Friday, February 11, 2011

Hatiku telah DIROMPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Huarrrrgghhh! ngantoknye weh. Baru lepas melantak dengan cemerlang masa potluck tadi. Tapi masih tak puas hati lagi ni sebab saya makan ketam just dua ketul je. Isk tak boleh jadi..sat-satgi nak round pantry lagi melantak ketam. Ada belen lagi tuh. Huhuuhh!

Mata ngantuk tapi malas nak layan tido sebab nanti badan rasa lemau. Lambat lagi nih nak kul 5.30 ptg. Harus sentiasa menjaga kecargasan diri. Hihih

Eh korang pernah ke mengalami pengalaman di rompak. Iye di rompak. Bukan kejadian hati ini telah dicuri oleh si jejaka ye. Tu tak masuk list!. Isk..nauzubillah lah kan. Mintak dijauhkan. Tapi, saya pernah owh mengalami kejadian dirompak. Rompak bersenjata howkeyy. Tapi bukan la senjata pistol ke hape. Dorang bawak pedang ke parang ntah. Camtuh la.

Ni kejadian tahun 2007. Em..dalam bulan November kut. Taun 2007 tu kan saya pindah ke main campus kat Kelana Jaya. Pastu, masa memula pindah..kengkawan pun tak ramai sangat. Nak berjimba-jimba pun tak tau kat mana yang boleh layan. Tapi nasib baik ah saya pindah Kelana Jaya dengan coursemate saya. So kitorang berdua pegi kemana-mana pun together2..buat aktiviti sendiri.. Paling yang paling boleh layan ketika itu cumalah online.

Nak-nak pula saya ngan member pun memang kaki tenet. Tapi, jaman 2007 tu broadband takdelah macam happening sangat cam sekarang. Dah ada time tu..tp pakej semua memahal. Pakej utk students pun macam takde. Jadi..ke cc la kitorang. Mana-mana yang duk area ss5 atau ss6..tau la kut cc stdn. Depan ngan flat pkns je time tu.

Boleh dikatakan hampir tetiap malan jugalah kitorang menapak ke cc tu. Kengkadang pegi kul 8 mlm..kengkadang kul 10mlm..paling lewat penah balik dr cc kul 1 lebih pagi. Huhuhu! dah la ngeri area kitorang tu. Seriusss..ngan yang mabuk-mabuk di jalanan..yang meragut2..hoihhh..yang penting bahaye laaa.

So satu hari tu, kitorang cadang lah pegi cc. Pegi awal tu. Dalam kul 8mlm. Tengok cc pun ramai orang. Full pc. Tapi dorang ramai yang main cs je. Mana2 yang pompuan tu main tenet lah. Memang jadi trademark, keadaan dalam cc tu agak malap..

Tengah syok-syok haku ceting..hihihi owh yelah time tu tgh ceting ngan sorang mamat yang duk dalam cc tu jugek. Huhhu tapi tak tau yg mana satu. Tetibe de orang cilok henpon haku yang diletak kat tepi mouse. Huhuhu time tu motip letak henpon tayang-tayang kat atas meja sebab nanti kalau de member2 ceting nak kol senang nak pick up. Hahahah! nampak sangat jenis ceting bagi no sesuke ati kat membe chat.

Pastu haku terkejut la kan tetibe orang amik henpon haku. Sepantas kilat saya cuba untuk amik henpon tu balik. Maka terjadiklah adegan berebut2 dan bertarik-tarikan henpon di situ. Dalam hati saya dah bajetni mesti member kepada member saya yang nak gurau tahap melampau camnih.

"EEEE pe halll nak amik henpon orang nihhh" saya cakap camtu kat orang tu.

Pastu saya pandang member kat sebelah sebab tak puas hati pe hal lak membe kau nak sesuke ati amik henpon orang. Haku tengok muka membe haku dah pucat lesi..pastu pelahan dia cakap

"kasi lepas mie" erk! bila saya dengar nada sore camtu ngan muka dia yang pucat lesi tu. Dan-dan tu juga haku lepaskan henpon tu dan terus pandang orang yang amik henpon tu.
T_T..ngeriiii dowh...berkilat-kilat parang landing baik punya kat kepala haku. Uwaaaaa!!!! cuak terusss.

Rupenye, cc tu dh di masuki 3 orang perompak dan kami terperangkap dalam tu. Habis setiap orang perompak2 tu amik henpon dan purse. Licin weh dia amik..Lepas je puas ati collect barang berharga kitorang..dorang pn blah. Huhuhuhu! kitorang kat dalam tergaman dalam seminit. Terkejut kut. Lepas tu barulah owner cc tu gi call polis..

Yang lelain masing-masing masih terkejut dengan kejadian tadi dan sorang-sorang blah dari cc tu. Hahahah! yang lawaknye..saya dan member masih tetap meneruskan ceting.

"cc kena rompak la" hihihii sempat taip kat member ceting yang duk dalam cc tu.

Bila semua orang blah..kitorang pun terpakse la blah. pastu bole2 nak pegi bayar lagi. Kekekekke sebabnye, kitorang tak hilang duit. Henpon je. Kitorang memang jenis kalau nak gi cc bawak ic dan duit rm10 sekeping jek. So selamat la.

Dalam perjalanan balik umah boleh-boleh kitorang macam gelak-gelak. Huhuhu tak tau lah gelak tu sebab nak cover perasaan phobia ke atau sebab tak pecaya kitorang telah dirompak.

Maka jadiklah rahsia besar kitorang pasal kene rompak tu. Housemate yang lain, sorang pn tak tau. Bila dorang tanya mana henpon kitorang..yang sorang cakap rosak..yang haku plak kata tukar dgn pakwe. Taknak bagitau dorang sebab nanti mesti dorang nak kata "haaaaaa..tu lahhh, asik nak pegi cc je. Skang kan dah kene rompak" kekekek..ye la kitorang kan kaki online..nyampah kut dorang tgk kitorang asik ceting dan kuar dgn membe ceting.

Saaampailah sekarang..dorang still tak tau kut kejadian kitorang dirompak tu. Huhuhuh..btw, isk...ngeri sungguh sebenarnya kejadian tu. Perghh! kau imagine jela dengan parang berkilat-kilat kat atas kepala..wuihhh! bialah itu yang pertama dan yang terakhir. Nauzubillah..taknak lagi mengalami benda camtu.



Cheers,
Amysue

2 comments:

~ As ~ said...

duii seramnya blh2 gitu ramai org pun kena rompak kan???

Dayang_Amy said...

tu la pasal...tapi mimang fobia owh suda masuk cc yg gelap2 skang nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...