Thursday, December 30, 2010

Tahniah la Harimau Malaya..kerana anda, kami cuti. Yiiiha!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hye! nama saya Amy Fahmi. BF saya la yang terer save bola penalti Indonesia semalam. Hak! hak! hak!..tetibe je kan c Fahmi tu jadi bf kau! Berangannnnnn...

Weeeheeee! sok cuti. Punye la suka sangat esok cuti sampai mood kerja saya pun dah start cuti ari nih. Hehehhe!..

Uols tengok bola tak semalam?? gua opkos layan. Satu family layan. Kami layan dengan penuh semangat kesukanan. Idak le ku menghiraukan cacian/makian dari rakyat seberang sane. Jangan kau layan sangat cakap merepek meraban mereka itu. Julia Perez yang kengkonon nak pakai pakaian dalam berlaser pon ntah mane tak muncul-muncul. Mane? mane?!.. Eh! tapi ade gak kan laser ijo tu mancar kat muke Fahmi bf i tu kan??? hikhikhik!

BTW..tahniah la ye kepada pasukan Malaysia..walaupun bermain di depan puluhan ribu penyokong negara sana..pastu ngan keadaan keselamatan yang agak terancam..namun pe de hal kan setakat ancaman tu semua. Ni pasal laser pon nak memekak. Rilek la. It is just a game okey. Ada menang ada kalah.

Nak buat apa ye esok???

Update:..okeh..okeh..saya dah tengoh blog gf c Fahmi..Hye! Elia..jangan marah. i tumpang perasan je dengan bf u. Hahahha!

Cheers,
Amysue

Wednesday, December 22, 2010

Semalam...kami makan je. Heheh!

Assalamualaikum dan salah sejahtera korang semua..

Doiihhlah..ngantuk tahap gaban dah mataku ini. Tak,...tak..saya bukan update tengah-tengah malam ni tapi petang-petang yang lagi sejam nak balik pastu merana gila sebab tak dapat tahan ngantuk. T_T..Cepat lah kau bergerak wahai jam.

Em macam lama pulak tak update belog. Baru-baru ni memang ada, tapi saya dah remove entry tersebut. Huhuhuhuh! Malas pulak nak publish..lagipun lama lagikan. Taknak lah kang orang cakap "ek eleh....benda tu laaaaaaaaaaaaaaaama lagi sempat kucing aku beranak nam kali. Saje la tu nak heboh satu dunia." pastu aku nak balas " ko pe hal? jeles???" hahahahah! sukehati

Ari ni saya nak share aktiviti saya semalam. Semalam kejenye makan aje. Sorga betul. Pagi ada lawatan dari Unit Perancang Ekonomi...tengahari ada lunch untuk semua kakitangan kolej sempena krismes dan akhir tahun...pastu petang lak ada lawatan oleh pembantu menteri ICT, Datuk Jainab Ahmad. Jadi memang aktiviti makan padat di situ.

Ala....masa event pagi tu takde amik pic langsong. Kalau ada pun kat kamera godang member.

Ni lah satu-satunya pic time lunch yang saya dapat. Ni pun sebab member tag kat FB. Pic di ambil oleh Cik Nurul ye. Mantap gak ah menu lunch semalam. Ada kambeng, satay, ikan bakar, udang bakar, nasik lauk..gulai kawah.. perghhhh! perlu ada kawan kiri kanan tukang ingatkan supaya kau tak over melantak. Namun harus pasrah sekiranya kedua-dua kawan tersebut juga dalam 'melantak mode'.

Ngan kak Mas

Bersama Cik Beatrice

Owh ye..oleh kerana lunch tersebut semua staff kolej datang. Maka dapat la jumpa ngan member study kat unitar dulu. Jarang leh jumpa sebab dia ngajar kat campus B.
Pastu aktiviti petang tetiba jadi cergas berposing sana sini. Lepas lawata kat studio, dorang ke production pulak. Memandangkan walaupun kami staff animasi, namun jarang sekali berkesempatan datang ke production. Campur semalam baru dua kali dapat ke sana. So ape lagi mari kita bergambarrr!


Cik Amy dan Cik Wahyu. Owh ye, dia budak prektikel baru kat studio. Lama weih dia akan praktikal. Nam bulan ke lima bulan...kekekek abisla aku hasut dia pakai shawl pasni. Asik la dia perati cemana saya lilit shawl kat kepala. Rilek Ayu..yakin jak ko.Huhuh

Cak!

