuk suh Dyana potong kek tu. Last2 pukul 4 lebih baru la Dyana tu potong kek dan agih-agih.

Huhuhuhu haku lupa nak snap muka kebulur sengsorang. Berebut-rebut mintak kek. Hahhahaha! comel gile. Bila dah licin baru la senyap sengsorang. Kalau takkkkk, bingittttt owh dengar dorang memekak-mekak suh potong kek tu..

Apapun, saya happy gile tengok member-member suka makan kek yang saya bawak. Pasni, kalau nak suh saya bawak kek, haruslah korang tong-tong duet. Kopak aku kalau selalu bawak. Nak-nak lagi kalau request ciskek. OOOooomakaihhhhhh tengok harga Cream Cheese dan Whip cream pun boleh buat aku pitam. Sekali dua beli boleh lagi..kalau dah tetiap minggu nak ciskek memang pitam tahap tak bangun tigebelas ari. huhuh

Kalau kamu-kamu semua teringin sangat nak mencuba buat ciskek tu, sila la beli segala bahan-bahan yang mahal sampai buat kau pitam tu dekat kedai yang jual bahan-bahan kek. Kalau kau pegi beli kat tmpt2 macam Giant ke, Tesco ke..kedai runcit Pak Abu ke menangisss kau dik. Mahal gileeeeeeeeeeee. Okeh, Sekian..



Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...