Wednesday, April 27, 2011

Berhoyeh-hoyeh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alkisahnyeee...22 april yg lepas kitorang cuti kan..cuti good friday. Makanya, berhoye-hoye la saya bersama cik ayu ke 1Borneo. Huhuhu..sempat lagi ek nak hoye-hoye..padahal haku time tu tengah tak berapa sihat. Bukanlah demam, tapi sakit tekak. Ah! pe de hal semua tu. Kalau dah namanya bergumbira..ai on je!.

Sampai 1B pun dah tenghari kut dalam kul 1 camtu la. Sebelum apa-apa hal..baik gi melantak dulu. Saya ni punyai habit yang tak boleh nak bepikir kalau perut lapar. Mesti kena isi baru la boleh huha huha dengan jayanya. Hihihi...and lepak ah kat Marry Brown.

Owh bebeh!..MB memang peberet saya ah. Dia punya ayam......emmmmmaaaak aiiih..boleh pengsan patbelas ari kalau makan. Sedap gilos kot. So lunch tu saya amik set ni..

emm ntah apa nama set ni. Yang penting sedap ah..dahlah ayam garing..pedas..sos pun mantap..saja pilih set ni sebab, seingat saya..masa celebrate 1st anniversary dulu bersama bf, inilah menu yang saya pilih. Hoohohoho! ingat betul ek menu apa yang saya mintak.

Cik saya...hehe


Cik Ayu...lusa, cik ni dah habis prektikel...sob..sob..

Pastu dah kenyang melantak..barulah bersemangat nak jenjalan. Kedai pertama yang harus dan wajib masuk ialah Kaison. Memang kedai ni jadi kedai wajib haku setiap kali keluar meronggeng.

Kaison ni jual bende-bende rumah yang comel-comel. Memang suke gila ah masuk kedai ni. Kalau kau letak haku lapanbelas jam kat kedai ni pon aku idop je. huhuh

Mug-mug yang comel...selalu je ada barang baru. Tu yang ai suke!

Bekas-bekas tin yang SUMPAH cantik dan comel gila. Ikut ati memang saya nak borong je setiap kali ada tin comel dan cantik yang baru. Hehehe..tapi kopak ah kalau camtuh.

Dah puas cuci-cuci mata...hahah takde beli apa pun..terus jenjalan lagi ke tingkat lain. Jalan punya jalan...bla..bla.. tetiba lalu depan GSC..dan tetibe je nak pegi tengok citer Justin Bieber!..hahahha! saya pun tak tau ntah cemana boleh nak tengok citer tu sebab seumur hidop saya...saya memang tak pernah nak amik tau pasal c Justin nih. Takat dengar-dengar lagu je la.

Dan-dan je tau pegi beratur kat konter beli tiket citer ni. 3D pulak tu!..hahahhaa...sampai sekarang saya blur kenapa tetiba saya tertengok citer tu. Padahal banyek je lagi citer lain yang saya tak tengok lagi.

Kekekekek..siap amik gambar ngan poster lagi. Terus feeling die hard fan. :P

Setengah jam yang pertama, saya masih duk terpikir..'apehal aku beli citer ni????? cam tak berbaloi je..dahlah 3D..pastu bukannye movie yang betul-betul cam movie tu..cuma countdown to his concert di Madison Sq. '

Tapi lama-lama..aku enjoy weh tengok. Kira takdelah rugi sangat. Nak-nak lak time tu kan memang si Justin ni ade kat malaysia. Memang terasa jugaklah aura si Justin ni. Puas ati jugak sebab tengok dia nyanyi kat madison sq tu macam kita tengok real lak. Dengan 3D nya..dengan soundnya..memang teruja gak ah. Tahan kaki je nak melonjak-melonjak nyanyi lagu bebeh..bebeh...bebeh..yu smile..ai smile....hehehe

Er..tapi Justin Bierber to comel ah. Hihihihihhihi olollololol..manja kot ngan mak dia. Kecik lagi nih..belom boleh becinta-cinta. Hiks..



Cheers,
Amysue

Monday, April 25, 2011

Saya dah jadi lecturer animasi..

Hihihihi ni keje last Thursday...soknye cuti good friday. Oleh itu mood cuti memang awal-awal dah ready kat dalam diri weols seopis. Seopis tak seopis la..walaupun ada beberapa kerat je yang tinggal..yang lelain gi wat keje kat Semporna.

