Wednesday, March 30, 2011

Basah berkemban

Amboiiiii tajuk takde lagi kontroversi ke nak letak. Hhahaha!

Banyak-banyak zaman (ohohoh! macam banyak nau zaman yang penah kau lalui), zaman belajar kut paling best!..Tapi yang paling memberi kenangan lawak masa kat sekolah menengah and masa study diploma la dulu. Sekolah rendah tak delah lawak mane sebab haku time tu kan kengkonon pelajar cemerlang..memang takdelah memori nakalnye.

Bla dah nakal nak mampos ni memang dah selalu sangat kut kene denda. Macam-macam denda aih dah diterima. Tapi banyak-banyak denda..Denda ketuk ketampi 500 kali BERKEMBAN la paling aku ingat sampai sekarang..

Hahahah! tak boleh lupe betol bila didenda ketuk ketampi 500 kali dalam keadaan basah berkemban serta rambut basah mengurai.

Pergh! apehal plak kau nak main basah-basah di sini dayang oiiihh?..hihihi citernye tu begini...masa tu saya form 4. Saya ni duduk sekolah berasrama. So memang perkara biasa lah bebudak asrama ni ada prep petang atau prep malam. Tapi masa form 4 ni, saya beserta kengkawan memang setahun tu tak pernah pegi prep. Kalau ada pun sbb terpaksa (kantoi eskep lalu dikerah pegi ke prep). Gile malas betol nak pegi prep. Tido lagi best kot. Muahahha!

So pada hari yang malang tu, saya ngan member2 bilik malas ah nak pegi prep petang. Plan kengkonon nak mandi awal sambil basuh baju. Yele..selalu tersiksa je bila tunggu turn nak mandi. Hazab betol. Pas kau sape? si A? lepas si A si B..lepas si B si C bla..bla.,bla..lepas duploh orang baru dapat turn mandi. Merana..

Sedang kami ber~la~la~la membasuh baju kat toilet.. tetibe dengar kecoh2 kat luar warden tengah buat spotcek. Hihihi ingat lagi warden tu nama cikgu Aziah. Garang betol cikgu ni. Aku memang takut ah. Dan sebab takut ngan cikgu ni lah aku selalu eskep kelas kimia. Hahahaha! cikgu ni ajar kimia gak. Kalau dia dah tanya pasal jadual berkala tu aku dah kecut perut dah. Lansung satu hape pun aku tak ingat. huhuhu

Masa kat luar dah kecoh cikgu Aziah menangkap bebudak eskep, kitorang kat toilet dah pucat lesi. Ah sudah! menggelabah weih. Mana sempat nak sembunyik. Paling-paling punya sembunyik pun just duk dendiam kat toilet tu dengan harapan warden tak masuk ke toilet cek.

Tapi memang tak ah!..toilet la destinasi utama warden nak pegi cek kalau2 ada student eskep. Ambik kau...bila dah kantoi eskep..warden jerit suh pegi kat laman asrama dengan berkemban2 basah tu (aku lak siap pakej..dah lah basah berkemban..baru je plak basoh rambot) pastu kene suh beratur ketuk ketampi 500 kali. Dah la suasana terik. Dalam kul 2.30 petang kut kene ketuk ketampi.

Memula aku rilek je kot..alah, takdenye cikgu ni nak denda betul-betul.Paling koman pn setakat 50 je. T_T sampai ke sudah cikgu tu tggu kami berketuk ketampi. Habih gak sampai 500 kali. Masa tu..daripada basah kuyup..kain kemban terus kering keras dan rambut aku pun kejung je menggerbang. Muahahahah! lawak betul rupa memasing time tu.

Lepas ketuk ketampi boleh ek lagi mengekek ketawa macam takde perasaan. Ok je kot..takde efek apa2 pada perasaan mahupun fizikan kami. Hohhohoho tapi kami silap besar owh..esok pagi, masa nak turun dari asrama memasing jadi parkinson melekat kat tepi dinding tangga sebab tak dapat nak melangkah. Kaki ketar-ketar doh. Dahlah bilik tingkat 3..pastu kelas lak tingkat 2. Sakit gile..T_T. Makan minggu gak nak baik. Hihihi. Tapi kental jugek eskep selepas tu.

Tapi yang saya ingat memang la setahun form 4 tu tak pernah pegi perp yang betul-betul punye ikhlas. Sanggup je bersembunyi daripada pegi prep. Huhuhuhu tu belom citer kitorang jadi hantu takutkan warden. Muahahahha! lawak gila kalo nak ingat balik.



Cheers,
Amysue

1 comment:

Nurul Aima Hj Kaim said...

tu aktiviti eskep mmg plg best buat d bilik kamu kan mie..dan plg best betapuk d toilet dekat bilik kamu..then tahun depannya toilet tu jadi toilet berhantu ha ha ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...