Monday, January 31, 2011

Bukan setakat kasih sayang tapi perlu Pengorbanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya ingatkan semua bebudak cuti..rupenya student sijil aje yang cuti..students UniKL masih belom cuti. Huhhuu!..tapi ri ni ngan esok takde kelas gak ngan students unikl. Tapi kene masuk gak sebab ganti kelas yang lecturernye kene gi kursus. Tak pe ah..janji dah ada nota yang perlu di kasik.

Hihihi..sambil-sambil jaga kelas..sempat gak blogwalking...jenjalan sana..jenjalan sini...pegi sana...pegi sini..terus singgah belog bakal pengantin ni cik Erina. Dia share video yang boleh buat dia nangis.. Saje je nak tengok gak..gua pun layan


........


............


...............




owh mak aiiiihhhh...nak menetesssss airmataku. Gile punye sedih cerita chris medina ni. Ya Allah..kalau aku di posisi wanita tu, sanggup ke En Jamil tu setia pada saya seorang? sanggupkah dia masih bertahan pada saya..sedih owh. Sangat-sangat tersentuh hati saya.

Kalau pasangan saya di posisi wanita itu, agaknya sanggup tak saya menjaga dan bersama dia tanpa kurang walau sedikit pun perasaan cinta. Kalau dah kahwin tu lain cerita la kut. Si Chris ni tak kawin pun lagi..tapi masih stay bersama tunang dia. Baiknye dia...

Harap-harap dia berjaya la dalam MI 10 ni..


Cheers,
Amysue

Friday, January 28, 2011

Yang Pertama bersama dia..-Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni nak imbas kembali sambutan birthday saya untuk kali yang pertama bersama si dia.

Owh! abaikan muka tak siap saya di situ. Jerawat..iye jerawat di dahi itu juga harus diabaikan

Sambutan birthday saya yang pertama bersama si dia ialah pada tahun 2008. Masa tu saya tengah praktikal kat Smk Bandar Utama..so lepas dia jemput dari sekolah petang, memang tak balik umah terus. Gigihlah deting sampai tunggu kul 12mlm. Hahahah! memang gile ah. Muka lemau-lemau la duk kat kedai mamak sampai tengah malam.

Gosh! (hentak kepala kat dinding)...aku sakitkah di kala ini? Pucat gile muka. Bajet paling comel la kut time ni. Hahahah!

Cak!..hihhi saya dapat bantal luv yang dibeli encik di Lovely Lace. Kekekek..pas dapat bantal ni setiap kali lalu Lovely Lace Giant Kelana Jaya, gigih betul nak cek berapa rege bantal ni. Hohohohoh!..boleh tahan gak ah. Makan kepsi boleh blanje 6 orang. Thanx daling.


Sampai sekarang saya tido bertekup muka dengan bantal ni. Dah jadik bantal busuk aku. Takleh tido kalau bantal ni takde.

Owh masa gigih tunggu kul 12 mlm tu, just nak bagi hadiah je n wish kat saya..takde kek. Keknye ada pada 12 April...nanti saya citer gak kat entry akan datang. Koz ada juga kisah pertama masa 12 April tu.


Cheers,
Amysue

Yang Pertama bersama dia..-Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Gojes betul rasanya bila di ofis kau meng'alienated'kan diri dari riuh rendah opismet yang sengal dengan memakai headphone pink yang aw aw comel nih. Hihihih! tadi mase rehat semayang Jumaat pegi round2 CP dan terus teruja nak beli headphone pink.

Owh tajuk itu yang pertama dari sidia.. Hehehhe! saje je nak bangkit mood romentik. Kata dah 3 taon..maka cenderung la untuk terlalu selesa dengan pasangan memasing sehingga kengkadang unsur-unsur romentik tu sudah berkurangan.

19 January 2008 @ Taman KLCC : di mana kami telah declare sebagai sang kancil dan sang kure-kure. Kekekek...tak..tak..sebagai couple.

Lagu yang pertama dia tujukan buat saya ialah 'Tercipta Untukku". Masa dia kasik lagu ni kat saya, kitorang belum kapel pun lagi. Ceting-ceting..sms-sms camtu je. Tetibe one day tu, sebelum saya nk off ceting, dia suh saya carik lagu tu kat tenet dan dengar. Ohohohohoh! selepas dengar lagu tu apa lagi, haku pun angau semacam. Hahahahah! kebengongan di situ.

