Wednesday, December 22, 2010

Semalam...kami makan je. Heheh!

Assalamualaikum dan salah sejahtera korang semua..

Doiihhlah..ngantuk tahap gaban dah mataku ini. Tak,...tak..saya bukan update tengah-tengah malam ni tapi petang-petang yang lagi sejam nak balik pastu merana gila sebab tak dapat tahan ngantuk. T_T..Cepat lah kau bergerak wahai jam.

Em macam lama pulak tak update belog. Baru-baru ni memang ada, tapi saya dah remove entry tersebut. Huhuhuhuh! Malas pulak nak publish..lagipun lama lagikan. Taknak lah kang orang cakap "ek eleh....benda tu laaaaaaaaaaaaaaaama lagi sempat kucing aku beranak nam kali. Saje la tu nak heboh satu dunia." pastu aku nak balas " ko pe hal? jeles???" hahahahah! sukehati

Ari ni saya nak share aktiviti saya semalam. Semalam kejenye makan aje. Sorga betul. Pagi ada lawatan dari Unit Perancang Ekonomi...tengahari ada lunch untuk semua kakitangan kolej sempena krismes dan akhir tahun...pastu petang lak ada lawatan oleh pembantu menteri ICT, Datuk Jainab Ahmad. Jadi memang aktiviti makan padat di situ.

Ala....masa event pagi tu takde amik pic langsong. Kalau ada pun kat kamera godang member.

Ni lah satu-satunya pic time lunch yang saya dapat. Ni pun sebab member tag kat FB. Pic di ambil oleh Cik Nurul ye. Mantap gak ah menu lunch semalam. Ada kambeng, satay, ikan bakar, udang bakar, nasik lauk..gulai kawah.. perghhhh! perlu ada kawan kiri kanan tukang ingatkan supaya kau tak over melantak. Namun harus pasrah sekiranya kedua-dua kawan tersebut juga dalam 'melantak mode'.

Ngan kak Mas

Bersama Cik Beatrice

Owh ye..oleh kerana lunch tersebut semua staff kolej datang. Maka dapat la jumpa ngan member study kat unitar dulu. Jarang leh jumpa sebab dia ngajar kat campus B.
Pastu aktiviti petang tetiba jadi cergas berposing sana sini. Lepas lawata kat studio, dorang ke production pulak. Memandangkan walaupun kami staff animasi, namun jarang sekali berkesempatan datang ke production. Campur semalam baru dua kali dapat ke sana. So ape lagi mari kita bergambarrr!


Cik Amy dan Cik Wahyu. Owh ye, dia budak prektikel baru kat studio. Lama weih dia akan praktikal. Nam bulan ke lima bulan...kekekek abisla aku hasut dia pakai shawl pasni. Asik la dia perati cemana saya lilit shawl kat kepala. Rilek Ayu..yakin jak ko.Huhuh

Cak!

Cak! cak! cak!..kami lah cicakman. Hua! hua! hua!

Apehal aku posing cam pelik. Okey fine, mebi saya terpengaruh dengan iklan serbuk pencuci baju bayozip yang mana aku pelik kenapakah anaknya berkata 'yey!' (sambil buat tangan macam saya tapi kena tinggi sedikit) bila makpak dia kasik pencuci itu sejurus selepas dia turun dari bas PLKN. Heheheh! sebenarnya bukan pelik kenapa dia ckp yey!..tp pelik aksi buat tangan macam tu. Tak boleh terima haku....saaampai sekarang.

Yey!...hahahah..mak! nak bayozip gak. Naklah..naklah..naklah..LEMPANG!!!

Menyibuk di bilik animator

Saya lagik...next!!!!!

Bersama artwork mereka yang comel

Okey..dah habis saya tayang muka. Perhimpunan bersurai. :P



Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...