Wednesday, November 3, 2010

Kau menghilang, aku beralih arah...

Setelah 5 tahun kita berdua saling setia kepada perhubungan ini, tiba-tiba dirimu telah meninggalkan aku tanpa sebarang kata dan jejak.

Puas aku menjejaki dirimu..cuba menghubungi mu..cuba mengingati semula apa silap dan salah ku..apa salah ku sayang.

Andai kehilangan dirimu adalah petanda untuk merelakan aku bersama yang lain, aku tak rela sayang..
Aku tak mampu menagih kasih orang lain..jauh untuk berkongsi..tidak sesekali aku mahu berkongsi...

Ah!!!!..kalau itu sudah keputusanmu..biar aku cari yang lain..yang baru..yang lebih sempurna dari kamu..

Yeah!..................................


Hohohoho!..sikse betul berkuku panjang ni. Jenuh betul aku mencari mana dah hilangnye ketip kuku ku itu. Tak tahan dah kuku panjang2 camni. Ku tahan hati nak pinjam ketip kuku orang lain..Makanya ku beli juga ketip kuku itu. Mahal gile. Ade ke pat hengget. Yang lame ku beli 2 hengget je. Same je comelnye.

Saya tak biasa pakai ketip kuku orang lain dan kongsi ketip kuku saya dgn orang lain. Huhuhuh! bukan demand ke hape ke..tp cam geli la bila kongsi-kongsi ketip kuku.

Tp kalau orang dah nak pinjam terpaksa juga bagi pinjam..Idakle saya kedekut sangat.Tapi seboleh-bolehnya memang tak berapa suka kongsi ketip kuku. It's about hygiene kut. Hehehe

Kini ku sudah punya sepit kuku kaler fink menggantikan dirimu wahai encik sepit kuku kaler biru yang dah buruk..hohoho


Cheers,
Amysue

1 comment:

ChaLie IbraHim said...

amboi....cumel ketip kuku tu...huhuhuh... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...