Padahal. selepas c Jamil tujukan lagi tu kat saya, dia buat bodo je. Saya je la yang terperasan2 bila terdengar lagu ni kat memane, mesti nak kol dia bgtau yang saya dengar lagu tu skrg. Hahahahha! owh malu betul.

Tapi Jamil memang owh..serius dia telah memperasankan diri saya. Kalau nak sms saya kan..mesti ayat last 'mis u'. Haaaa! kau bayangkan je lah..Pompuan mana yang tak perasan?

Pastu sekarang kalau saya citer kat dia yang dulu sebenarnya saya suka kat dia sebab yakin dia pun suka saya berikutan dia suka sangat tulis ayat 'mis u' tu dalam sms. Pastu boleh pulak dia kata memang dengan semua kengkawan pompuan dia biasa tulis camtu. What the fish tau!..T_T maknenya saya telah perasan la selama tu. Malu saya. Hihihih! sib beik pas kapel pun dia angau gak ngan saya. Yang ni saya yakin betul!..hahhahaha!

Lepas dah kapel dengan dia lagi la feeling gila dengan lagu ni. Setiap bait lagu tu di hayati betul-betul. Saya masih teringat, masa kat dalam LRT nak balik ke Kelana Jaya lepas deting..Encik Jamil tanya dalam part lagu tu, mana yang paling saya suka. Saya cakap lirik yang "aku ingin engkau selalu..hadir dan temani aku"..owh! haku rasa time tu muka haku blushing gile. Kekekkeke..rasa macam kita berdua je duk dalam LRT tu.

Pastu saya tanya dia...dia lak cemana? then dia pun jawab dia suka lirik "menatap indahnya senyuman di wajahmu..membuatku terdiam dan terpaku" ..bla..bla..bla..hahahah! matiklaaaa pepandai je haku cakap itu part yang dia suka.

Sebenarnya..haku pun lupa ape ntah part yang dia suka dalam lirik tu. Hohohoho! Dah haku khayal meneliti wajahnya. Aummm! aumm!..kata tengah dibuai-buai kan.Memang haruslah aku nampak mulut dia je yang bergerak2..yang lelain tetiba jadi mute..nampak slow motion je dia becakap. Muahahahah! sengal.



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu


Okey..lepas ni nak ingat balik apa benda-benda pertama yang saya dapat dari si dia.
Owh ye! luv u daling! Peace!!!

Cheers,
Amysue

Thursday, January 27, 2011

Dulu singa..sekarang meow..meow..meow

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tetibe je saya rasa macam dah laaaaama gila saya tak memarah gaduh ngan boifren sambil baling-baling barang. Huhuhuh terus berkata begini pada diri sendiri "hem ye la...aku dah semakin veteren kut..tu yang dh tak panas baran sgt". Hahahah! agaknye gini la kut gaya2 orang yang dah nak masuk 29 taon. Lebih kool bebeh!

Kekekek seriusss..zaman memuda saya dulu asiklaaaa mein baling-baling barang kalau gadoh ngan boifren. Tak baling barang, main koyak-koyak gambar. Tu belum lagi haku baling henpon sampai bekecai. Bodo tul.

Tu tak kiralah samada gaduh depan-depan atau gaduh dalam tepon. Seboleh-bolehnye nak baling-baling barang. Tapi sebenarnya, dia punya lama saya tak baling-baling barang ni bukan baru..macam dh bertahun kut. Hem pikir-pikir balik...aha! saya rasa la...sejak kapel ngn encik Jamil saya memang jarang mengamuk. Memang jarang la. Tu yang tetibe aktiviti baling-baling barang terus terstop macam tu je.

Hihihi..sebab encik Jamil sangat kool tau. Kalau saya pung pang pung marah, dia diam je. Sesekali je dia keluarkan pendapat. Pastu kalau saya tak dengar apa yang dia cakap tu, dia diam je la. Tak juga memujuk, tapi tak juga melayan sangat kemarahan saya. So , selalunya bila saya dah penat membebel memarah, saya cakap la saya nak tido. Hahahhaha! selalu tau saya guna alasan nak tido kalau mood tengah cam hareeemmmm. Walaupun takde pun aku nak tido. Cuma malas nak bercakap je.

Kalau yang sebelum-sebelum ni..haku pung pang pung pang marah, yang sekor tu pun pung pang pung tak nak kalah. Heh! kene ngan haku yang tak pernah nak puas ati kalau tak menang, memang alamatnya berterbangan la barang-barang.

