Friday, January 28, 2011

Yang Pertama bersama dia..-Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Gojes betul rasanya bila di ofis kau meng'alienated'kan diri dari riuh rendah opismet yang sengal dengan memakai headphone pink yang aw aw comel nih. Hihihih! tadi mase rehat semayang Jumaat pegi round2 CP dan terus teruja nak beli headphone pink.

Owh tajuk itu yang pertama dari sidia.. Hehehhe! saje je nak bangkit mood romentik. Kata dah 3 taon..maka cenderung la untuk terlalu selesa dengan pasangan memasing sehingga kengkadang unsur-unsur romentik tu sudah berkurangan.

19 January 2008 @ Taman KLCC : di mana kami telah declare sebagai sang kancil dan sang kure-kure. Kekekek...tak..tak..sebagai couple.

Lagu yang pertama dia tujukan buat saya ialah 'Tercipta Untukku". Masa dia kasik lagu ni kat saya, kitorang belum kapel pun lagi. Ceting-ceting..sms-sms camtu je. Tetibe one day tu, sebelum saya nk off ceting, dia suh saya carik lagu tu kat tenet dan dengar. Ohohohohoh! selepas dengar lagu tu apa lagi, haku pun angau semacam. Hahahahah! kebengongan di situ.

Padahal. selepas c Jamil tujukan lagi tu kat saya, dia buat bodo je. Saya je la yang terperasan2 bila terdengar lagu ni kat memane, mesti nak kol dia bgtau yang saya dengar lagu tu skrg. Hahahahha! owh malu betul.

Tapi Jamil memang owh..serius dia telah memperasankan diri saya. Kalau nak sms saya kan..mesti ayat last 'mis u'. Haaaa! kau bayangkan je lah..Pompuan mana yang tak perasan?

Pastu sekarang kalau saya citer kat dia yang dulu sebenarnya saya suka kat dia sebab yakin dia pun suka saya berikutan dia suka sangat tulis ayat 'mis u' tu dalam sms. Pastu boleh pulak dia kata memang dengan semua kengkawan pompuan dia biasa tulis camtu. What the fish tau!..T_T maknenya saya telah perasan la selama tu. Malu saya. Hihihih! sib beik pas kapel pun dia angau gak ngan saya. Yang ni saya yakin betul!..hahhahaha!

Lepas dah kapel dengan dia lagi la feeling gila dengan lagu ni. Setiap bait lagu tu di hayati betul-betul. Saya masih teringat, masa kat dalam LRT nak balik ke Kelana Jaya lepas deting..Encik Jamil tanya dalam part lagu tu, mana yang paling saya suka. Saya cakap lirik yang "aku ingin engkau selalu..hadir dan temani aku"..owh! haku rasa time tu muka haku blushing gile. Kekekkeke..rasa macam kita berdua je duk dalam LRT tu.

Pastu saya tanya dia...dia lak cemana? then dia pun jawab dia suka lirik "menatap indahnya senyuman di wajahmu..membuatku terdiam dan terpaku" ..bla..bla..bla..hahahah! matiklaaaa pepandai je haku cakap itu part yang dia suka.

Sebenarnya..haku pun lupa ape ntah part yang dia suka dalam lirik tu. Hohohoho! Dah haku khayal meneliti wajahnya. Aummm! aumm!..kata tengah dibuai-buai kan.Memang haruslah aku nampak mulut dia je yang bergerak2..yang lelain tetiba jadi mute..nampak slow motion je dia becakap. Muahahahah! sengal.



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu


Okey..lepas ni nak ingat balik apa benda-benda pertama yang saya dapat dari si dia.
Owh ye! luv u daling! Peace!!!

Cheers,
Amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

wow mood jumaat yg romantis.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...