Cak! cak! cak!..kami lah cicakman. Hua! hua! hua!

Apehal aku posing cam pelik. Okey fine, mebi saya terpengaruh dengan iklan serbuk pencuci baju bayozip yang mana aku pelik kenapakah anaknya berkata 'yey!' (sambil buat tangan macam saya tapi kena tinggi sedikit) bila makpak dia kasik pencuci itu sejurus selepas dia turun dari bas PLKN. Heheheh! sebenarnya bukan pelik kenapa dia ckp yey!..tp pelik aksi buat tangan macam tu. Tak boleh terima haku....saaampai sekarang.

Yey!...hahahah..mak! nak bayozip gak. Naklah..naklah..naklah..LEMPANG!!!

Menyibuk di bilik animator

Saya lagik...next!!!!!

Bersama artwork mereka yang comel

Okey..dah habis saya tayang muka. Perhimpunan bersurai. :P



Cheers,
Amysue

Thursday, December 16, 2010

Digital Playground -Part 2

Assalamualaikum dan salamsejahtera semua..

Uols dah luch? saya belom lagi..skang ni tengah tunggu member gi beli big apple . Kekekekek..ujung-ujung bulan camni boleh dapat kalender big apple utk next year. Wuuuhuuu! banyak kupon owh! I like..

Okeh..okeh..Moh le kita sambung pulak cerita pasal Digital Playground tu. Ok entry lepas dah cerita pasal our preparations untuk event ni. Owh ye..selain tu, weols warga studio pulak diharuskan memakai pelbagai jenis pengenalan diri agar mudah dikenali. Contohnye:


Tag ni yang mana harus di gantung kat leher sepanjang masa. Ngeeee...tertera di atas bahawa saya adalah AJK makanan ye.

Pastu..kat atas dashboard kereta perlu letak pulak benda nih. Maknanya senang la orang nak detect tu kereta sapa. Boleh bagi calar kalau tak puas ati dengan event. Weeeeeiiihhh! cubalah kalau berani bagi calar, kau ingat kat kereta aku tu tak pasang cctv ke? Ada patbelas cctv di pelbagai sudut kereta saya. Senang je nak cari tau (sambil buat muka tak puas ati) :P

Okey..pastu kena letak sticker ni kat lengan yang menunjukkan yang kau boleh bercakap English. Idak le si korean tu teragak-agak nak ajak ko berbual menggunakan bahasa isyarat ke apa. Pastu ada satu lagi sticker yang tulis 'Creative Crew' macam kat atas dan letak juga kat lengan kau. Gitu...

Okey masa ni dorang tengah setup untuk interactive media art. Macam-macam yang kau boleh tengok kat dalam dewan pameran ni. Nanti saya citer kat part seterusnya ye. Memang interesting.

Ni pula salah satu daripada karya animasi yang terdapat dalam tayangan Digital Animation. Tajuk dia 'Rail'. T_T sesungguhnya cerita ni berjaya membuatkan aku macam nak nangis masa tengok. Sedih gile. Banyak kali saya spent masa duduk dekat room ni semata-mata nak tengok cerita ni.

Relay Presentation

Kami tekun mendengar presentation. Uiskk! serius gila daku mendengar ye. Sila spot wanita ayu bertudung ijau itu. Hahahha!

Aku da kata..serius gila daku mendengar.

Selepas join dengar-dengar semua presentation untuk ari tu, kitorang bergegas pulak menyiapkan kerja yang belum selesai. Malam tu ada opening ceremony.. dan ada baaaaanyak kerja yang belum siap.

Masih bertngkus lumus buat kerja. Opening Ceremony start pukul 7ptg. Masa ni dah pukul 6 lebih kut. Still tak tukar baju!.. eh i tell u ah, dalam kereta haku dah siap bawak skirt kembang-kembang..baju putih suci murni..kengkonon nak bergaya sakan ah malam tu. T_T taaapi nampaknya memang tak kesampaian hajat itu.

