Sunday, March 20, 2011

Yahoo!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hokey...dah setel bab-bab pengurusan diri dan masa hadapan. Muahahah! bunyik macam baru lepas attend kursus je kan? Eh idak le. Maksudnya saya dan keluarga baru je abis setelkan hal-hal berkaitan masa hadapan saya.


Pada 11 Mac 2011 yang lepas...rombongan kuarga encik Jamil...eh! rombongan ke? tak kut cuma dia n mak ayah dia je datang sini. Tujuan kehadiran mereka ialah untuk men'official'kan majlis mmerisik secara solo encik Jamil pada 26 Sep 2010 yang lepas.

:: 26 Sept 2010 ::

Dulu selambe badak je c Jamil tu risik haku depan mak ayah aku. Hahahah! tak rasmi betul!. So last week kire dah rasmi la tu bila makpak dia datang dan berbincang sekali hal-hal kawin bagai nih. Alhamdulillah...dah ada tarikhnya (eceh! padahal tarikh dah lama kitorang kompemkan)

So acara merisik sudah...acara bertunangnya akan berlangsung pada hari sama pernikahan kami. Kire saya bertunang dalam beberapa menet je kut..pastu nikah.

Yahoo! dah bleh wat preparation kawin. Bila kawinnye??? emmm biarlah rahsia dulu ye. Ade berbulan-bulan lagi lamanya. Cuma ada la segelintir member2 FB yang dah tahu. Kang lagi dua bulan ke sebulan nak kawin boleh la main umum2.

Huhuhu..Walaupun sebenarnya hati dah gatal nak buat widget yang kire-kire hari bubuh kat sidebar blog. Takpelah...biar kita simpan dulu. Saya lebih selesa simpan dulu tarikhnya daripada diumum awal-awal.



Juga sudah menyediakan buku ini dari awal tahun hari tu untuk mencatat segaaala yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan. Huhuh di situlah senarai barang..disitula senarai vendor yang nak diterjah..di situ juga kira-kira budget di buat..segala-galanya di situ... Suke!!!!! suke betul la perasaan ni.. perasaan yang eksaited nak buat persediaan kawin.

Moga-moga Allah permudahkan laluan kami..Apapun, semuanya pasti memerlukan keizinan dariNya. Kita hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan segala-galanya. Moga panjang umur kami..murah rezeki kami dan dipanjangkan jodoh kami. Aminnnn




Cheers,
Amysue

10 comments:

MAYA said...

congrats!! semoga semua berjalan lancar..

mr_mrs mikko said...

tiba2 aku pun iku excited ni..
hihih..
:)

bha, kasi taw bilaaa.
manataw buli d kasi rmai2

Erina Asmawani said...

yeayyyy! bertmabah lagi geng B2B. Congratz amy ;) bestkan duk tulis2 dalam wedding journal tu..perasaan indah sangat..semoga segala perancangan berjalan lancar ;)

nYomeL said...

Ameen. Harap semuanya berjalan lancar. Happy Planning!

Nurul Aima Hj Kaim said...

Alhamdulillah...

Pink Diva said...

As Salam..

Congratsz Dear..

Dayang_Amy said...

Maya: Tengkiu..amiiinnnnn harap2 la ek semua berjalan lancar..

mikko: hahah! bagus ba..mari kita eksaited secara berjemaah. ba..nnti lau ada suda aku umumkan tarikh..datang ah!

Dayang_Amy said...

erina: yeayy!!! hihihi..ena lg best, brape ari je lg nk neik pelamin..yep! mmg indah sungguh perasaan itu. tengku yaaa

nyomel: Aminn...thnx

Dayang_Amy said...

emma: alhamdulillah....

pink Diva: Salam dear..thnx!

Lyeen said...

Salam..wow, Tahniah Dyg.. Moga semua plan bjalan lancar..dipermudahkan segala urusan, insya'Allah..amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...