Thursday, December 16, 2010

Digital Playground -Part 2

Assalamualaikum dan salamsejahtera semua..

Uols dah luch? saya belom lagi..skang ni tengah tunggu member gi beli big apple . Kekekekek..ujung-ujung bulan camni boleh dapat kalender big apple utk next year. Wuuuhuuu! banyak kupon owh! I like..

Okeh..okeh..Moh le kita sambung pulak cerita pasal Digital Playground tu. Ok entry lepas dah cerita pasal our preparations untuk event ni. Owh ye..selain tu, weols warga studio pulak diharuskan memakai pelbagai jenis pengenalan diri agar mudah dikenali. Contohnye:


Tag ni yang mana harus di gantung kat leher sepanjang masa. Ngeeee...tertera di atas bahawa saya adalah AJK makanan ye.

Pastu..kat atas dashboard kereta perlu letak pulak benda nih. Maknanya senang la orang nak detect tu kereta sapa. Boleh bagi calar kalau tak puas ati dengan event. Weeeeeiiihhh! cubalah kalau berani bagi calar, kau ingat kat kereta aku tu tak pasang cctv ke? Ada patbelas cctv di pelbagai sudut kereta saya. Senang je nak cari tau (sambil buat muka tak puas ati) :P

Okey..pastu kena letak sticker ni kat lengan yang menunjukkan yang kau boleh bercakap English. Idak le si korean tu teragak-agak nak ajak ko berbual menggunakan bahasa isyarat ke apa. Pastu ada satu lagi sticker yang tulis 'Creative Crew' macam kat atas dan letak juga kat lengan kau. Gitu...

Okey masa ni dorang tengah setup untuk interactive media art. Macam-macam yang kau boleh tengok kat dalam dewan pameran ni. Nanti saya citer kat part seterusnya ye. Memang interesting.

Ni pula salah satu daripada karya animasi yang terdapat dalam tayangan Digital Animation. Tajuk dia 'Rail'. T_T sesungguhnya cerita ni berjaya membuatkan aku macam nak nangis masa tengok. Sedih gile. Banyak kali saya spent masa duduk dekat room ni semata-mata nak tengok cerita ni.

Relay Presentation

Kami tekun mendengar presentation. Uiskk! serius gila daku mendengar ye. Sila spot wanita ayu bertudung ijau itu. Hahahha!

Aku da kata..serius gila daku mendengar.

Selepas join dengar-dengar semua presentation untuk ari tu, kitorang bergegas pulak menyiapkan kerja yang belum selesai. Malam tu ada opening ceremony.. dan ada baaaaanyak kerja yang belum siap.

Masih bertngkus lumus buat kerja. Opening Ceremony start pukul 7ptg. Masa ni dah pukul 6 lebih kut. Still tak tukar baju!.. eh i tell u ah, dalam kereta haku dah siap bawak skirt kembang-kembang..baju putih suci murni..kengkonon nak bergaya sakan ah malam tu. T_T taaapi nampaknya memang tak kesampaian hajat itu.

Kerna....bukan aku sorang je tak sempat nak tukar baju.. most of us (lecturers) memang langsung takde masa nak pegi tukar baju. Bizi!...bebudak je la sempat..sebab kitorang dah arahkan dorang balik pegi tukar baju dan datang semula ke kolej dalam pukul 4ptg. Semua wangi-wangi je dorang..kami la yang bertabah dengan muka berminyak, sembab serta pebagai jenis bau kau boleh hidu. huhuhu bau sate ade..bau kambeng panggang ade..hahahha! tapi kitorang chill beb! ape de hal setakat tak tukar baju kan???

Kekekek..muka sorang-sorang memang tak bleh nak kata apa la..nampak muka letih.

Cuba untuk buat muka ceria!

Percubaan untuk kontrol ayu. Heheheh! bila amik tak pakai flash baru lah tak nampak muka berkilat lalu kami pun gembira.

Student with the Korean

Ada kambing panggang kata kau. Tapi sayang, saya tak pandai makan kambeng.

Tempat berucap

Budak-budak AJK Makanan menguruskan makanan. Perghhh! saya rasa bahagian Food malam tu memang terbaik la penat dia.

Suasana dalam khemah. Heheheheh! tak nampak sangat kegardenannye..tetiba dah tak jadi garden. Entah di mana silapnya.Hohohoho!

The Koreans..kekekek..jangan tertipu, semua Sabahn je tu. Tapi memang ramai sabahan tetiba jadi korea time tu. Tidak lah ku paham.

Yang ni baru betul orang Korea.

See! comel kan tanglung tersebut. Macam-macam design ada.

Saya memang teruja tengok tanglung-tanglung ni. Rasa macam..kool giler.

Ye..rasanya tu je la kut yang mampu saya taip untuk kali ni. Owh! ye, kebanyakkan pic ni memang bukan saya yang ambil. Mana yang kau nampak watermark sebesar-besar alam kat dalam pic tu memang saya la yang amik..kalau watermark nampak kat ujung-ujung je..maknanya kengkawan saya la yang amik.

Dan...baru ku perasan, takde sorang pun yang amik secara close up cawan comel yang bubuh lilin kat dalam tu. Adehhhh..terlepas suda moment itu..

Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...