Monday, May 30, 2011

Batuk 100 hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perasan kan..hanya berapa kerat je entri saya sejak kebelakangan ni. Heheheh tidaklah ku mengerti kenapa begitu. Bz dengan kelas pun iya...tak ada masa nak berblogging pun iya..huhuhu malas pun iya..

Tapi yang nyata untuk seminggu dua ni ialah keadaan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan..Asik tak sihat aje..kejap sakit perot (gastrik kot!)...kejap kena migrain..kejap batuk..kejap takde suara...dan yang paling membantutkan tugas saya seharian ialah BATUK!.. omaigod!! nak mengajar pun susah..cakap sikit dah kung..kung..kung..kung.. hadoiiii la.

Rasanya saya batuk ni dari awal bulan ari tu...baiklah kejap utk seminggu lebih..pastu datang balik.. Sampai la ke saat ini daku berkung..kang..kung...kang tak kira waktu dan tempat.

Semalam..beriye-iye saya menangis sorang diri kat dalam bilik sbb tak larat dh nak batuk..sakit dada..hihihi lepas dah puas nangis megik plak tetibe dah ok. Ari ni..kurang skit ah batuk...harap2 makin sembuh. Jenuh aih minum ubat batuk! lg pun nak gayut ngan sang kekasih pun payah..bernanah telinga dia duk dengar saya batuk tak henti-henti. Hahah!

Mak saya sempat cakap " ko nih kene batuk 100 ari kot"..haaa? batuk sratos hari???? first time dengar. Hihihi mak kata kalau batuk tak ok nk dekat sebulan ..mebi dah terkena batok seratos hari...maknanya..memang susah ah nak sembuh.. makan 3 bulan gak kalau nak sembuh...isk!!!!! tak kot...ni dah ok-ok dah ni. hehehe

Cheers,
Amysue

Monday, May 16, 2011

Resepi Cream Puff

Assalamuaikum dan salam sejahtera..

Hehe..cam lama dah tak main masak-masak kuih dan kek. Hiks...takdelah lama mana tak buat. Ada je buat..tapi malas nak buat entry. Paling selalu buat adalah Blueberry Cheesecake..dah boleh dah buat sambil tutup mata. Hahahah! belagak sungguh. Tak ah..kire dah terer dah buat blueberry cheesecake..cuma saya masih tak puas hati dengan deconya. Sebab deco sy simple je. Curah aje bluebery tu atas cheesecake. Siap!

Sepatutnya semalam saya nak try Tiramisu Cheesecake..tapi memandangkan saya takde singgah ke kedai bakery beli cheese..maka terpaksalah buat kuih yang bahannya mudah didapati. Kau tau ajelah..sebuku cheese dekat supermarket dah sebelas doblas hengget..half harga kat bakery.

Semalam saya try buat Cream Puff! homaigod!..my favorite kueh!...lepas tengok fb sepupu saya pasal cream puff ni. Saya pun nak!!!..jom tengok resepinya. Owh ya ni saya ambil dari Myresepi:yani

Bahan Puff:

100 ml air
45g butter
60g tepung
2 biji telur

Cara-cara:


1) Amik periuk or bekas..or apa2lah yang boleh letak atas api. Masukkan air dan butter. Kemudian masak dengan api sederhana. Kemudian kuatkan api sehingga mendidih. Dah mendidih..matikan api.


2) Bila api dah padam..masukkan tepung. Kene kacau cepat supaya tidak berketul. Gaul hingga menjadi macam doh.

3) Pastu bukak api semula. Kacau doh tersebut sehingga macam muncul kerak-kerak kat dalam periuk. Bila dah nampak terus tutup api. Jangan pulak kau gigih nak bagi banyak berkerak sampai hangus adunan. Sikit-sikit dah la ye.

4) Pecah telur di dalam bekas lain dan kacau sehingga putih telur dan kuning bercampur. Tak perlu pukul sehingga kembang.