Takde maknanya haku tetibe jadik lecturer animasi kan..peh tu ajar figure drawing..memang tidaklah ku berbakat. Walaupun dulu masa kecik2 saya memang terer melukis dan selalu ikut pertandingan melukis. Tapi sebab masuk sekolah menengah sehingga kini daku dah tak meneruskan aktiviti melukis, maka memang tidak teragak-agak lagi ku masuk ke dalam kategori orang tak reti melukis. huhuh!

Ni saje la nih menganggu a.k.a join sekaki kelas khas lecturer baru (animasi) bersama encik Jamil. Eh! bukan Jamil sang kekasihku itu. Ni Encik Jamil dari backbone studio iaitu merangkap salah seorang tenaga pengajar di sini. Ni otai dari industri ni.

Si lecturer baru, Ain dan Ann tengah belajar figure drawing..so kami2 yang takde kaitan ngan subjek animasi ni pun cuba-cuba bakat.

Hahahhah! nak tergelak guling-guling aku tengok lukisan member aku si Batty. Tak balance doh badan mamat nih. Takpe..takpe..kata baru first time wat figure drawing..boleh improve lg nih..

See!..Batty dah improve..boleh dah ni.

Ni figure yang Encik Jamil buat. Pergh! dia man zap..zap..zap je..tetibe dah cantik. Cer saya yang main zap..zap..zap..memang kelaut la kot. Tetibe jadi panda+orang+alien. T_T


Hihih..bile lagi nak feeling lecturer animasi.

Haa! yang tengah bukak pintu tu la si Batty. Lawak gila minah nih. Dia lecturer Visual dan Multimedia.


Tekun bebenor ngajar. Sememangnya begini ye saya di kelas maths.

Admin pun join skali buat figure drawing. Huhuhu sape kasik peluang camni. Bantai je.

Tekun cik admin a.k.a cik wiwie melukis. pastu gelak2 sengsorang..huh

Ni lecturer Visual & Multimedia yang baru. Mas Elyna. Dia ni memang terer melukis. Pe de hal..

Minah yang dua orang kat depan ni yang sebenar-benarnya blaja bendealah ni. Tapi nengok Encik Jamil gi pantau kelas sijil..so kami pun join la menyibuk kat sini.

Hohohhoh! beriye2 semua melukis. Heheheh saya nengok je. Tak buat pun sebab dah tahu kalau buat kompem lawak gile. Ecece..padahal amik ilmu sikit kat dalam kelas pastu try kat umah. Hhihihi


Lukisan bebudak diploma animasi...

Itu jeeee...Bye!



Cheers,
amysue

Sunday, April 24, 2011

Mulai saat ini aku nak jadi...

....eceh, dah jadi macam karangan pulak nak kena sambung-sambung. Hadoiii la..bepeluh seluruh badan pas cuci kete, Ntah kenapa tetiba cam rajin beno nak menyuci kete. Huhuhuh! dan-dan je lepas cuci kete tu semua benda haku nak sental..nak cuci toilet,..nak basoh pinggan..nak sental dinding umah..haha! tetibe jadi rajin, Ni yang nak kene cuci kete tetiap minggu ni supaya rajin gak buat bende lain...padahal aku nak start cuci keta tadi pun beguling-guling dulu kot baru jalan.

dan tetibe je ada mood nak update belog...wah!!! bagus..bagus..memang kompem kene cuci kete je kejenye kalau nak jadi orang rajin. huhuhu..

Owh..ye sebenarnya tajuk entri tu nak sambung jadi cam ni..nak jadi seorang wanita yang aktif berpersatuan!.. Berpersatuan??? iye..berpesatuan..alahhh..yang macam citer-citer kat tv tu yang anak-anak tensen koz asal ujung minggu jek mak dia bz ke mesorat persatuan la..perlantikan ajk persatuan la..dinner persatuan la..akiviti pok pek pok pek la....

Hhihihi last wiken tetibe je diri ini begitu yakin mendaftarkan diri menjadi ahli perkumpulan perempuan sabah. Hahahha dan-dan aje kan? Huhhuhu tidaklah ku mengerti..