Eeeeeiii haku gila meroyan betul la dulu. Hahahahha! kalau haku tak puas hati kan, pastu cer kau letak tepon..memang menjadi-jadi kesingaan saya bila call kali kedua. Dan selagi saya masih tak puas hati...berhari-hari la kami gaduh dan tak call.

Dengan encik Jamil, saya rasa tak pernah kitorang gaduh lelama. Ye ke? jap..jap nak ingat balik. Em ye la..tak pernah kut gaduh sampai berhari-hari. Malam ni aku menyinga, tetiba esok kol macam takde benda berlaku semalam.

Em..tu la dia..encik Jamil memang kool n malas nak layan saya kalau marah. Sebab tu haku tak pernah dah jadik mak singa..dan sebab tu haku luv-luv him so much!. Hiksss..muah! luv u daling.

Happy 3rd Anniversary dear~19 January 2011~


Cheers,

Amysue

Monday, January 24, 2011

"Muslimah paling Bergaya"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hikhikhik! tetibe nak gelak kan?? malu sebenarnye..selama saya berblogging tak pernah sekali saya join mana-mana contest yang dianjurkan di blog. Em..maka hari ini penuh dengan sejarah (hahaha! sejarah lah sangat) saya pun telah amik bahagian dalam contest Muslimah Paling Bergaya anjuran blog Dunia Mayaku.

Boleh klik kalau nak join!.Sempat lagi nih.

Tengok tajuk je pun saya dah rasa tak layak. Heheheh takpelah..demi menyahut 'tag' sahabat, iaitu mommy aima, maka...err! kita redah aje la ye. Saya kasik pic ni untuk mencuba nasib. Hohoho! semua pose lengkap.Pose mengada-ngada pun ada :P


Okehh-okeh..selepas tepek pic yang kau rasa paling kool..paling bergaya..kene jawab dua soalan dari Puan Ermayana, pemilik blog Dunia Mayaku.

1) Perlukan Pn Ermayana menganjurkan contest @ G.A pada masa akan datang?

why not? kenalan pun makin ramai..macam-macam cerita kita boleh baca. Seronok kan? disamping mengeratkan hubungan silaturrahim di alam maya ni.


2) Mengapa anda rasa anda patut menang contest ini?

Hihihi..iye saya rasa saya patut menang. Kalau tak dapat menang hadiah utama.. at least dapat tempat kedua atau ketiga kerana sekiranya saya menang, nanti bila puan nak buat contest lain kali, saya pasti teruja nak join lagi sebab dah pernah rasa menang. Hahahhaha!!!..okey..okey..seriussss..

Tak puan..saya rasa saya patut menang kerana saya rasa ni je la kut pic yang paling abiss bergaya yang boleh saya buat sekiranya pegi keluar jalan-jalan. Dan..melalui pic ni je la saya perasan rupanya saya ni pandai juga ye bergaya. Thanx to peredaran fesyen sekarang terutama kehadiran-kehadiran shawl yang gojes di pasaran. Maka dengan itu mudah sungguh untuk bergaya namun masih menutup aurat. Eh! salah satu hadiah puan ada shawl kan? haaaaa...suke! suke!..kalau menang 1st prize boleh guna duit beli shawl yang gojes2.

2 rakan yang saya nak tag ialah:
- Erina
- S.h.a.r.o.s

Cheers!,
Amysue

kerana itu takdirnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera uolss..

Sihatkah anda semua? Alhamdulillah saya pun dah sihat selepas demam menempek je atas katil selama beberapa hari. Huh! dah tahu dah bagaimana rasanya diri ini tidak berguna dan tidak menyumbang apa-apa kepada negara. T_T

T_T..takdir Allah kan...saya terima dengan redha bila Allah takdirkan saya mendapat demam lagi walau baru je bulan lepas saya demam. Hihihhi! sebenarnya terlalu yakin tak akan dapat demam lagi dalam tempoh yang terdekat ni. Ye la, kalau ikutkan trend demam saya, its like setaun sekali or 2 kali setaun saya demam. Jarang la nak demam tenat-tenat camni. Paling koman pun rasa tak sedap badan je. Hihhihi! tapi tetibe je ari rabu lepas saya demam dan suhu badan saya memang agak tinggi 38-39 darjah celcius..T_T

Dek kerana demam itu juga saya terlepas aktiviti ke Banjaran Crocker. Uwaaa!!! rasa nak nangis tiga ari berturut-turut je. Dah la best dorang berbarbeque segala...ada jungle trekking bla..blaa..blaaa Takpelah...next trip plissss!

