Tuesday, November 2, 2010

Kacang mana lebih kacak???

Tengahari tadi pegi bank dan lunch together dengan member opis, mirul and kak mas. Tengah meredah kesesakan lalulintas akibat semua orang nak pegi lunch, layan radio...bla..bla..tetibe kuar lagu senyum. Lagu malique n Najwa.

Hemmm layan lagu nih..haku dah berkira-kira nak join skali nyanyi2. Tengah-tengah tunggu nak start nyanyi, tetibe mirul nyanyi "kacang tua..kacang muda..lalalalla" dengan muka konfiden dan tak bersalah.

Dan-dan tu juga aku tergelak tak bleh blah..
"woiii..apa pulak kacang..kacak laaaaaaaaa..kacak luar kacak dalam...Muahahahhaha!!! apa kau pikir ini rancangan katun kacang ke apa tetiba ada perkataan kacang di situ."


"Hahahha..iya kaa? aku memang fail bab-bab dengar apa yang dorang sebut. "

Adoiii la mirul..sampai sekarang saya tak bole dengar lagu senyum ni. Mesti aku teringat kacang-kacang..hoho

Persoalan..adakah kacak itu seperti kacang..owh! bf saya macam kacang...miahahahha!




Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...