5) Kemudian tuang didalam periuk tadi dan kacau lagi secara cepat sehingga sebati dan menjadi seperti adunan di bawah.


6) Kemudian ambil piping bag dan masukkan adunan ke dalampiping bag tersebut. Supaya senang nak pump atas loyang.

7) Sila lah pump seperti gambarajah di bawah. Jangan pump meleper..kalau boleh pump biar teguh ke atas. Erk teguh ke atas? hahahah! sukak atik la cemana kau nak buat..janji jangan pun meleper.

8) Pastu spray dengan air..ni nak bagi puff tu kembang elok je. lagi satu..nampak kan macam jambul kat puff tu..sila tekan sikit supaya idak le burok bebenau ropenye. heheheh

9) Owh ye sebelum masuk oven..kena panaskan dulu oven ye..dah panas baru masukkan loyang yang berisi puff tu.

10) Tadaaaa..dah siap..mana yang kau nampak elok je bulat puff tu maknenya memang saya pump tak meleper la..kalau leper je kau tengok puff tu maksudnya saya gedik-gedik telah mem'pump' adunan tersebut secara meleper. Ciiiss!

11) Pastu tebuk tepi puff dengan hujung pisau..jangan potong habis ah..asal boleh pump cream kat dalam tu pn okey. Struktur dalam puff tu memang berongga..jadi senang sikit nak masukkan cream.

Owh resepi cream adalah seperti berikut:

Er...kau pegi klik la link ni ye.. malas plak nak menaip. Heheheh. Selamat mencuba!


Cheers,
Amysue

Thursday, May 12, 2011

Haih..tak tau nak kata apa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Coiiiiiiiiiiiiiiiii! terasa macam bad day terus hari apabila secara tidak sengaja TERmasuk satu belog ni. Ohmaiiiiiigod! menyesal tak sudah haku setelah TERbaca entry dia yang yang sangat menggambarkan dia seorang perempuan yang takde maruah sampai terkeluar statement murahan owkey.

I think ramai dah baca kot entry tu sbb tengok beratus komen kat entry dia tu. Apa yg saya boleh kata...masa dia tulis entry ni dia memang tengah bengang gila kot dengan seorang minah bertudung ni..tu yang cakap merapu meraban. Emosi dowh!...tu la akibat kalau gigih benau nak menaip time marah. Ilek la der...tak yah nak emo-emo. Terus tayang kejahilan sendiri.

Saya sangat faham sekiranya ada orang terlalu selesa menggunakan laman sosial mahupun blog untuk ekspresikan perasaan. Sukak atik ko la der...tapi agak-agak la..kau memekak-mekak sengsorang kat alam maya tu ingat tak ganggu ketenteraman orang lain ke. Sama la macam ko duk terjerit2 kat umah ko sengsorang macam orang gila..satgi jenjiran datang bagi ko pelempang sebab bising owh!

Nak cakap sengsorang tu selow-selow la der...kot-kot orang yang takde kene mengene pon maybe sudi mendengar luahan hati kau tu. Takyah ah kot pakai bahasa kasar mencarut macam orang gile. Lagi satu..jangan la terlalu suka buka aib orang...kelak terbuka aib sendiri (sbb tu saya taknak letak link kat sini)

Kalau nampak ada yang tak betul di mata kita..tegur je dengan baik. Tak susah pun kan..kalau dia degil taknak dengar..doa je yang terbaik untuk dia. Jangan pulak kau nak emo sengsorang bila teguran kau tidak dilayan.

p.s: cuma mampu mendoakan hati dia jadi lembut..ni kalau tulis kat komen dia pun kompem kena tigebelas ratos tembakan. Malas haku nak carik gaduh. Tobat taknak masuk blog dia lagi. Moh le kita sesama memperbaiki diri kita..


