Sunday, November 28, 2010

Sebelum - Selepas : Azie Cosmetics

Dua ari cuti weekend kau tau keje haku apa? bangun pagi dalam kul 8 setengah..basoh muka..gosok gigi..meggodek dapo...mamam..pas je saya makan + minum pagi..terus naik bilik semula dan.......ZZZZzzzzzz...huhhu aku sambung tido balik..tengahari baru ku bangun. Giloossss! punye bosan wiken tak buat apa-apa.

Ari sabtu..ada lah aktiviti membasoh baju yang 2 minggu berlonggok dalam bakul baju kotor. Pastu keje ku hanya menerjah blog-blog fesyen untuk orang yang bertudung. Lepas satu...satu ku terjah..ari ni ku sambung lagi menerjah blog fesyen. Heheheh! teruja betul tengok fashionista di luar sana. Bukan pe saje je nk carik-carik idea, baju pe nak beli tatkala nak bershopping nanti.

Owh hari tu de post pic muka ku yang sebesar alamdekat satu entry tu kan. kengkonon muka selepas memaki produk Azie Cosmetics..K kali ni nak post pic sebelum dan selepas pulak.

Sebelum - selepas

Sebelum: huhuhuhu punye kusam wajah saya..pastu kulit saya ni pantang kene matahari walau beberapa menet je..kang kau tengok la dia punye belang cemana. Overrrrr. pastu nak bagi cerah balik punye la siksa.

Pastu kang, jerawat ikut suke ati je nak muncul. Selalu orang lain kalau nak muncul pun time-time PMS ke..time tensen ke. Ni tak....alwayyssss nak muncul. Pastu tak sah kalau tak tinggal parut. Dah kau bayangkan la muke ku ngan gelapnye..ngan kusamnye...ngan parut jerawatnye..ngan misainye. Hahahha! tetibe misai di situuu.

Tapi ye le..masa ni memang saya tak pakai apa-apa produk yang specific. Pernah pakai Sendayu Tinggi, tapi tak jalan kat muka saya ni. Susah betul nak carik produk yang sesuai.

Selepas: Heheheeh! skang kau tengok cemana jauh perbezaannnya? ada beza kan? Hahahahah! jangan kau kata dulu nampak muda sikit..skang dah jadi cam akak-akak. Sile menjaga hatiku..T_T

Nasib baik encik kekasih dapat rekomen produk yang sesuai kat kulit muka saya ni. memula dia sponsor habis...dah second time kau beli..harus pakai duit sendiri. Awal-awal pakai dulu saya pakai sampai 9 item. skang cuma pakai Beauty Soap, Soft Toner, E Toner, Day & Night Cream, Sub Block, dan Day cream.

Harga plak berpatutan la dengan packaging, Idak le packaging cenoet, tapi harga plak mahal gilos.

Tapi susah gila nak carik produk ni. Kat KK mmang sah-sah la takde. Asik la haku suh Encik Jamil tulung belikan dekat Butik Anggerik, Shah Alam dan poskan kat saya. Buleh tahan jimat produk ni koz saya tak perlu beli tetiap bukan..nak dekat 3 bulan sekali baru beli.

Sekian daripada Duta Lantik Sendiri Azie Cosmetics. Hahahha!

Cheers,
Amysue

Thursday, November 25, 2010

Ada lagi event yang syok nih!

Naaaaa..kami ada satu lagi event best yang perlu kamu attend.Seriusss!!! sangat rugi kalau lepaskan peluang ni.

Lagi pun cuti sekolah kan..agak-agak bosan..nak tengok something fresh...pastu nak bawak adik-adik ke..sile la berkunjung ke KYS Digital New Media Centre pada 1-3 Dec 2010 ni sebab kitorang akan adakan event 'Global Digital Playground' kolaborasi bersama Korean Artists.

Well actually bukan Korean Artists sahaja yang ada, malah terdapat 42 artists yang lain daripada 13 buah negara. Akan ada Media Art Showcases...Digital Animation...creative worksop...Masing-masing la akan share their digital artwork..knowledge dengan orang-orang kat sini.

Sepa-sepa minat anime dari korea..jepun..US..bla..bla..boleh la datang. Yang pentingggg.. FREEE..kau datang la ikut suka kau selama 3 hari tu.

Invitation card

Tapi..mesti datang dengan invitation card. So saya di sini menjemput seeeemua rakan FB, rakan Wasaber..students saya..jiran..kawan lama..kawan baru..as long as uols semua duduk di area KK..jomlah datang ke event ini ya.

