Friday, December 10, 2010

Mukadimah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera uols..

Ye..ye saya tahu saya dah lama tak update belog. Serius, banyak perkara yang nak saya sharekan dengan korang semua. Tapi..elok je segala aktiviti-aktiviti yang menyebabkan saya bz tu selesai..saya dilanda demam pulak. T_T

Saya ni lain sikit..kalau dah demam memang tahap macam tenat. Huhuh! reason mengatakan tenat kerana perasaan tatkala itu amatlah hopeless dan tidak berguna. Asik menempek atas katil dengan muka macam hape ntah.. rambut mengerbang semacam. T_T tidakkah itu amat kasihan???

Sekarang ni pun suara adalah seperti itik tersepit. Sekali-sekali kedengaran seperti ada mak nyah di opis ni. Huahuahuahua! gila..pagi selasa lepas, sora tak ada langsung..kemudian beransur-ansur pulih. Namun tetap mengerikan. Doiihhhh! sabar je lah bila student-student ni duk ngajuk suara ku yang garau+seksi+itik tersepit+mak nyah ni. T_T

Semalam, buat kali pertama dalam hidup aku setelah bergelar pekerja sejak 2008, haku telah mengambil mc. Hahahah! gile nerves masa nak mintak mc dengan doktor. Bodo tul. Apa ntah yang nak ku nerves kan sangat. Tak larat la weih nak drive pegi keje dalam keadaan tak sihat camtu. Dapat la saya mc sebanyak 1 ari. Boleh la kan? tapi pegi keje hari ni pun demam masih tak okey lagi. Cuma okey skit la banding yang lepas-lepas.

Pasni, nak godek pics koz nak update belog dengan cerita-cerita event last week. Harap-harap saya bersemangat la ye nak mengupdate. Kalau kau tengoj aku senyap je lagi..maknenye demam ku tak okey la tu. Pepun saya try la ye.


Cheers,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...