Monday, January 3, 2011

Cik Dayang di tahun baru 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Heheh jangan kau nak buat muka pulak kat sana bila permulaan entry dua tiga menjak ni asik muka saya jek. Hohoho! dah belog saya, opkos la muka saya, takkan nak tempek muka aku kat belog kau pulak kan? Hihihi, jadi layan aje la.

Lambat skit la nak buat entry di tahun baru. Huhuhu! seronok bercuti kata kau. Asik menempek je atas katil kroh! kroh! kroh!.. pa nak jadi kau ni dayang. Bukan senang dah dapat tido lama-lama camnih.

Btw..selamat tahun baru 2011 buat sahabat semua. Owh malam tahun baru tu takde gi memane pun. Kat umah je. Senang caka cuti 3 ari tu duk umah je. Malas nak keluar.

Wah! 2011 kan sekarang. Cepat je masa berlalu. Alhamdulillah 2010 yang lepas berlalu dengan penuh perkara-perkara yang baik sahaja. Ada juga lah yang tak best, tapi mampu di atasi oleh segala perkara-perkara manis.

Hehhe..pastu saje la godek semua entry taun baru masa nak masuk 2010. Nampaknya taun lepas tak berapa nak best ah taun barunye. Saya kan kengkonon cam takut nak menghadapi segala pahit manis yang akan berlaku pada taun 2010. Tapi alhamdulillah kali ni saya bersedia menghadapi tahun 2011. Cuma berharap moga Allah kuatkan dan tabahkan hati menghadapi tahun 2011.

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat hubungan saya bersama cintahati juga semakin baik. Ku kira apa yang telah berlaku pada Ramadhan 2010 banyak memberi hikmah pada hubungan kitorang. Sekarang, saya rasa saya dah mula memahami dirinya. Saya kata baru 'mula' dapat memahaminya..bukan dah paham sesangat. Ye..ye saya tahu bila dah kahwin sok baru la terserlah segala-gala sifat. Setahun, dua tahun berkawan masih belum mampu buat kita saling mengenali. Sekarang hubungan kami semakin baik. Almaklumlah, long distance relationship memang bagi dugaan hebat.

Okeylah..tengah nak fikir entry apa pulak lepas ni.


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...