Sapa nak invitation card boleh bgtau saya. Satu kad bukan untuk seorang ye. One card for one group. Dalam satu group ada 88 orang pun takpe. Hahahah! janji sorang mesti ada kad.

Kalau tak sempat kasik by hand..datang je hari tu, inform saya..then saya kasik kad tu ye. Rugiiii sangat-sangat kalau tak datang.

Apa-apa hal saya akan update lagi ye.


Cheers, Amysue

Wednesday, November 24, 2010

Gigi dia ada empat!!!!! seriusss ada empat!

Uhuh! saya bz la today..tak sempat nak blogwalking kat blog kengkawan. Sorry ye, semalam ada event..ri ni ada..esok pn ada.. pastu seminggu straight next week the korean people tu datang. Jadinya, malam je dapat buat blogwalking. Tu pun sedar-sedar ku dah selamat berwalking dalam mimpi. Hahahah!.. balik keja gua memang flat beb!

Ari ni dah la dengan eventnya..ada kelas pulak lagi dengan students utm..bergegas ke campus c..bengang sebab tak dapat solve maths problem yang sepatutnye nak dibincangkan dengan students ari nih..dengan badmoodnya. Aissshhh! time-time ni PMS aku melanda. Bermula la adegan aku nak menerajang semua orang bila PMS melanda. Hohohoho!

Semalam plak saya tak dapat tido dengan nyenyak. Macam tak tidur je rasanya. Tetibe dah kul 5.45 pg. T_T..tak dapat tido la semalam. Sebab gua TAKUTTTTT!!..serius takut gila semalam.

Ni kes sebab saya perasan paha saya lebam. Tapi actually ku tak heran dah kalau bab-bab lebam melebam di paha. Dah biasa sangat sejak kecik. Kena cubit antu atau pelesit orang kata.

Tapi semalam tetiba seram bila lebam yang terbentuk di paha itu ada kesan macam gigi. T_T..it's like gigi 'benda' tu ada 4. Sebab kesan gigi tu bley kira weh!!.ada empat!!. maunya haku tak cuak. Tetiba ku rasa meremang bulu roma. hohohoh terus tabah tak tidur sampai ke pagi. Nangisssss

Kan ku dah kata, ku tak heran sangat pasal lebam tu..tapi sile la jangan tinggalkan kesan ngeri sehingga haku boleh bayangkan cemana rupabentuk 'benda' tu..Takde gamba ek..tak mo la saya letak pic ngeri tu. Harap-harap cepat ilang lebam ni. Plissss la...ngeri setiap kali terpandang lebam ni.


Cheers,
Amysue

Tuesday, November 23, 2010

Aku belasah je semua

Ape? aku belasah sape??? Hohohoh..gila saya nak belasah orang. Hati lembut serta mudahsimpati ni mane sanggup nak belasah orang. Dush! dush! tipuuu. Huhuhu sebenarnye haku tak tahu nak letak tajuk ape. Makanya ku belasa aje la. :P

Ni cerita basi dah ni..Ari Jemaat yang lepas, seharian kami bz d kolej membuat persiapan untuk event Industry Creative workshop. .berturut-turut tu event. Ari ni je ada dua events. Creative workshop untuk pelajar dan juga workshop photography.

Event berlangsung sehinggalah hari jemaat ni. Next week sambung plak orang korea nak datang. Ada exhibition tu.Free!!!..nanti saya war-warkan ye. Serius...kamu harus datang! sebab memang event tu best.

Kak mas dan saya semasa bertugas prepare dewan.

Huhuhuhu kami lagi.

Hahaha! kami tukang arah aje. Bebudak ni yang turun-naik tangga nak gantung bendealah tu

@ McD Api-Api Centre

Tengahari Jumaat tu (sebelum semayang Jumaat)..kitorang lepak kat McD baru. Huhhu idak le baru sangat. Cuma deco nye je dah baru. Kan McD nye konsep skang yang ala-ala exclusive..elegen gitu. Di McD Api-Api Centre ni baru je renovate. Huhuhu lama gila tunggu turn ye. 1st time saya nampak konsep terbaru McD ni pada tahun 2007 di Jusco Seremban 2. 3 years later baru buat kat sini.

Ape ntah punye posing. Tak ayu langsung :P

Me dan Dyana ..bajet comel + ayu.........la sangatttt!

Hahahaha! tetibe muka aku close up di situuuuu. Abaikan bulu-bulu di muka ai. Ye..ye..aku ngaku muka aku banyak bulu romaaaaa..abis kenapa?? kau ada?? hahahah! ter'emo' plak.Isk! ni salah upload nih. Celah mane ntah tetibe terupload. Eceh! padahal sengaja. :P Nak bagi tengok blogger2 yang duk tanya-tanya pasal produk Azie Cosmetics tu. Huhuhuu! patut ku letak pic sebelum dan selepas ni. Tapi kemalasan melanda. Nanti la letak ek. Kalau ku ingat laaaaa.


