Monday, December 6, 2010

Brownies Cheese cake.

T_T, ari ni datang opis semua pun member opis demam. Huhuhu nampaknya kami demam secara berjemaah sejak balik dari Pulau Mamutik jumaat lepas. Haku ingatkan ku seorang je demam. Ni pun saya rasa badan macam tak berpijak di bumi yang nyata je. Ikut hati nak MC..tapi sesungguhnya, saya adalah manusia yang paling lemah kalau bab-bab nak amik mc. Perghhh! nak pegi klinik pun payah..ada hati nak pi amik mc.

Semalam, walaupun demam..masih sempat attend member opis kawin..hohohoh siap boleh karokeh lagi. Hahahha! kata dah pakinson lama tak karok. Harus la nyanyi 1 lagu. 1 lagu je la tapi. Tu pun duet dengan student.

Sebenarnya, saya start rasa tak sedap badan hari sabtu tu. Tekak rasa perit gila. Dalam pada tu tekak adalah mengada-ngada nak makan kek brownies cheese. Sib baik semua bahan-bahan nak buat kek tu ada kat umah. Dan-dan tu juga haku dengan tabah membuat kek tersebut.

Moh le saya share resepi ni. Actually, ni pun saya dapat daripada rinnchan fotopages. Memang setiap kali aku makan kek ni, rasa nak pengsan nambelas ari sebab sedap gila. Hahaha!
Antara bahan-bahannya ialah:

Brownies:
250 gm butter
1 cawan serbuk koko/coklat
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1/2 cawan susu cair
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder

Cheese:
250 gm cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Bila dah cair..angkat dan pindahkan dalam bowl yang lebih besar.
2. Masukkan serbuk koko/coklat. Kemudian gaul sehingga sebati.


3. Dalam bowl lain, masukkan telur dan gula kastor. Pukul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan telur dan gula tu dalam bowl adunan butter dan koko. Pastu masukkan susu cair.

5. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan dalam adunan tadi. Gaul rata.
6. Kalau macam likat sangat adunan kek tu sampai kau rasa oayah nau nak gaul..tambah lagi sedikit susu cair. Sedang-sedang elok la dia punya adunan.
7. Ambil loyang..tuang adunan dalam loyang. Simpan sedikit adunan brownies untuk hiasan. Adalah better kalau kau alas loyang tersebut dengan kertas minyak. Senang skit nak keluarkan dari loyang nanti.


8. Bakar dalam masa 20 minit.

Sementara brownies tu tengah bersauna dan bersenang lenang di dalam oven. Meh kita bancuh pulak adunan cheese.

1. Putar cream cheese sehingga menjadi lembut dan berkrim.
2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit
3. Masukkan pulak telur dan pukul sehingga sebati.


Bila adunan brownies tadi dah cukup 20 minit di bakar..angkat dan tuang pulak adunan cream cheese tadi di atas brwonies tersebut. Masukkan pula lebihan adunan brownies tadi dalam piping bag dan pipe la atas cream cheese tadi. Buatla corak apa korang nak. Ikut soka hati kamu.

Huhuhu am doing the easiest deco in the world!

Tadaaaaa!..kalau nak lurus..sila pakai pembaris. Hahahah!

Yummy!!!! haku memang suka gilerrrr dengan kek ni. Dengan tekak demam camni, kek ni je boleh masuk dengan jayanya ke perut haku. :p


Cheers,
Amysue

9 comments:

kupaslaroren said...

melelehhhhhh ayak liur -_-'
kenapa kamu pandai masak nih
*jeles

Dayangku Army said...

hahahah! jangankan kamu kupas..tatkala ini saya pun meleleh ayak liuq terkenangkan kek ni kat umah. Balik keje kompem dah takde ni. T_T

lizz said...

tq bagi resepi boleh cuba kat umah ni...apepun salam kenal..saya follow kamu yer..jemputla singgah ke blog saya..

ieta said...

Guna Luoyang bulat blh x?,

ieta said...

Kalau guna Loyang bulat blh ke?,

Dayang_Amy said...

guna loyang apa2 pun bole takde masalah.. :)

Anonymous said...

pas letak adunan cream cheese tadi di atas brwonies pastu kene bakar lagi atau biarkan?tq

Dayang_Amy said...

Lepas tuang cheese tu kena bakar lagi sampai la cheese tu keperang-perangan. biakan sejuk sekejap then boleh la makan..heheh

Anonymous said...

tqvm..sy dh cube..jd..cume cheese manis la plak...sy gune 200gm cheese n 1/2 gule..nak tnye...cheese tu bakar kejap je kan...cheese tu lembut bile dimkn kan? risaunyer klu salah...mane tau kene biar bhg atas keras...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...