Kerna....bukan aku sorang je tak sempat nak tukar baju.. most of us (lecturers) memang langsung takde masa nak pegi tukar baju. Bizi!...bebudak je la sempat..sebab kitorang dah arahkan dorang balik pegi tukar baju dan datang semula ke kolej dalam pukul 4ptg. Semua wangi-wangi je dorang..kami la yang bertabah dengan muka berminyak, sembab serta pebagai jenis bau kau boleh hidu. huhuhu bau sate ade..bau kambeng panggang ade..hahahha! tapi kitorang chill beb! ape de hal setakat tak tukar baju kan???

Kekekek..muka sorang-sorang memang tak bleh nak kata apa la..nampak muka letih.

Cuba untuk buat muka ceria!

Percubaan untuk kontrol ayu. Heheheh! bila amik tak pakai flash baru lah tak nampak muka berkilat lalu kami pun gembira.

Student with the Korean

Ada kambing panggang kata kau. Tapi sayang, saya tak pandai makan kambeng.

Tempat berucap

Budak-budak AJK Makanan menguruskan makanan. Perghhh! saya rasa bahagian Food malam tu memang terbaik la penat dia.

Suasana dalam khemah. Heheheheh! tak nampak sangat kegardenannye..tetiba dah tak jadi garden. Entah di mana silapnya.Hohohoho!

The Koreans..kekekek..jangan tertipu, semua Sabahn je tu. Tapi memang ramai sabahan tetiba jadi korea time tu. Tidak lah ku paham.

Yang ni baru betul orang Korea.

See! comel kan tanglung tersebut. Macam-macam design ada.

Saya memang teruja tengok tanglung-tanglung ni. Rasa macam..kool giler.

Ye..rasanya tu je la kut yang mampu saya taip untuk kali ni. Owh! ye, kebanyakkan pic ni memang bukan saya yang ambil. Mana yang kau nampak watermark sebesar-besar alam kat dalam pic tu memang saya la yang amik..kalau watermark nampak kat ujung-ujung je..maknanya kengkawan saya la yang amik.

Dan...baru ku perasan, takde sorang pun yang amik secara close up cawan comel yang bubuh lilin kat dalam tu. Adehhhh..terlepas suda moment itu..

Cheers,
Amysue

Wednesday, December 15, 2010

Rejeki...Rejeki...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah la uols..murah rejeki di bulan doblas ni. Saya ingat rejeki melimpah ruah time nak raya je bab-bab orang nak tempah biskut dan kek. Time nak krismes ni pun Allah bagi rejeki murah kat saya. Alhamdulillah...

Mak bagitau tempahan biskut Almond London yang diterima ada 7 botol. Huhuhu! tekojut den donga. Kira banyak dah tu. Tak sangka skarang krismes pun macam raya nak ada biskut. Terus cakap kat mak..dahlah, jangan amik oder lagi untuk Almond London tu. Tak terlarat saya nak buat dalam masa dua hari (sabtu dan ahad ni je mampu berhempas pulas dengan tepung dan butter).

Mak pulak dengan biskut cerelacnye. Pun berbotol-botol gak aku tengok mak aku buat. 3 ari sebelum krismes, ada member tempah Blueberry cheesecake..on 25th pun ada member tempah kek yang sama. On 1st Jan plak tempahan choc moist cake dari Diana untuk birthday beliau.

Saya tak kisah sebab saya laaaaaagi suka. Kalau kau suh aku masak rendang lagi 3 ari nak krismes...Ayam pokpekntahapentahnama on 25th..pastu Kambing resepinenekkaudanakubersama memang pitam la aku. Haku tak suke la memasak. Masak untuk daily routine tu buleh la. More than that...biar aku pitam patbelas ari dulu. Huhuhuh!




Cheers,
Amysue

Digital Playground - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hihi..Nampak bersopan je saya menyapa anda semua begitu kan? apa taknye, selalu entry saya terus je menerjah tak tentu pasal. Hohoh! baiklah..baiklah..mulai hari ini saya akan lebih menjadi sopan agar saya lebih kelihatan ayu di situ. Hahahahah! keluar tajuk okey!

So ari ni, saya nak citer la kat korang semua event yang aku duk pung pang pung dari minggu lepas tu iaitu Digital Playground in Island..yang ada orang korea tu..