Cheers,
Amysue

Monday, November 22, 2010

Aku geng Wasaber bah!


Wahh! Hot Pink!!!..I like it very much..pink kau!..tak sangka admin Wasaber nak juga jadikan kaler fink sbg background untuk senarai terkini follower We Are Sabahan Bloggers. Minggu lepas kaler kuning. Tetiap minggu ni berubah.

Nampak tak nama saya. Heheheh! idak le kecik bebenor fontnye..dan idak le besau bebenor kan?? Nak tahu tak kenapa ada sesetengah font besar..ade sesetengah yang kecik. Saiz font adalah menunjukkan tahap kecergasan anda dalam komuniti ni. Kau hyperaktif ke tak. Kalau kau pasif je manjang maka kocik le font nama kau. Gituuuu. Kalau kau kejap-kejap lima menet kau update entry..kejap-kejap muka kau kat chat room..lepas kau..nama kau lagi..pastu rajin terjah blog wasabers yang lain..maka aktif la kau nak. Syabas..ibu banggaa...hahahahha!

Ku suka la dengan sahabat-sahabat serta admin dalam Wasaber bloggers ni. Peramah..huhuh macam dah lapan blas taon dah kenal. Pastu rajin jenguk bloggers yang lain. Best kan??? kira memang aktif sangat la komuniti ni. Memang saya dah lama tercarik-carik komuniti sabahan bloggers ni..memang ada..tapi macam ada yang tak berapa nak aktif...last update patblas bulan (memandai je haku..huhu) yang lepas..abis cemane????

Btw Wasabers...bila kita nak buat gathering dengan bloggers yang lain? nanti kita buat ek.Adminnn??? macam bulih ka tu? Hehehhe


Cheers,
Amysue

Friday, November 19, 2010

Apa ada pada 19 Nov 2010

19 November...yeay!!! ari ni adalah monthsary saya bersama encik kekasih yang ke 2 tahun 10 bulan..insyaAllah..tahun depan masa celebrate our monthsary yang ke 3 taun 10 bulan, laaaaagi bermakna bila sudah benar-benar saling memiliki. Eceh!!!!...jiwang kau!

Tatkala ini, sang kekasih tengah bercuti panjang owh kat Raub. Jelessss..lama gila mamat tu cuti. Boleh la orang banyak cuti kannnn.

Btw daling, i luv u so much!..dari awal kita kapel sampai sekarang tak pernah berubah. Awwww!!! sekali lagi aku berjiwang di situuu. Hahahha! abaikan..

Owh ye..hari ni kami berkongsi hari dengan Hari Tandas Sedunia. Hehehehhe..jangan kau nak gelak di sanaaa..Wajib ye ambik berat pasal kebersihan tandas. Orang kata, melalui tandas kita boleh tengok orang tu pembersih ke tak..so sempena hari tandas sedunia hari ni..sila la pegi toilet sekerap mungkin ye. Hohoho

Tak..tak..maksud saya, sama-sama la kita menjaga kebersihan tandas ye..walaupun tandas awam..Hemmm terimbas kembali kenangan saya dengan tandas beberapa tahun lepas


Cheers,
Amysue

Tuesday, November 16, 2010

Bengkel Industri Kreatif

Baru-baru ni masa pembentangan bajet 2011..ada bajet disediakan untuk industri kreatif dan itu menunjukkan kerajaan prihatin terhadap perkembangan dan keperluan industri kreatif di Malaysia..

So..apa macam? ada di antara anda yang berminat dengan bidang animasi? online games? dan yang seangkatan dengannya. Huhu opkos ada kan?

Untuk penduduk Sabah..especially yang duduk sekitar KK dan yang berhampiran dengannya, sesiapa yang berminat untuk join Bengkel Industri Kreatif yang merupakan salah satu MSC Malaysia Sabah Creative Programmes, boleh la joinkan diri ye.

Maklumat bengkel tu adalah seperti berikut:

Peserta:
1) Pelajar sekolah menengah/ pelajar kolej/ Pelajar Universiti
2) Bukan pelajar

Yuran:
1) Pelajar : FREE!..makan minum di tanggung
2) Bukan pelajar: RM30..makan minum disediakan..sijil dr MDeC(Multimedia Developement Corporation) pun disediakan.