So maknanya selama blog ni sepi last week sebab saya demam..selain tu bz dengan induction week bersama student baru...and opkos semester baru sudah bermula. Jadi memang membizi la saya di sini..

Hemm..cepatlah semester ni abis..nak cuti!!..hahhaah! baru start sem kau dah sibuk2 nak abis sem.

Cheers,
Amysue

Wednesday, January 12, 2011

Angin Pantai, Bestttt!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Windu okeh dengan encik Jamil. Hihihi! sebenarnya bukan apa, bila dia takde..nak keluar pun malas sebab takde geng. Masa duk Kelana Jaya dulu, duduk dekat..asal ujung minggu je mesti padat dengan plan. Tu yang sampai zoo negara pun kitorang redah. Hahahha!..

Masa dia datang ari tu macam dah jadi acara wajib jenjalan kat pantai. Kat kl dulu mane nak dapat pantai..nak ke PD tu yang lemah betul. So, bila dah kat sini..harus deting-deting kat tepi pantai. Dah kawin sok baru nak ajak lepak pulau. Owh! romentik yuuuuuu. :p

Jadinya, pantai Tanjung Aru memang tempat wajib nak lepak ah kalau encik Jamil tu datang. Kengkadang lepak Tanjung Lipat. Kat sana best kalau makan koz de satu tempat makan tu memang terbaik ah. Cuma pantainye tak berapa nak terjaga la banding kat Tanjung Aru.


Wohye, bagi yang tak tahu..airport LCCT KK sebelah Tg Aru Beach je. Kengkadang lepas jemput dia kat airport terus lepak pantai..ataupun sementara nak tggu boarding..sempat lagi lepak pantai. Hihihi sebab memang dekat je.

Hik! hik! korang jangan heran ye..memang asik pics saya je. Dah dia rajin snap2. Haku pun rajin sebenarnya..hahahah! konon je la. Tensen bila tetiba jadi tak kretip cemana nak amik angle bila pakai dslr. Last2..kau je lah amik pic haku. Gituuu..

Pastu sesape yang ada kat pantai tu memang saya rasa tengah tunggu time je nak sepak kitorang. Hohhohoh! sebab macam bahagia betul kau bersnap2 d tepi pantai. Gelak-gelak..kejar-kejar..pukul2 manje awww awww awww.. macam kau je yang becinta kan???

Ah! haku pedulik ape..bukan selalu saya dapat peluang berhepi-hepi begini..lepas dia balik kl, giliran kau pulak nak sepak orang bila nampak orang bahagia-bahagia dengan partner.

Huhuhu! direct je saya amik kan? hahahah nasib ah.
Okeh.okeh..jum gerak ke Tanjung Lipat plak. Lepak makan...

View Tanjung Lipat..



Kat Tanjung Lipat baaaaaaaaaaaaaaanyak kedai makan. Kat Tanjung Aru pn banyak gak ah..tapi saya suka lepak makan sini sebab meja makannya dekat gila dengan pantai..tu yang layannnnn


Cheers,
Amysue

Thursday, January 6, 2011

Digital Playground- Part 3

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Huhhu..berkurun betul nak sambung kisah digital playground part 3. Saya kira macam nak skip je. Tapi tengok byk pula pics yang nak di share. So ku gigihkan juga la mengupdate cerita playground tu. Nak baca yang part 1 and part 2 boleh try klik ah. Kut-kut macam blur ape ntah yang saya duk pok pek ni.

Kali ni nak share kat uols masa kitorang punye trip ke Pulau Mamutik. Hik! hik! seumur hidup aku, ni lah kali pertama pegi pulau kat negeri sendiri. Actually trip to Mamutik Island ni dah aktiviti terakhir bersama orang-orang korea tu sebelum diorang balik.

Mohle bace story sambil melihat pics ye. Kalau asik bercerita tanpa ada benda menarik yang perlu di lihat amatlah bosan hidup ini. Ingat! hidup memang perlu sedikit kegembiraan. Hahahah! tetibe.