Event tu telah berlangsung selama seminggu di mana start pada 29 Nov-3 Dis 2010. Tapi actuallynya 29 tu cuma curatornya je yang datang ke studio. On 30th tu yang the arrival of korean artists. Ha...jangan pulak kau ingat si...sape ntah penyanyi-penyanyi korea yang korang gilakan itu datang ke sini. Ni semua orang-orang art la yang datang.

Ape yang ada kat Digital Playground ni?? moh le saya citer barang sedikit apa ke bendenya semua ni. Digital playground ni adalah more to media art exhibition..dan sangat femes di kalangan peminat media art di Korea (mula wujud pada tahun 2005). So kehadiran Digital Playground ni Kota Kinabalu adalah sebagai pilot projek dorang di peringkat international.

Antara program yang ada dalam Digital Playground ni ialah Media Installation, Digital Animation, Film Screening, Relay Presentation dan Workshop.

Ok..ok dah..jom kite bercerita sambil di temani pics ya. Takdelah kau menguap di sana membaca penerangan saya laksana kau sedang menghadiri kuliah Sociology. Jangan begitu. Kadang-kadang hidup perlu ada unsur-unsur fun.Huh! tetiba.

Okey pic atas tu di ambil ketika kami sedang berhempas pulas menghias khemah untuk Opening Ceremony pada malam esoknya. Kata nak tema garden..so memang berhempas pulas ah nak meng'garden' kan khemah.

Kalau dah garden temanya, memang harus ada bunga-bunga kan.

Aktiviti melekatkan bunga-bunga comel di cawan tin. Comel kan bunga-bunga tersebut. Terus haku dah dapat idea skit-skit untuk kawin nanti. Hehehe!. emmm..cawan-cawan tu semua nak letak kat atas meja.Pastu keliling cawan tu nak tabur batu-batu...dan dalam cawan tu nanti buh la air ngn minyak..then apungkan liling. Sweet kan? Hah! sila imagine sekarang.

Bagus budak-budak ni, kau bagi je arahan..kompem buat.

Haaaa..nampak tak tin susu pekat yang banyak tu? Tu nanti supaya senang nak kasik beras kat orang korea. Setiap seorang secupak. Lain daripada yang lain kan doorgift kitorang??? ni pun care gak kalau buat time kawin nanti. Hohohoh.

Hahahah! kau jangan percaya sangat lawak bodo aku tuh..ape masalah kau tetibe nak kasik beras secupak kat korean tu. Takde maknenye. Sebenarnye..tu kitorang nak bagi lubang-lubang ikut design yang telah di buat. Tujuan.....nanti letak lilin dalam tu..so jadi la macam tanglung. Santek owh di waktu malam bila cahaya-cahaya daripada lilin tu keluar ikut lubang-lubang kecik. So..Ape lagi bebudak ni..kung kang kung kang la bertukang mengetuk tin tu dengan paku.

Hehehehe..tapi lecturers nya menegok aje ye bab kau mengetuk tin itu. Idak le kami masuk campur hal itu. Bagi arahan sudeyyyy. heheheh

Kami bukan sekadar menengok kosong aje ye. Belambak lagi koje yang nak disetelkan. Tu ha..khemah masih belum berhias. Pegilah kau membizi di situ.

Adeh! tetiba haku penat nak sambung. Saya sambung next entry. Hihihi..


Cheers,
Amysue

Tuesday, December 14, 2010

Harap maklum, ssya bukan berumur 21 tahun

:: Pada umur 28 tahun, kedut mula menunjukkan diri :( ::

Baiklah..baiklah..saya perlu akur sekarang bahawasanya saya memang perlu memakai krim anti-ageing dekat mata saya.

Huhuhu dulu apa ku kesah dengan krim-krim anti kedut or anti penuaan tu semua. Huhuhu..ini lah manusia, hanyut dalam omongan sekeliling. Eceh!..dah semorang kalau nak teka umur aku mesti nak cakap dalam 21-22..Over tau uols ni. Hehe..mana tak hanyut. Last2..aku duk pikir la umo aku ni dalam 21..22 manjang. Hahahha! perasan.

Tapi oleh kerana sejak kebelakangan ni, bila saya mekap je mesti nampak garis-garis halus kat bawah mata, Seriussss..dulu tak ade. Wuwuwuwu T_T.. sedih.

Maka, dengan itu...saya telah pun memulakan langkah pencegahan dengan memakai krim mata Rania Gold dan Garnier Eye Roll On tu. Mahal rupenya krim mata ni kan? ko pegi la capai mana-mana krim mata jenama lain, semua pun macam mahal gile. Padahal kecik je.