Tarikh/Masa:
1) Pelajar: 24 November 2010 / 8.30pg - 5.30 ptg
2) Orang bekerja: 23 November 2010 / 8.30 pg - 5.30 ptg

Tempat:
KYS Digital New Media Centre (Dewan Seri PPS)-Belakang San Zac

Sedikit info mengenai bengkel:
-Pendedahan terhadap perkembangan industri kreatif di Malaysia
-Presentation/workshop berkaitan Games, 2D Flash, Mobile Business Development
-Presentation berkaitan Video Fx (VFX), Online Games, 2D & 3D Animation Development dan Animation Development.


Jadinya..sesiapa yang masih ragu-ragu dengan masa depan industri kreatif ni tapi mempunyai minat yang mendalam, boleh la join bengkel ni. Kita kasi clear mana yang x clear. Heheh

Kalau mau join boleh la call KYS Animation Centre 088-239832 dan bercakap dengan Cik Marlinda atau En Amirul. huhuhu kalau kasi tinggal komen d sini pun boleh. Siapa cepat dia dapat (hehhe esp. tempat yang free tu)

P/S: psstt..dengar-dengar Les Copaque Production pun datang..dan byk lagi production yang akan datang.


Cheers,
Amysue

Monday, November 15, 2010

Nak letak tajuk apa eh?

Hehhehe..iya, serius tak tahu nak letak tajuk apa. Jem otak..jem..

Owh semalam adalah sangat bz, jadi tak sempat nak update belog.Jangan kan update, nak blogwalking pun tak sempat. Maaf ye kengkawan kalau tak sempat nak terjah blog korang.

Semalam sebenarnye bz di dapur.Actually dari hari sabtu lagi saya bz d dapur. Bz menyiapkan tempahan biskut dan kek. Saya siapkan tempahan biskut choc chip dan tat nenas untuk raya haji dan juga kenduri kawin sepupu. Phewww!!! Tekun betul aku menyiapkan.

Choc chip
.Choc Moist Cake

Ari ahad buat kek..kak mas tempah choc moist c sempena adiknya dapat result bagus dalam UPSR...Dah 2 kali kak mas tempah choc moist kat saya..sekali masa dia besday ari tu. Huhuhu kak mas memag gilekan choc moist cake. Btw..thnx ye akak.

Besday kak mas..celebrate masa karnival Jalur Lebar hari tu.

Weh!...ku jumpa duit la semalam!!!..hahahahah! di kala-kalau kau tengah sengkek, bila tetibe jumpe duit kat kocek ke beg ke..sorga tul rasanya. Huhuhu, semalam saje kemas-kemas bilik..pastu kemas-kemas henbeg yang berselerak di bawah katil. Hohoh! slumber je kan letak henbeg bawah katil.Pastu godek-godek beg..buang segala resit-resit..sampah sarap..bla..bla..pergh!!!! sekaliiiiiii...boleh-boleh ku terjumpa duit seploh-seploh 4 keping..lima hengget 2 keping..dan beberapa keping duit singgit dekat salah satu henbeg tu.

Ya Allah..rasa macam nak menangis teresak-esak sebab di kala kau sengkek, tetibe kau jumpe duit. Mak aihhh..boleh topup duit makan 4 ari tu. Hahahha!..alhamdulillah.. :P tak yah ah pegi cimbeng ri ni cucuk duit.

Hemmm..bile gaji nak masuk nih...


Cheers,
Amysue

Saturday, November 13, 2010

Pink itu comel....konon!

Hemm..korang suka kaler ape ek? dahulu kala..berkala-kala..atau jadual berkala? Hahahahah! lawak budus kau ni cik amy. Tak..tak..aku saje buat lawak bajet korang gelak guling-guling, huhuhu rupenye tak langsung T_T.Ye paham korang tak dapat tangkap lawak haku. Huhuhu

Sebenarnya korang suka warna apa ye? saya sesungguhnya terlalu gilakan kaler pink!..emmm..tp x tahu la dah kategori obses ke tak. Tapi selain kaler pink, setiap tahun ku mesti suka dengan satu warna lain. Macam tahun ni ku macam gile skit dengan kaler oren.

Tahun lepas suka dengan kaler ijau, tahun-tahun lepas pernah suka dengan kaler merah..pepel...putih..bla..bla.. cenggitu la tetiap tahun. So bila tahun ni suka dengan kaler oren, tetiba bila beli kete pun nak pilih kaler oren...tema baju raya pun nak kaler oren..sebab tu bila nak bincang-bincang tema kawin tahun depan ku tak berani nak buat decision, sebabnye tatkala ini mataku hanya nampak oren aje yang cantik..klu pink memang ku dah berniat dari dulu takmo jadikan tema kawin. Konon la...tak tau tetiba saya nak kaler pink lak. huhuhu..