Kami sebelum bertolak ke Pulau Mamutik

Jeti Sutra Harbour

Hihihi!..sebelum neik bot, sempat gossip-gossip


Wuuuhooooo! syok weih nek bot laju. Gian betul nak naik skali lagi.



Trip tu together dengan orang korea tu semua. So total semua yang pegi dalam 90 orang. Hahahha! terus macam penuh pulau tu ngan kitorang sebab pulau tak la besar mane pun. Kecik je. Kalu pulau Manukan besar skit ah.


Sampai-sampai je kat pulau terus macam jakun gile. Mak aihhh! jernih betul airnye siap kau boleh nampak semua ikan-ikan dalam air. Yang lain semua dah excited nak snorkling. Hehehhe saya plak berbelah bagi..nak snorkling ke tak. Tapi dah ready bawak baju tukar. Hoohoho! pastu bijak betul sebab tak bawak shawl spare. Uwaaa!!! Last2 takdelah haku bersnorking di situ. Tak pe ah..kang dah kawin, nak ajak somi pegi snorkling la. Hihihih! suke! suke!

Mereka bersnorkling dengan riang gembira

Kitorang just jalan-jalan tepi pantai tengok bebudak ni snorkling. Snap-snap gambar..bla...bla..Huissssh!!! tetap jeles tgk dorang bersnorkling pat lima kali. T_T

Takpelah..kami sight-seeing aje laaaa. Tsk! tsk!

piji, dyana and saya

Tiba-tiba kami menjadi kelabu

Masih tetap menjadi kelabu

Eh! tetibe dah berwarna..Hohohoho! ntahpape kau neh dayang. Dush! dush!

Okey, takpe..boleh ubat perasaan dengan makan!..perghhhh!!! mantap gilos makanannye. Tak sempat round booth sebab nak ambil semua lauk, pinggan dah penuh!. So, makan yang sempat masok pinggan aje lah.

Sorga betul makan seafood. Lunch aku tengahari tu seafood je. Nasik tak amik pun. Abis, pinggan dah penuh.

Phewww! sib beik saya tak pulun amik semua lauk berpinggan-pinggan. Yang satu pinggan ni pun tekanan haku nak menghabiskan. Tapi abislah jugak yang penting. Rugiiiiii kalau tak abis.

Pas aktiviti makan, mana yang register snorkling tu sambung plak bersnorkling. Pastu ada games macam bola tampar, tarik tali, arm wrestling..bla..bla..dan main guli. Mein guli tu haku tambah sendiri jek. Muahahah!

Dah puas semua..dalam kul 4 kitorang pun blah ah.

Selamat tinggal Mamutik. Perghh! best gila pegi sana.


Cheers,
Amysue

Wednesday, January 5, 2011

Sesi deting ke-4 bagi tahun 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ntah kenapa la otak haku ni cam beku semacam. Hati meronta-ronta nak update belog..tapi saya blur tak tau nak citer pasal apa. Huhuhu sebenarnye kan, ade je bende yang saya nak cerita..tapi ntah kenapa lah tetiba blur.

Hem, ari ni nak jaja pics masa encik kekasih datang ke sabah bulan lepas. Ikut plannya, turn saya plak ke KL..ye le kitorang ni macam selang seli tau. Kalu kali ni kau ke sini, next session lak aku ke sana..gituuu. So masa raya ari tu dia dah ke sini..patut saya la ke kl bulan lepas.Tapi ada lah hal yang tak boleh dielakkan. Maka, datang lagi la encik kekasih ke Sabah.

Next session pun, encik kekasih datang sini. Bulan Mac ni. Phewww! lagi ketaq pala lutut saya nih..makpak dia n makcik dia pun datang skali. Nebessss.

Plan untuk tahun ni..bulan mac dia ke sini..May saya pulak ke sana..July dia ke sini...November di WAJIB ke sini..Disember saya pulak WAJIB ke sana..Mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya. Aminn.

Jom tengok pics!

Pic di atas diambil pada 24/12..patotnye, saya cuti ari Jemaat tu sbb dengar-dengar memang kolej cuti sehari sebelum krismes. Skali tak cuti daaaa..Terpaksa ku angkut encik kekasih pegi opis. Ala..lagipun keje skerat hari pada hari jumaat, jadi kau boleh bayangkan kan kejap je. Thumb print 8.30..pastu gi minum. Balik opis kul 9.30..bla..bla..bla..borak "eh dah kul seblas setengah laaa..jum balikkkkkk.Meri krismesss" haaaa! gitu le cerita sekerat ari kitorang. Hohohoho

So hari Jemaat tu lepak-lepak deting je. Kata dah 3 bulan lebih tak deting. Hohoho! jadi patut pulun deting berabis ye.