Skang ni, kejap-kejap saya pegi roll bebola besi tu kat bawah mata. Malam sebelum tido, kalau malas nak pakai krim jerawat ke apa ntah yang lain tu kat muka , krim mata tu jela aku bersemangat nak pakai. hihihi

Scary gile tengok bawah mata berkedut..lagi scary bila kedutan tu berlaku di bawah lapisan bedak. Huduh!

Adalah sikit perubahan..paling cepat nak nampak ialah lebam bawah mata. Dah kurang dah ke'panda'an mata aku. Huhuhuhu! cuma tang garis tu mebi perlu amik masa la kut. Dan kena selalu pakai la.

Uols semua, janganlah teka umur saya sebegitu muda lagi ye. Tak pasal-pasal haku lupa diri tak ingat diri dah umo pat puluh. Huhuhu



Cheers,
Amysue

Monday, December 13, 2010

Tak ada apa2 sangat pun

Morning anda semua..

Sihat kah? alhamdulillah saya sudah beransur sihat. Huhuhuhu macam tak pecaya bila weekend ari tu tak online langsung. Pergh!! tak pernah terjadi daam seumur hidup aku tak online begitu lama. hahaha! (kenapakah aku perlu gelak di hujung ayat nih???)

Sebenarnye kan haku nak update pasal aktiviti dengan Koreans tu.. tapi.. adoiiiilah, saya tak tahu nak start dari mana. Dahlah gambar berlambak tak ingat. Camni je la..kalau ada..ada la tu ye..kalau takde, maknenye jangan lah kau mengharap di situuuu..

Yiiihaaa!!!! next week kekasih hati akan datang ke Sabah. Isk! tak sabar nak paw dia cukup-cukup.


Cheers,
Amysue

Friday, December 10, 2010

Mukadimah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera uols..

Ye..ye saya tahu saya dah lama tak update belog. Serius, banyak perkara yang nak saya sharekan dengan korang semua. Tapi..elok je segala aktiviti-aktiviti yang menyebabkan saya bz tu selesai..saya dilanda demam pulak. T_T

Saya ni lain sikit..kalau dah demam memang tahap macam tenat. Huhuh! reason mengatakan tenat kerana perasaan tatkala itu amatlah hopeless dan tidak berguna. Asik menempek atas katil dengan muka macam hape ntah.. rambut mengerbang semacam. T_T tidakkah itu amat kasihan???

Sekarang ni pun suara adalah seperti itik tersepit. Sekali-sekali kedengaran seperti ada mak nyah di opis ni. Huahuahuahua! gila..pagi selasa lepas, sora tak ada langsung..kemudian beransur-ansur pulih. Namun tetap mengerikan. Doiihhhh! sabar je lah bila student-student ni duk ngajuk suara ku yang garau+seksi+itik tersepit+mak nyah ni. T_T

Semalam, buat kali pertama dalam hidup aku setelah bergelar pekerja sejak 2008, haku telah mengambil mc. Hahahah! gile nerves masa nak mintak mc dengan doktor. Bodo tul. Apa ntah yang nak ku nerves kan sangat. Tak larat la weih nak drive pegi keje dalam keadaan tak sihat camtu. Dapat la saya mc sebanyak 1 ari. Boleh la kan? tapi pegi keje hari ni pun demam masih tak okey lagi. Cuma okey skit la banding yang lepas-lepas.

Pasni, nak godek pics koz nak update belog dengan cerita-cerita event last week. Harap-harap saya bersemangat la ye nak mengupdate. Kalau kau tengoj aku senyap je lagi..maknenye demam ku tak okey la tu. Pepun saya try la ye.


Cheers,
Amysue

Monday, December 6, 2010

Brownies Cheese cake.

T_T, ari ni datang opis semua pun member opis demam. Huhuhu nampaknya kami demam secara berjemaah sejak balik dari Pulau Mamutik jumaat lepas. Haku ingatkan ku seorang je demam. Ni pun saya rasa badan macam tak berpijak di bumi yang nyata je. Ikut hati nak MC..tapi sesungguhnya, saya adalah manusia yang paling lemah kalau bab-bab nak amik mc. Perghhh! nak pegi klinik pun payah..ada hati nak pi amik mc.