Ber'Oren'an lah kami di pagi raya 2010..hehe

Satu-satunya pic saya bersama Siti K@Viva Oren saya

So bila dah gila dengan kaler pink ni, rasa macam semua benda yang saya pakai dan yang saya makan pun nak kaler pink. Sayur pink, ikan pink, tauhu pink..huhuhuhuh best gila kalau mereka itu berkaler pink. Hahahah!

Antara barang-barang kegunaan saya yang berkaler pink

Stationary kalau boleh memang nak kaler pink..yang kat dalam pic ni adalah external hard disk n pensel..masa study dulu saya pernah mempunyai pensel case kaler pink..pemadam..liquid paper..higlighter..pembaris..pen..yang semua berwarna pink. Huhuhu! smart gile ku rasa bila semua berkaler pink..err..tapi studynye tetap tak rajin.Cemane????

Dah ku kata, kalau boleh apa sahaja barang kegunaan harian kalau boleh nak kelr pink juga. Walaupunnn pelestikkk nya sahaja. Tisu basah juga harus kaler pink!

Minyak wangi pon kaler pink!..terima kasih encik kekasih kerana menghadiahkan diriku minyak wangi ini.. Pandai kamu pilih kaler. Heheheh. Rangkaian syampu pun saya nak kaler pink...makeup remover oil pun botol kene kaler pink. Paling best! masa kat langkawi, saya terjumpa losyen gamat yang berkaler pink!..sedap weh pakai time sakit kaki masa period.
Kalau beli panti liner pun, saya suka beli yang duduk dalam kotak. Kan macam-macam design je dorang buat kat kotak tu. Jadi memang harusla ku beli yang kaler pink jugekkk.

Bantal kesayangan saya juga kaler pink. Ni pun hadiah dari encik kekasih masa besday saya yang ke 26. Tengkiu encik kekasih..

Langsir bilik!!!!..hehehehe jugek kaler pink. Nasib baik cat bilik tak kaler pink. Ni tak lama lagi nak tukar cat..tapi tak tahulah nak cat kaler ape. owh! harap2 la ku tak pilih kaler pink. nak juga try kaler lain.

Lampu belajar ni ayah saya yang belikan masa study dulu. Heheheh, mase saya mintak belikan lampu ni, saya tak la mengharapkan kaler pink. janji ada. Tup-tup dia belikan kaler pink..terharu gile..mesti ayah saya perasan banyak barang saya kaler pink..tu yang dia nak beli gak kaler pink..


Bekas nak letak bedak-bedak..cermin.. juga mesti pink. Baru lah perasan diri sentiasa CHOOOMELLL..uhuk! uhuk!

Moisturizer Lipstick Elianto..Memula kan, masa saya nak beli lipstick kat Elianto ni, dah berkenan kat lipstick jenis lain..bila SA tu tunjukkan lipstick yang ni, dan-dan je tak jadik amik yang tadi tu..terus amik yang ni. Hahahah! sebabnye.. casing dia kaler pink ye.

Juga dalam pic di atas ialah compact powder ZA yang berkaler pink..sanggup haku beli bedak yang mahal sikit dari bedak compact biasa hanya kerana casing dia kaler pink. Gila pink kan kata kau. :P


Beg kecik nak letak henpon skarang pun wajib kaler pink...juga environmental bag yang duduk dalam henbeg ku hari-hari pun mesti kaler pink..supaya setiap ari Senin apabila ku membeli belah di sopping kompleks, ku sentiasa bergaya comel dengan beg pink ini, walaaaaupun tidak diberikan beg plastik. Eh korang tau tak especially kengkawan sabahan bahawasanya setiap ari Senin adalah hari tanpa beg plastik?.Ye... Jadi mari sentiasa membawa enviromental beg kemana juga anda pergi.

Bila tak kesampaian nak kaler pink..janji dekat-dekat dengan kaler pink boleh. Macam pendrive ni..takdelah macam pink sangat kan..ala-ala pepel.Tapi boleh la.At least takde la terkeluar tajuk sangat. Hehehe


Hahahah! berusaha gila saya mencarik extension kaler pink nih, Carik kat kedai dua ringgit memang ade..tapi yang dua pin aje. Takde yang 3 pin. So ku berjaya mencarik extension ni dekat Low Yatt Sabah..heheh ape lagi kat Kompleks Karamunsing le. Suke gila haku.

