Wednesday, March 30, 2011

Basah berkemban

Amboiiiii tajuk takde lagi kontroversi ke nak letak. Hhahaha!

Banyak-banyak zaman (ohohoh! macam banyak nau zaman yang penah kau lalui), zaman belajar kut paling best!..Tapi yang paling memberi kenangan lawak masa kat sekolah menengah and masa study diploma la dulu. Sekolah rendah tak delah lawak mane sebab haku time tu kan kengkonon pelajar cemerlang..memang takdelah memori nakalnye.

Bla dah nakal nak mampos ni memang dah selalu sangat kut kene denda. Macam-macam denda aih dah diterima. Tapi banyak-banyak denda..Denda ketuk ketampi 500 kali BERKEMBAN la paling aku ingat sampai sekarang..

Hahahah! tak boleh lupe betol bila didenda ketuk ketampi 500 kali dalam keadaan basah berkemban serta rambut basah mengurai.

Pergh! apehal plak kau nak main basah-basah di sini dayang oiiihh?..hihihi citernye tu begini...masa tu saya form 4. Saya ni duduk sekolah berasrama. So memang perkara biasa lah bebudak asrama ni ada prep petang atau prep malam. Tapi masa form 4 ni, saya beserta kengkawan memang setahun tu tak pernah pegi prep. Kalau ada pun sbb terpaksa (kantoi eskep lalu dikerah pegi ke prep). Gile malas betol nak pegi prep. Tido lagi best kot. Muahahha!

So pada hari yang malang tu, saya ngan member2 bilik malas ah nak pegi prep petang. Plan kengkonon nak mandi awal sambil basuh baju. Yele..selalu tersiksa je bila tunggu turn nak mandi. Hazab betol. Pas kau sape? si A? lepas si A si B..lepas si B si C bla..bla.,bla..lepas duploh orang baru dapat turn mandi. Merana..

Sedang kami ber~la~la~la membasuh baju kat toilet.. tetibe dengar kecoh2 kat luar warden tengah buat spotcek. Hihihi ingat lagi warden tu nama cikgu Aziah. Garang betol cikgu ni. Aku memang takut ah. Dan sebab takut ngan cikgu ni lah aku selalu eskep kelas kimia. Hahahaha! cikgu ni ajar kimia gak. Kalau dia dah tanya pasal jadual berkala tu aku dah kecut perut dah. Lansung satu hape pun aku tak ingat. huhuhu

Masa kat luar dah kecoh cikgu Aziah menangkap bebudak eskep, kitorang kat toilet dah pucat lesi. Ah sudah! menggelabah weih. Mana sempat nak sembunyik. Paling-paling punya sembunyik pun just duk dendiam kat toilet tu dengan harapan warden tak masuk ke toilet cek.

Tapi memang tak ah!..toilet la destinasi utama warden nak pegi cek kalau2 ada student eskep. Ambik kau...bila dah kantoi eskep..warden jerit suh pegi kat laman asrama dengan berkemban2 basah tu (aku lak siap pakej..dah lah basah berkemban..baru je plak basoh rambot) pastu kene suh beratur ketuk ketampi 500 kali. Dah la suasana terik. Dalam kul 2.30 petang kut kene ketuk ketampi.

Memula aku rilek je kot..alah, takdenye cikgu ni nak denda betul-betul.Paling koman pn setakat 50 je. T_T sampai ke sudah cikgu tu tggu kami berketuk ketampi. Habih gak sampai 500 kali. Masa tu..daripada basah kuyup..kain kemban terus kering keras dan rambut aku pun kejung je menggerbang. Muahahahah! lawak betul rupa memasing time tu.

Lepas ketuk ketampi boleh ek lagi mengekek ketawa macam takde perasaan. Ok je kot..takde efek apa2 pada perasaan mahupun fizikan kami. Hohhohoho tapi kami silap besar owh..esok pagi, masa nak turun dari asrama memasing jadi parkinson melekat kat tepi dinding tangga sebab tak dapat nak melangkah. Kaki ketar-ketar doh. Dahlah bilik tingkat 3..pastu kelas lak tingkat 2. Sakit gile..T_T. Makan minggu gak nak baik. Hihihi. Tapi kental jugek eskep selepas tu.

Tapi yang saya ingat memang la setahun form 4 tu tak pernah pegi perp yang betul-betul punye ikhlas. Sanggup je bersembunyi daripada pegi prep. Huhuhuhu tu belom citer kitorang jadi hantu takutkan warden. Muahahahha! lawak gila kalo nak ingat balik.



Cheers,
Amysue

Sunday, March 20, 2011

Yahoo!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hokey...dah setel bab-bab pengurusan diri dan masa hadapan. Muahahah! bunyik macam baru lepas attend kursus je kan? Eh idak le. Maksudnya saya dan keluarga baru je abis setelkan hal-hal berkaitan masa hadapan saya.