1st day ended up dengan kitorang lepak kat Jesselton Point. Dia tak macam masa memula bawak dia ke sini. Asik posing sana sini koz view cantik. Kali ni datang minum-minum sambil aku ngetest kamera DSLR dia. Huhuhu! time dia dtg je la dpt asal skill. Parkinson lama tak pegang DSLR. InsyaAllah..taun ni haku pun nak rembat satu DSLR kalau de rejeki.

Second day kitorang deting lagi. Hak!hak!..dah time dia ada je dapat jalan-jalan release tensen. Kalau dia takde, korang ingat saya keluar ke. Memang tak ah. Weekend saya duk umah je. Kalau keluar pun bukannye best..sebab tak dapat gi deting. huhu! Sebab tu bila dia datang sini kitorang asik deting kat tempat biasa-biasa. Takdelah gi jejauh..lagipun, tak kawin lagi kan..mak haku tak bagi la weh jalan jejauh. Kau tau lah, mak kan memang cenggitu.

Saya sayang encik bakal somi saya. Hahahah!


Macam biasa, aktiviti wajib adalah karok. Uih! kalau tak karok macam tak sah je. Kali ni karok dekat KKbox 1Borneo.

Hik!hik! sempat lagi gado masa karok. Saya la tensen sebab time nyanyi asik kene snap ngan dia. Tak kosentret i pada nyayian. Mana nak jaga pitching lagi...mana nak kontrol memek muka lagi time nyanyi.. Hohohoh! so bile dah tensen terus takmo nyanyi. Hahahah! sib baik encik kekasih pandai pujuk dan jadik swit..kalau tak penat gak nak majuk lelama. :P

Encik kekasih

Lepas melalak, terus sambung jenjalan secara hepi..shopping...makan...

Tengok movieee!!

Tengok movie lagiiii..

Pastu balik. Hahahah! simple je kan deting kitorang???

Cheers,
Amysue

Monday, January 3, 2011

Cik Dayang di tahun baru 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Heheh jangan kau nak buat muka pulak kat sana bila permulaan entry dua tiga menjak ni asik muka saya jek. Hohoho! dah belog saya, opkos la muka saya, takkan nak tempek muka aku kat belog kau pulak kan? Hihihi, jadi layan aje la.

Lambat skit la nak buat entry di tahun baru. Huhuhu! seronok bercuti kata kau. Asik menempek je atas katil kroh! kroh! kroh!.. pa nak jadi kau ni dayang. Bukan senang dah dapat tido lama-lama camnih.

Btw..selamat tahun baru 2011 buat sahabat semua. Owh malam tahun baru tu takde gi memane pun. Kat umah je. Senang caka cuti 3 ari tu duk umah je. Malas nak keluar.

Wah! 2011 kan sekarang. Cepat je masa berlalu. Alhamdulillah 2010 yang lepas berlalu dengan penuh perkara-perkara yang baik sahaja. Ada juga lah yang tak best, tapi mampu di atasi oleh segala perkara-perkara manis.

Hehhe..pastu saje la godek semua entry taun baru masa nak masuk 2010. Nampaknya taun lepas tak berapa nak best ah taun barunye. Saya kan kengkonon cam takut nak menghadapi segala pahit manis yang akan berlaku pada taun 2010. Tapi alhamdulillah kali ni saya bersedia menghadapi tahun 2011. Cuma berharap moga Allah kuatkan dan tabahkan hati menghadapi tahun 2011.

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat hubungan saya bersama cintahati juga semakin baik. Ku kira apa yang telah berlaku pada Ramadhan 2010 banyak memberi hikmah pada hubungan kitorang. Sekarang, saya rasa saya dah mula memahami dirinya. Saya kata baru 'mula' dapat memahaminya..bukan dah paham sesangat. Ye..ye saya tahu bila dah kahwin sok baru la terserlah segala-gala sifat. Setahun, dua tahun berkawan masih belum mampu buat kita saling mengenali. Sekarang hubungan kami semakin baik. Almaklumlah, long distance relationship memang bagi dugaan hebat.

Okeylah..tengah nak fikir entry apa pulak lepas ni.


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...