Sebenarnya banyak lagi benda-benda kaler pink like henbeg..kasot..bekas..bla..bla..tapi koserrr la pulak saya nak mengsnap satu-satu..cukupla yang ada ni.Hemmm..teringat kegilaan saya pergi ke kelas masa zaman study dulu dengan warna sedondon. Kau bayangkan haku terkedek-kedek naik bas dengan baju kurung pink...tudung pink..beg pink..kasot pink..fail pink..pastu kalau ujan..payung pun pink. hahahahah!..kadang-kadang haku rasa macam lawak pun ada..kengkadang tetiba bangga bila diriku memakai kaler pink semua. Doiiihhh!..


@ Starwberry Garden, Kundasang. Thanks Kak Mas tulun amikkan pic ni.

Tapi sekarang KU CUBA untuk tidak pakai semua sedondon..kire kalau baju pink..ku try la pakai kasot itam..hehehe kadang-kadang berjaya..kadang-kadang terbabas juga haku berpink satu badan. T_T


Cheers,
Amysue

Friday, November 12, 2010

Al-Fatihah..

Tekejut semalam masa blogwalking ada ternampak entry pasal Shamrin Forograf meninggal. Iya opkos la tekejut, walaupun ku bukanlah mengikuti sangat perkembangan beliau.. tapi lagu-lagu kumpulan forograf dulu layan gak masa zaman ku darjah 5-darjah 6.

Plus, mebi sebab saya pernah saksikan arwah buat persembahan secara live masa tahun 2008 dekat Tasik Titiwangsa. Huhuhu tapi lupalah sempena apa. Macam sempena pesta buah-buahan ke hapa ntah. Camtu la lebih kurang.

Allahyarham Shamrin Fotograf

So bila dah pernah nampak live, macam tekejut gak kan tetiba dia disahkan meninggal. Macam tu lah hidup kan, pasti akan kembali kepada penciptaNya..Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah..

@ Tasik Titiwangsa sempena Pesta Buah-buahan tempatan...kuttttt la.Hehhe

Jaman-jaman awal bercinta..baru lapan bulan becinta.Hohoho! kenapakah muka ku begitu tak semenggah di sini. Comot!!..owh ye, masa tu saya langsung tidak memakai apa-apa produk kecantikan. Pheww! nasib baik encik kekasih masih tergila-gilakan saya. Muahahaha!..kini wajah kusam tiada lagi, kerna ku telah memakai produk Azie Cosmetics (astagaaaa....sempat lagi kau promote di sini yaaa) :P




Cheers,
Amysue

Thursday, November 11, 2010

Aisehhhh..memang takde jual ek kat sabah..

Hoho! biar la ku letak muka ku di permulaan bicara. Eceh! bicara la sangat. Ni pic tadi pagi sebelum pegi opis. Haku kalau pepagi buta dah ber cam whore di bilik, maknanya diriki bangun dengan penuh senyuman serta senang hati. Iye memangla senang hati dah kau tidur SEPULUH jam.Hahahahah!

Morning all...dah sarapan kah belum?? Kalau saya memang dah. Tetiap pagi memang tak miss sarapan..Hohoho! dah kau makan free 3 kali sehari memang takdelah nak skip2 kan?? huhhu!

Lepas sarapan pagi dalam pukul 8.30..kul seploh ke seblas membacuh milo atau nestum lagi..sambil makan biskut. Tapi ari ni spesel skit. Ku bancuh milo makan dengan roti gardenia squiggles.

Hemmm sedap betul kombinasi minum milo, makan roti yang takde pasarannya di Sabah sambil menanda paper final exam students. Hooooiiihh! tekanan betul cek paper budak-budak ni. Rasa nak ku hempuk kepala sorang-sorang dekat dinding. Memang sah-sah x belajar untuk final. Masih tak kenal lagi kut final tu apa. Nanti kau, keluar result exam, kau tengok pointer kau cemana..then tengok biasiswa kena tarik balik ke tak..masa tu baru la kau kenal apa itu final exam kut.T_T..haku yang nak nangis tengok markah dorang nih.



Oklah..bukan itu agenda utamaku di pagi2 kamis ni. Sebenarnya nak cerita pasal roti gardenia tu. Rasanya baru juga la ku tahu rupa-rupanya roti seperti pic d atas dan seangkatan dengannya memang takde d jual di sabah. Ek??..patutlah aku pelik tengok opismet haku bila ada kengkawan outstation ke kl, memasing pesan roti tu dengan kadar baaaapakkk punya banyak.

Memula haku pandang slack jek..'ceh! roti cenggitu pn nak pesan jejauh dr kl ke?'..cisss! rupanya takde jual kat sini. Pelik wohhhhh...kenapa ya? kilang gardenia kemain lagi besar d putatan tu. keeee gardenia yang d putatan tu lain dengan gardenia kl??? PHELIKK..