Pada 11 Mac 2011 yang lepas...rombongan kuarga encik Jamil...eh! rombongan ke? tak kut cuma dia n mak ayah dia je datang sini. Tujuan kehadiran mereka ialah untuk men'official'kan majlis mmerisik secara solo encik Jamil pada 26 Sep 2010 yang lepas.

:: 26 Sept 2010 ::

Dulu selambe badak je c Jamil tu risik haku depan mak ayah aku. Hahahah! tak rasmi betul!. So last week kire dah rasmi la tu bila makpak dia datang dan berbincang sekali hal-hal kawin bagai nih. Alhamdulillah...dah ada tarikhnya (eceh! padahal tarikh dah lama kitorang kompemkan)

So acara merisik sudah...acara bertunangnya akan berlangsung pada hari sama pernikahan kami. Kire saya bertunang dalam beberapa menet je kut..pastu nikah.

Yahoo! dah bleh wat preparation kawin. Bila kawinnye??? emmm biarlah rahsia dulu ye. Ade berbulan-bulan lagi lamanya. Cuma ada la segelintir member2 FB yang dah tahu. Kang lagi dua bulan ke sebulan nak kawin boleh la main umum2.

Huhuhu..Walaupun sebenarnya hati dah gatal nak buat widget yang kire-kire hari bubuh kat sidebar blog. Takpelah...biar kita simpan dulu. Saya lebih selesa simpan dulu tarikhnya daripada diumum awal-awal.



Juga sudah menyediakan buku ini dari awal tahun hari tu untuk mencatat segaaala yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan. Huhuh di situlah senarai barang..disitula senarai vendor yang nak diterjah..di situ juga kira-kira budget di buat..segala-galanya di situ... Suke!!!!! suke betul la perasaan ni.. perasaan yang eksaited nak buat persediaan kawin.

Moga-moga Allah permudahkan laluan kami..Apapun, semuanya pasti memerlukan keizinan dariNya. Kita hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan segala-galanya. Moga panjang umur kami..murah rezeki kami dan dipanjangkan jodoh kami. Aminnnn




Cheers,
Amysue

Monday, March 7, 2011

Isu cek

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa malam yang lepas, saje la borak ngan encik jamil pasal hantaran tunang merangkap hantaran kahwin nanti. Pok pek pok pek...tetiba masuk citer pasal duit hantaran. Oleh kerana kami ni kan B2B yang berkoordinat jauh antara satu sama lain, maka memang perlu buat perancangan teliti. Yelah..kekerapan berjumpa tu kan like 4 kali setahun. Selepas bulan 6, takde dah proses perjumpaan tu berlaku..tup..tup datang terus majlis (insyaAllah). Phew..banyak nak settle bulan nam nih.

Owh berbalik pada citer pasal duit hantaran tu. Saya cakap kat dia, dalam bulan 9 kena masukkan duit hantaran dah kat bank. Yelah, duit hantaran kitorang ni duit belanja hangus. Opkos la nak digunakan untuk majlis. Tapi memandangkan majlis tunang berlaku serentak sekali dengan hari pernikahan, jadi saya bgtau la supaya dia sediakan replika cek hantaran walaupun sebenarnya duit hantaran dah masuk bank.

Encik Jamil :"Eh sayang, tak nampak macam menunjuk-nunjuk ke camtu?"
Cik Saya: "erk! pe nye yang menunjuk-nunjuk? orang lain hantaran nam belas ribu rilek je. Biase la tu, cek letak kat hantaran. Bla..bla..bla.."
Encuk Jamil: "Takdelah..kitorang orang semenanjung takde pulak cam tu"
Cik Saya: "hello..abg ni kawin ngan orang semenanjung atau ngan orang sabah? ikut je la. Pe yang peliknye. Biase je kan??" (tensen sbb nak banding-banding sabah semenanjung)
Encik Jamil: "Abis tu sape nak buat cek tu?
Cik Saya: "Abg la..takkan sayang pulak nak sedia benda tu"
Encik Jamil: "Abg??? abis tu camna nak bawak neik kapal tebang??"

erk! ...terdiam sebentar...

Hahahahahahahahahhaah! dan dan tu juga aku tergelak guling-guling.


Cik Saya: "hoihh..abg ingat ni cek besar macam aku menang peraduan pawerut ke apa????"

ok..fine..tak dapat nak imagine ada acara penyampaian cek kat atas pelamin daripada bapak dia kepada bapak saya.. Hua hua hua hua!



