Wednesday, December 15, 2010

Digital Playground - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hihi..Nampak bersopan je saya menyapa anda semua begitu kan? apa taknye, selalu entry saya terus je menerjah tak tentu pasal. Hohoh! baiklah..baiklah..mulai hari ini saya akan lebih menjadi sopan agar saya lebih kelihatan ayu di situ. Hahahahah! keluar tajuk okey!

So ari ni, saya nak citer la kat korang semua event yang aku duk pung pang pung dari minggu lepas tu iaitu Digital Playground in Island..yang ada orang korea tu..

Event tu telah berlangsung selama seminggu di mana start pada 29 Nov-3 Dis 2010. Tapi actuallynya 29 tu cuma curatornya je yang datang ke studio. On 30th tu yang the arrival of korean artists. Ha...jangan pulak kau ingat si...sape ntah penyanyi-penyanyi korea yang korang gilakan itu datang ke sini. Ni semua orang-orang art la yang datang.

Ape yang ada kat Digital Playground ni?? moh le saya citer barang sedikit apa ke bendenya semua ni. Digital playground ni adalah more to media art exhibition..dan sangat femes di kalangan peminat media art di Korea (mula wujud pada tahun 2005). So kehadiran Digital Playground ni Kota Kinabalu adalah sebagai pilot projek dorang di peringkat international.

Antara program yang ada dalam Digital Playground ni ialah Media Installation, Digital Animation, Film Screening, Relay Presentation dan Workshop.

Ok..ok dah..jom kite bercerita sambil di temani pics ya. Takdelah kau menguap di sana membaca penerangan saya laksana kau sedang menghadiri kuliah Sociology. Jangan begitu. Kadang-kadang hidup perlu ada unsur-unsur fun.Huh! tetiba.

Okey pic atas tu di ambil ketika kami sedang berhempas pulas menghias khemah untuk Opening Ceremony pada malam esoknya. Kata nak tema garden..so memang berhempas pulas ah nak meng'garden' kan khemah.

Kalau dah garden temanya, memang harus ada bunga-bunga kan.

Aktiviti melekatkan bunga-bunga comel di cawan tin. Comel kan bunga-bunga tersebut. Terus haku dah dapat idea skit-skit untuk kawin nanti. Hehehe!. emmm..cawan-cawan tu semua nak letak kat atas meja.Pastu keliling cawan tu nak tabur batu-batu...dan dalam cawan tu nanti buh la air ngn minyak..then apungkan liling. Sweet kan? Hah! sila imagine sekarang.

Bagus budak-budak ni, kau bagi je arahan..kompem buat.

Haaaa..nampak tak tin susu pekat yang banyak tu? Tu nanti supaya senang nak kasik beras kat orang korea. Setiap seorang secupak. Lain daripada yang lain kan doorgift kitorang??? ni pun care gak kalau buat time kawin nanti. Hohohoh.

Hahahah! kau jangan percaya sangat lawak bodo aku tuh..ape masalah kau tetibe nak kasik beras secupak kat korean tu. Takde maknenye. Sebenarnye..tu kitorang nak bagi lubang-lubang ikut design yang telah di buat. Tujuan.....nanti letak lilin dalam tu..so jadi la macam tanglung. Santek owh di waktu malam bila cahaya-cahaya daripada lilin tu keluar ikut lubang-lubang kecik. So..Ape lagi bebudak ni..kung kang kung kang la bertukang mengetuk tin tu dengan paku.

Hehehehe..tapi lecturers nya menegok aje ye bab kau mengetuk tin itu. Idak le kami masuk campur hal itu. Bagi arahan sudeyyyy. heheheh

Kami bukan sekadar menengok kosong aje ye. Belambak lagi koje yang nak disetelkan. Tu ha..khemah masih belum berhias. Pegilah kau membizi di situ.

Adeh! tetiba haku penat nak sambung. Saya sambung next entry. Hihihi..


Cheers,
Amysue

4 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

cik amy sila bg tutorial buat bunga comel dan cawan itu ya!!

Dayang_Amy said...

Hahahaah! tutorial apakah itu puan aima? nnti saya fikir2kan..:P

secomelkukukakiku said...

ceyh. igt btul2 nak bg korean tuh beras. hahaha

;)

Dayang_Amy said...

kekekeke...kamu terpedaya ngan kite :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...