Masa keje kl dulu, memang roti-roti cenggini je la memenuhi laci meja saya. Kalau tak roti sambal ikan bilis, ku beli inti sardin..tak pun vanilla...bla..bla..

Hehehehe..pasni kalau gi kl, ku belikan roti aje la untuk kengkawan. Huhuhhuh..takyah beli segala keychain ke hapa..beli roti je dah cukup. :P


Cheers,
Amysue

Tuesday, November 9, 2010

Animation Team di Karnival Jalur Lebar

Kami..Animation Team @ Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia

Doiiihhh!...dah berapa ari tak update blog. Bz berdeepavali kata kau..huahuahua!..tak ah..ku bz dengan Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia. Kolej Yayasan Sabah especially Team Animation join karnival ni yang berlangsung pada 6-7 Nov yang lepas.

Jumaat: Mengangkut barang pameran ke booth.

Sebelum mereka-mereka angkut masuk segala mak nenek kelengkapan itu, harus ye kita bergambar dulu.

Di hadapan booth

Jadinya ari Jemaat tu, datang kolej gi prepare untuk final exam UniKL..then kul 5 petang berangkut ke Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Selain activity untuk marketing, juga untuk promote program animasi dan filem & dokumentari.


Antara aktiviti-aktiviti yang kitorang sediakan untuk para pengunjung ialah casting untuk pengacara..heheh jadi kalau ada adik-adik lepasan SPM yang berminat dengan filem &dokumentari punye course buleh la try-try casting kat booth. Ramai gak adik-adik yang cuba. Baguss..kalau haku le...memang tak berani. Ketaq lutut..mana nak kontrol ayu..mane nak kontrol tone suara..eihhhh susah tu.Huhuhu!

Akak-akak pun ramai gak nak merasa menjadi pengacara. Cool ah!

Pastu bebudak animation ni demo la skit nak lukis pakai lightbox dan pakai flash...Lightbox la ramai yang mencuba. Yang flash tu susah le sikit dorang nak try sebab nak kene blaja gak cemana nak pakai tools dalam tu.


Emm..selain demo, ada gak dipamerkan artwork bebudak ni. Semua pakai clay. Dan ni rasanya tarikan utama pengunjung nak datang ke booth kami. Semua macam kagum je tengok artwork ni. Huhuhuh mase memula saya join animation team ni pun sebenarnya haku kagumm gak tengok. Kekekek cam jakun pun ada.

Antara artwork yang di display

Haip!!! totop mata kamu sayang..18sx nih. Huhuhu..haku paling suke tengok patung ni. Sexy. Ada budak kata ni patung yang ada sayur-sayur. Huhuh...amboiiiihhh mantappp betul ye dia punye itu. Huahuahuha!

Lagi artwork yang ada

Actually clay yang digunakan untuk buat figure tu adalah jumping clay. Memang khas untuk buat benda camtu. Lagipun dia ringan je. Idak le macam kau pakai plastisin biasa..dah la berat..baling kat orang bley lebam bijik mata..pastu susah nak melekat.

Walaupun diriku adalah sebahagian daripada animation team, tapi kan saya ni adalah lecturer maths.. memang idakle ku sentuh bab-bab clay semua ni. Nak try gak main jumping clay ni..tapi kang rosak je jadinya. Biarla ku bermain dengan plastisin biase dengan kanak-kanak yang lain.

Owh ye..untuk kanak-kanak, kitorang ada sediakan satu section untuk dorang pamerkan bakat drang dalam buat figure guna clay. Macam-macam dorang buat.. bagus..bagus..kretip sungguh adik-adik ni.

Adik-adik yang bz bermain plastisin/clay

Errrr...ada sapa buleh teka, apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh adik yang buat figure di atas ni??...hahahah! sile jangan gelak ye (kekek padahal keje kau gelakkan benda yang pelik2 je kan???)

Takpe...itukan hasil imaginasi mereka. Kalau kau tak dapat detect apa yang dorang buat tu, anggap aje dorang cuba nak buat satu character makhluk asing. Kata makhluk asing..memang harus la pelik-pelik kan??? huhuh

Kekekek..otromen berkacuk dengan Avatar..huhuhu...

Gelak-gelakkan hasil artwork bebudak ni..bila haku try nak buat, macam parkinson je rasanye. Tak reti haku nak buat apa. Last-last ku buat mee bandung. Hahahahahha! amacam ada rupa mee bandung tak pic kat atas tu??? Fail kau dayang!!!..T_T

Bila takde budak datang booth..staff pun try juga nak mengekspresikan bakat mereka...keluar segala macam karakter..pinguin pegang scroll lah..tp paling banyak alien la. Hahahahha! semua pelik je haku tengok.

