Monday, March 7, 2011

Isu cek

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa malam yang lepas, saje la borak ngan encik jamil pasal hantaran tunang merangkap hantaran kahwin nanti. Pok pek pok pek...tetiba masuk citer pasal duit hantaran. Oleh kerana kami ni kan B2B yang berkoordinat jauh antara satu sama lain, maka memang perlu buat perancangan teliti. Yelah..kekerapan berjumpa tu kan like 4 kali setahun. Selepas bulan 6, takde dah proses perjumpaan tu berlaku..tup..tup datang terus majlis (insyaAllah). Phew..banyak nak settle bulan nam nih.

Owh berbalik pada citer pasal duit hantaran tu. Saya cakap kat dia, dalam bulan 9 kena masukkan duit hantaran dah kat bank. Yelah, duit hantaran kitorang ni duit belanja hangus. Opkos la nak digunakan untuk majlis. Tapi memandangkan majlis tunang berlaku serentak sekali dengan hari pernikahan, jadi saya bgtau la supaya dia sediakan replika cek hantaran walaupun sebenarnya duit hantaran dah masuk bank.

Encik Jamil :"Eh sayang, tak nampak macam menunjuk-nunjuk ke camtu?"
Cik Saya: "erk! pe nye yang menunjuk-nunjuk? orang lain hantaran nam belas ribu rilek je. Biase la tu, cek letak kat hantaran. Bla..bla..bla.."
Encuk Jamil: "Takdelah..kitorang orang semenanjung takde pulak cam tu"
Cik Saya: "hello..abg ni kawin ngan orang semenanjung atau ngan orang sabah? ikut je la. Pe yang peliknye. Biase je kan??" (tensen sbb nak banding-banding sabah semenanjung)
Encik Jamil: "Abis tu sape nak buat cek tu?
Cik Saya: "Abg la..takkan sayang pulak nak sedia benda tu"
Encik Jamil: "Abg??? abis tu camna nak bawak neik kapal tebang??"

erk! ...terdiam sebentar...

Hahahahahahahahahhaah! dan dan tu juga aku tergelak guling-guling.


Cik Saya: "hoihh..abg ingat ni cek besar macam aku menang peraduan pawerut ke apa????"

ok..fine..tak dapat nak imagine ada acara penyampaian cek kat atas pelamin daripada bapak dia kepada bapak saya.. Hua hua hua hua!



Cheers,
Amysue

5 comments:

Nurul Aima Hj Kaim said...

apa bah tu B2B? apa pun tahniah in advanced nnt majlisnya jngn lupa jemput ok!!

nYomeL said...

ehehehe.. comel la!
mesti die bygkan nak bwk replika cek yg besar tu kann..?? :D

Dayang_Amy said...

emma: B2B maksudnya Bride-to-be...huhuh lambat lagi emma. Klu teda aral melintang, berjalan la majlis spt yg dirancang..Doa2 la ya.tq

nyomel: hahahah! tau x pa..berfikir di luar kotak namanya tu. hoho

Nurul Aima Hj Kaim said...

ooooh....insyaALLAH amin..benda yg baik biasanya diberkati insyaALLAH banyak halangan kalu jodoh mesti jadi juga amin!!

Nurul said...

Kat mane nk wat replika cek tu..email sy spiritofthered07@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...