Semalam, walaupun demam..masih sempat attend member opis kawin..hohohoh siap boleh karokeh lagi. Hahahha! kata dah pakinson lama tak karok. Harus la nyanyi 1 lagu. 1 lagu je la tapi. Tu pun duet dengan student.

Sebenarnya, saya start rasa tak sedap badan hari sabtu tu. Tekak rasa perit gila. Dalam pada tu tekak adalah mengada-ngada nak makan kek brownies cheese. Sib baik semua bahan-bahan nak buat kek tu ada kat umah. Dan-dan tu juga haku dengan tabah membuat kek tersebut.

Moh le saya share resepi ni. Actually, ni pun saya dapat daripada rinnchan fotopages. Memang setiap kali aku makan kek ni, rasa nak pengsan nambelas ari sebab sedap gila. Hahaha!
Antara bahan-bahannya ialah:

Brownies:
250 gm butter
1 cawan serbuk koko/coklat
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1/2 cawan susu cair
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder

Cheese:
250 gm cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Bila dah cair..angkat dan pindahkan dalam bowl yang lebih besar.
2. Masukkan serbuk koko/coklat. Kemudian gaul sehingga sebati.


3. Dalam bowl lain, masukkan telur dan gula kastor. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan telur dan gula tu dalam bowl adunan butter dan koko. Pastu masukkan susu cair.

5. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan dalam adunan tadi. Gaul rata.
6. Kalau macam likat sangat adunan kek tu sampai kau rasa oayah nau nak gaul..tambah lagi sedikit susu cair. Sedang-sedang elok la dia punya adunan.
7. Ambil loyang..tuang adunan dalam loyang. Simpan sedikit adunan brownies untuk hiasan. Adalah better kalau kau alas loyang tersebut dengan kertas minyak. Senang skit nak keluarkan dari loyang nanti.


8. Bakar dalam masa 20 minit.

Sementara brownies tu tengah bersauna dan bersenang lenang di dalam oven. Meh kita bancuh pulak adunan cheese.

1. Putar cream cheese sehingga menjadi lembut dan berkrim.
2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit
3. Masukkan pulak telur dan pukul sehingga sebati.


Bila adunan brownies tadi dah cukup 20 minit di bakar..angkat dan tuang pulak adunan cream cheese tadi di atas brwonies tersebut. Masukkan pula lebihan adunan brownies tadi dalam piping bag dan pipe la atas cream cheese tadi. Buatla corak apa korang nak. Ikut soka hati kamu.

Huhuhu am doing the easiest deco in the world!

Tadaaaaa!..kalau nak lurus..sila pakai pembaris. Hahahah!

Yummy!!!! haku memang suka gilerrrr dengan kek ni. Dengan tekak demam camni, kek ni je boleh masuk dengan jayanya ke perut haku. :p


Cheers,
Amysue

Saturday, December 4, 2010

Menaip dengan keadaan khayal @-@

Owh! di saat saya begitu teruja mahu mengupdate belog..keadaan kesihatan saya adalah tidak mengizinkan.. Hohoho! ku diserang simptom pra-demam. Heheeh! ngengada kau nih. Cakap je kepala berat, mata panas..tekak perit dan dari pagi tadi aku asik kung kang kung kang batuk seorang diri..errr..ada kah batuk secara berjemaah? *pening* maafkan diriku kerna tak mampu berfikir secara kritis. Berat sungguh kepala ni weiiihh!

Adakah kerna diri bergumbira tanpa kawalan dan memakan seafood secara pukal mengakibatkan aku nak demam???? T_T overrr kalau cenggitu. Yang lelain elok je snorkling bagai nak rak, mein tarik tali..mein bola tampar..mein wrestling arm..okey je.Menten je sihat. Hohoh!


Owh ye!!!!..setelah penat selama 2 minggu berturut-turut dengan pelbagai event, semalam dapat release tensen dengan trip ke Pulau Mamutik bersama Team Animation KYS-Korean. Seronot!!!!!! Nanti ku cerita dengan lebih lanjut ye berserta dengan pics sekali.

Aku nak tido..kepala dah tak centre ni setelah menelan ubat batuk dan selsema. Ku nampak 13 ratos bintang dah. @-@



Cheer,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...