Adik-adik yang tengah tengok abang-abang animasi lukis katun kat lightbox



Hemmmm..boleh tahan gak ah ramai orang datang ke booth. Walaupun sepatutnya dapat cuti direct 3 hari ujung minggu tu..tapi enjoy gak ah 2 ari berturut2 datang padang..best!



Cheers,
amysue

Thursday, November 4, 2010

Open House

Amboiiii dia punya lama saya peram cerita ni bukan takat bleh buat pekasam. Dah bleh jadik fosil dah ni. Huhuhuh.. susah sangat saya nak bahagi masa utk update belog. Dia bukan pe..kengkadang bila kau bz sangat, ha masa tu la hati memberontak nak update belog tapi tetap x kesampaian sebab takde masa langsung nak update. Bila kita free dan mengajak diri ini untuk update belog, tetibe kepala jem tak gerak-gerak..jem macam lagi 2 ari nak raya. Abis cemane??

Ni nak citer pasal open house untuk studio animasi kolej yayasan sabah. Berapa ari bulan ek? jap...jap nak cek sat. haaa, ingat sudah..pada 7hb seploh yang lepas. Siiiiiiiipi lagi nak abis raya. Memula nak buat pada 30hb semilan, tapi sebab bz sangat so terpaksa la tunda.

Menu-menu yang ada adalah hasil masakan kami sendiri. Meaning takde la main tempah-tempah ke..katering ke..Cuma sate je kut oder. Antara menu yang ada ialah rendang daging (melaka version..omakaihhhh mantop. Aku yang tak reti makan daging ni tetibe je pandai. Hoohoho), sambal ikan bilis, sambal udang, ayam, sate, kuah kacang, lemang, nasik impit, macaroni...ape lagi ek..owh ade puding roti..ada blueberry cheesecake (opkos aku yg bawak..heheh) dan lain2 kuih muih..tapi biskut-biskut kitowang suh giant je buat. hohohoh!

Open house start pada waktu lunch hour saaampai abis opis hour..Malah kami amat bertuah kerana Datuk Masidi pun sudi bertandang ke studio..dan sempat juga merasa juadah kami. Actuallynya, Datuk adalah tetamu kepada majlis open house jabatan pendidikan yang kebetulan ada buat open house di dewan PPS, so dia juga amik peluang untuk ke tempat kami..

Datuk bersama CEO


Kakitangan dari campus C juga turut berkunjung.

Hohoho..agak membizikan diri ye daku pada saat itu. Macam kenduri kawin plak..paling best kitorang tak kira kau lelaki ke pompuan, messstii gilir-gilir basoh pinggan. Kalau idak, kang yang pompuan sorang-sorang akan bertukar menjadi ibu tiri terjerit2 suh basuh. Huhuhuhu!

Selain membizikan diri kat dapo..ku juga harus membizikan diri berkaraoke. Huhuhu..antara kitorang semua..aku ngan diana je konker karok..Dah yang lain takmo. Korang takmo biar kaaami pulun nyanyi.Perghhh!!!! release tensen betol dapat nyanyi. Walaupun semua lagu yang ada hanyalah lagu raya. huhuhu!

Last touch up..menambah bilangan ketupat..dalam empat-empat orang ni, sorang pn tak pandai buat ketupat. Korang jangan tetipu. Owh ye..yang baju kuning tu la Amirul..huhuhu yang nyanyi kacang tua kacang muda tu. Muahahah!..kengkonon nak buat ketupat.Haku tengok reben tu bebelit kat tangan dia dah jadi macam menganyam bola sepak takraw je. Kekekek

Owh! cumil sungguh pic mereka berdua ni. Adegan mencuri biskut dan takut dimarahi mak tiri. Mereka adalah Shayne n pizi

Bersama opismet: Diana, Shayne, Suparmin dan cik amy..

Bersama mirul n pizi..masa ni kengkonon ala2 skendel di situ.Doiiihhh!...kene sebatan haku kalau berskandel ngan bebudak ni. Semua bawah umur tu. Mirul br umo 22, pizi 25..semua main 'dayang-dayang' je ngan saya. Koser daku nak suh mereka berkakak dengan ku.

Ini Cik Amy @ Cik Dayang

Bersama Wiwie..budak praktikal kat tempat kitowang.

Peace!!!

Bersama budak praktikal lagi sorang..c Jack!

P/s: Credit utk Nizam untuk semua pics ye.

Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...