Sebenarnya, last wiken join bengkel membuat coklat anjuran Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS)..pastu tetibe join jadi ahli sebab banyak gile kot aktiviti yang best-best bakal diadakan pada hujung minggu. huhuhuh tu yang feeling-feeling seorang wanita yang kuat berpesatuan. Hahahhaha!


Lagi senang kot nak aktif sebab PPS cawangan KK ni kat bawah opis kitorang jek. Senang ah nak roger2 kalau ada aktiviti terbaru yang dijalankan.

Peserta yang join bengkel coklat nih

Weols yang join bengkel dan join jadi ahli PPS..


Bengkel-bengkel camni yang bestnya ialah makan minum ah. Pagi petang tenghari semua memang ada. Bayar RM35..dapat ilmu...perut pun kenyang..hahaha!

Kitorang group B yang tak sabar nak tengok demo.


Err..puan...emm puan apa ek? Lupa sudaaa..huhuhuhuh dia tengah demo cemana nak buat double-boiler kat keping coklat tersebut.

Lepas dah cair coklat tu...kene la buat proses tempering...T_T ni yang buat aku lemah betol. Leceh owh nak main-mainkan cekelat ni atas marble. Ni nak bagi stabilkan kristal-kristal kat cekelat nih. Tapi kalau buat cekelat pakai cekelat compound tak yah lah proses tempering ni. Boleh skip. Ni dia pakai cekelat real..maka wajiblah menjalani proses ni.

Lepas dah wat tempering barulah masuk kat dalam acuan

Kendian..buleh bubuh kacang ke kismis ke ape ke kat dalam cekelat tu. Pastu hentak-hentakkan sedikit acuan tu bagi ratakan cekelat kat dalam acuan. Then buleh letak dalam peti sejuk dalam 40 menet. Siap!..

Tadaaaa...hasilnya..memang sedap!...dah pakai cekelat real kan..memang haruslah sedap. Kalau pakai compound dia kureng skit. Lagipun compound dia manis gula..cekelat real dia manis koko.

Tapi kalau aku nak buat cekelat, memang bantai pakai cekelat compound. Huhuhu walaupun kurang sedap tapi takdelah leceh nak kene beli marble...nak kene beli bendealah yang buat main-mainkan cekelat atas marble tu. Koser kot!

bengkel memang best!..next bengkel ialah bengkel mekap, bengkel kek lapis dan ada dinner.. Awww..mak bz noks! hohoho

p/s: Semua pic yang xde watermark tu adalah hasil drpd camera kawan baru ai Mas Elyna. :p

Cheers,
Amysue

Monday, April 18, 2011

Bakal Makpak mertua datang. Awww

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pergh! dia punya lama tak update belog kemain lagi. Berminggu-minggu. Huhuu! daku bz dan juga malas nak transfer apa benda yang ada dekat kepala saya ni dalam bentuk ayat. Payah weh!

Saya dijangka agak bz sehingga 14 Jun 2011. 15 Jun nak cuti!!!..nak menghabiskan cuti sebenarnya. Sekarang saya bz membantu pelajar sijil saya untuk menghadapi paper July maths. Hihihi i should say paper June kut..dah examnye bulan June nih. Phewww! walaupun saya ni dikatakan MEMBANTU mereka untuk dapat keputusan yang baik dalam paper tu tapi saya rasakan tanggungjawabnya besar sangat. Sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi saya duk bepikir cemana nak ajar bebudak ni yang mana hampir semua Maths SPM mereka dulu dpt 9E.

T_T harap-harap Allah permudahkan segala-galanya. Aminnn..Yang penting saya mesti ikhlas mencurahkan ilmu untuk mereka. Ouhhh! tetibe nak nangis terharu..huhuh

Owh ye..masa cuti sekolah yang lepas..kan makpak kepada encik Jamil ada datang ke Sabah. Hihihihi dorang kata saja nak melawat-lawat tengok bakal besan dan bakal menantu. Hiksss....disamping tu nak berbincang secara serius ah ngan makpak saya pasal majlis nanti.

Hihihihih tapi disamping bincang-bincang tu haruslah juga kan pi jenjalan. So sabtu 12 Mac ari tu kitorang lepak Kundasang semalam...tido kat hotel Mount Kinabalu Heritage Spa & Resort. Huhuhuh panjang bebenau nama otel ni..padahal orang lain panggil Perkasa Hotel je. Ni nama baru dia la.