Cheers,
Amysue

Friday, March 4, 2011

Mana nak carik Azie Cosmetics

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak bagi information untuk uols yang nak try pakai Azie Cosmetics dan tak tahu kat mana dealer yang ada, meh saya bagi information sikit cemana nak tahu.

Anda semua boleh la try contek HQ Azie Cosmetics di talian 04-734 0701 atau 013-438 5778. Selain nak tanya kat mana stokis yang berhampiran dengan uols, uols pun boleh juga minta servis pos. Try la ek..kompem best produk ni.

Saya nak cakap banyak pun, saya tak tahu sangat produk yang lain..saya tahu produk yang saya pakai saja la. So boleh la tanya direct kat dorang. Hihihi..sesungguhnya ini bukan iklan berbayar. Saja nak panjangkan informasi sebab macam ramai sangat orang tanya kat saya. Tu belum lagi yang siap tinggalkan no fon dan mintak saya hubungi dorang nak tanya pasal Azie ni.


Traffic yang masuk ke belog ni pun lebih kepada orang-orang yang nak search pasal produk ni. Jadi apa salahnya saya kongsi info..

Gud luck uols!

Cheers,
Amysue

Thursday, March 3, 2011

Aktiviti makan-makan itu memang terbaik ah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

I sihat je..uols sihat?? I bz..uols bz ke? hohoho...haku pun tak tau ape kebendenye yang saya bz kan. Tp memang ada kerja lah..cma takdelah overload sangat. Pada saya je nak buat cepat ke tak. Kalau cepat, takdelah kerja yang overload..kalau lambat cam sipot sedut, maknanya makin berlambak la keje nak buat. Ni pulak lagi 2 bulan pelajar dip. nk final exam..lagi 3 bulan pelajar sijil nak tamat. Homaigod! tekanan nak mengejar silibus.

Sebenarnye banyak je citer nak post kat belog. Tertunggak-tunggak. Tu pun tak pasti dengan kemampuan nak mengingat semula kisah lepas.Dengan faktor makan minum yang selalu dihinggapi semot itam dan juga faktor umur..huhuhu tak pasti samada still boleh ingat dan tulis kat belog atau tak. T_T lagi 2 bulan masuk 29tahun ni. Wah! dewasanya aku. Hoho..

Beberapa minggu lepas..er 2 minggu lepas ke 3 minggu lepas..kitorang kan ada buat potluck yang tekejut-tekejut punya. Hihihi..tapi sukses dan berjaya buat kami melantak tanpa mengira usia mahupun jantina. Sama je lahapnye. Huhuh..


Bersama member opis

Saya!!!...dan lauk pauk yang ada..dari atas, ada bubuk (udang geragau) goreng, Ayam sambal dan udang goreng.

Pastu ada sayur goreng, bubuk fresh perah limau, fishball cendawan dan kari ketam. Fuh! memang terbaik ah kekenyangan kitorang ari jumaat tu.

Pastu Jumaat minggu depannya lagi..buat lagi makan-makan. Tapi kali ni takde setiap orang kena bawak lauk. Collect sorang 3 hengget..dan dapatlah kitorang buat asam pedas, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Huhuhu..sila spot ke arah sambal belacan yang kelihatan seperti sambal sate. Hahahah! cili tak beli banyak..so cili padi la yg lebih. Walaubagaimana pun rasanya totap mantap. Dont judge the belacan taste by its look. Hahahha!

Huhuhu..haku la kengkonon yang amik tugas buat sambal belacan. Dahlah first time hokey buat sambal belacan. Haruslah mak aku guide dari mula sampai abis. Pastu boleh-boleh masa tumbuk cili sempat lagi cili masok dalam mata..dan aku pulak time tu pakai kontek lens. ASTAGHFIRULLAHHHHH..rasa macam nak pengsan haku menahan kepedihan. Kepala dah pikir "buta ah mata aku ni.." pedih gila doh!.

saya kelam kabut cuci ngan air.. makin lah weih pedih. Pastu mak cakap jangan cuci pakai air..kesat dengan lengan baju. Pun tak jalan..pastu mak cakap kesat pakai selimut sendiri. Ha'ah kan...laju-laju naik atas dan guling-guling kesat mata dengan selimut. Fuh!!!! baru lah lega..

So petuanya di sini..kalau mata pedih kene habuk ke atau cili..kesat dengan baju atau selimut. Yang penting, ada bau badan kita. Jangan pulak kau kesat dengan selimut mak kau..takpun pakai baju anak buah kau ke..Memang tak jalan ah.

T_T..kontek lens pun dah tak leh guna..gile..cube kau pakai untk keesokkan hari kompem pedih nak mampos.

Huhuhu kenangan buat samba belacan first time.



Heheheh sok, kami makan-makan lagi. Yahuuuu!

Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...