Perghhh! memang kitorang pegi kali ni terkena ngan musim sejuk kut. Sejuk nak mampos duk Kundasang tu. Dah la hotel kitorang pun duduk kat tempat tinggi..makin lah tak bleh blah sejuknya. Tapi best gila kot sesapa yang memang duduk sini. Tenang je tak payah nak meroyan-royan. hihihi

Kat hotel ni ada satu tempat boleh tengok gunung kinabalu secara terang dan jelas. Pic atas ni masa nak nengok gunung time petang. Memang tak dapat ah...dpt tengok kabus je. Nak-nak lagi hujan..memang langsung xde bayang gunung.

Time paling tepat nak tengok ialah pepagi buta dalam kul 5.45-6.30. Masa ni memang jelas gila. Tapi lambat skit dari kul 6.30 puncak dia dah tertutup ngan awan dah.

Puncak dah nak tertutup..masa ni dah kul 6.30

Dah puas menghadap gunung kitorang pun blah naik ke bilik dan bersiap nak check out n carik sarapan. Hihihihi..tapi yang haku ngan encik Jamil lepak dulu kat lobi..borak-borak..hohohoho kata ada makpak kitorang memang kau tak nampak lah kitorang duduk dekat...nak berborak pun payah. Hihihihi betapa kami sungguh menjaga tatasusila.


Dua-dua tak mandi lagi. :P

Sempat bergambar didepan lobi hotel. Hihihi jauhkan koordinat saya dengan encik Jamil :P


On the way nak turun dari bangunan hotel tu tengok cuaca sangat cerah dan gunung terpampang depan mata dengan sejelas-jelasnya. Terus berhenti jap and amik gambar lagi . hihih.

Pastu berdesup pegi ke Pekan Ranau..nak carik sarapan. kedai kat area Kundasang ni tak banyak..so memang kena pegi pekan Ranau la.

Hiks!..sukeeee..berpeluang dapat duduk dekat.

Ambil kesempatan bergambar berdua. Makpak dia ngan makpak aku duk satu kete..so dorang dah gerak dulu..tinggal saya, encik Jamil n adik-adik. Kitorang gerak kete lain. Hehehhehe dapatlah nak amik gamba berdua.

Kitorang terus gerak ke Poring Hot Spring...next entry la citer pasal ni ek.


Cheers,
Amysue

Monday, April 4, 2011

Pengakuan berani mati

Okey pengakuan berani mati..AKU RINDU GILER DENGAN BAKAL SUAMI AKU...hahahah! amboi bakal suami terus. Gelik ketiak aku taip nih. Hahah! gelik konon, tapi saya suke jek. Hik..hikk...

Serius weh..ntah kenapa rindu macam dah setaun tak jumpe. Padahal baru je jumpe 12 mac ari tuh. Saya syak la kan..mebi sebab masa 12 mac ari tuh kan dia datang ngan makpak dia..jadi memang haruslah kami jangan pegang-pegang..duduk rengang-rengang..haku di sini engkau di sana..hanya kerdipan mata penghubung kata. Wah! wah! kau tengok, rindu punya pasal terkeluar segala bahasa jiwang2 haku. Hihihihi...sangat ah bukan diriku. huhuhu

Dahla lepas dia balik ke kl asik bz je. Nak bergayut pun payah. kang dia bz bola la..bz ke workshop ah..bz kuar minum ah..bz berlepak-lepakan ngan kengkawan dia lah. By the time dia tak bz dalam kul seploh lebih malam, haku dah sedap-sedap tido.

Ha...tengok..celah mane la pulak kan kitorang nak bermanje-manje kat tepon. Haku lak memang jenis tak reti nak koling-koling dia atau mein sms ngn dia waktu keje. T_T rindu kat kamu!

Tapi tak kisah la tu semua..dia sweet aje di mata saya bila macamana pun dia bz...dia mesti sms saya..tetap bagitau kat saya kemana pun dia nak pegi...macam baru-baru ni dia ke Cameron ngan kengkawan..dia tetap sweet membelikan saya bantal stoberi..belikan keychain...sentiasa update kat mana dia berada...tu yang buat saya makin rindu dekat dia. T_T...


Abg, jom kawin!!!..hihihihihihi


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...