Cheers,
Amysue

Wednesday, May 11, 2011

Cool Giler

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tadi saje je la lepak bilik sambil layan tenet...layan youtube...ha, ntah cemana boleh sampai ke satu video ni. Memula layan bese-bese.. je..tapi lepas satu video..satu video lagi saya layan...pastu macam nak khatam semua video dia malam ni jugak!.. hahahah..

Minah Filipino ni saaaaaaaaangat chumel swit-swit gitu..layan weh tengok dia nari. Pastu kan..masa dok layan-layan lagu ni.. bajet dia ni minah-minah bese je kan...sekali sampai ke satu video ni..serius gua sangat kagum serta terkejut. Baru la kutahu rupanya ni 70% deaf weh!...idak le saya tahu 70% deaf tu cemana. Dapat dengar sayup2 aje ke..atau cemana..tidak la ku tahu. Tapi KAGUM gila kot!



huhuhu..haku yang normal ni pun KE LAUT kalau kau suruh menari. Badan bangku haku nih. Heheh


Ni la video pertama yang saya layan tadi..lalu membawa saya terus melayan video dia yang lain-lain. Comel owh!




Video kat atas ni pulak dia try nyanyi pakai ESL sign. Hadoi...makin saya kagum..ngam jek mulut dia ngan lirik tu. Wa tabik spring toing..toing la!

Ha..sile la layan video menari dia yang seterusnya..hohoho kalau saya lelaki kompem bedarah idong ni. Ngeh! ngeh!


Cheers,
Amysue

Saya ni suwit juga..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pepagi kan driving pegi kerja kompem buka hotfm. Hehe macam selalu. So topikpagi semalam ialah pasal sms yang anda masih simpan dalam hp. Maknanya, kau sayang sangat nak buang..cemana tukar henpon pun, sms tu tetap di save bersama. Macam-macam citer la yang saya dengar. Tapi paling sedih bila ada sorang wanita ni dia simpan sms dari arwah somi dia sebelum meninggal saying that he loves her so much. Sedih kan? kompem bergenang airmata setiap kali baca.

Saya secara peribadi.....em, takdelah kot sms yg lama saya simpan. Dulu-dulu ada, saya simpan sms pertama masa encik jamil ajak saya deting. Hehe...tp saya dah delete kot sebab masa nak tukar henpon saya malas nak save ke henpon baru. Terdelete la semua. Dasarrrrr pemalas!.hahah!

Tapi jaman memuda dulu saya ada satu hobi yang kengkonon sweet iaitu tulis sms-sms bf kat dalam kertas bintang. Ala...kan kalau kita nak buat bintang dari kertas, dia dah siap-siap potong pepanjang kan???..ha kat ketas tu la saya gigih salin balik sms2 tersebut..satu bintang satu sms. SUWITTT kan? hak hak hak koser haku nk buat skang nih.

Credit to Google

Masih ada lagi tau bintang-bintang tu..tapi dah sepah2 dah la..huhuhu kalau mak haku tau dalam bintang2 tu ada sms malu weh!..

Pastu kan semalam..saje je la godek balik khazanah saya kat dalam bilik tu. Sebab seingat saya ada satu buku kecik tu saya penah gak salin sms2 bf lama.. sekali cari ada la..try ah selak-selak..HAHHAHAHAHAH nak terguling-guling haku gelak...sms encik jamil pun ada. Sms masa memula ajak deting n sms baru declare sbg kekasih.

Ya Allah... cam geli geleman plak baca sms yg orang kata tengah hangat bercinta nih. Camtu ek..heheheh...dalam geli-geleman tu ..blushing gak baca sms dr encik jamil nih. gila punya jiwang. Haha macam bukan kamu je daling. Patot le ai cair..huhu

Btw...walaupun skang saya dah tak main tulis-tulis sms dalam ketas bintang..tapi saya tulis semua sms kamu kat dalam hati saya. Awwwww! mak jiwang noks!..hahahah padahal sms semalam pn bole lupe. Abis, cemane??...


Cheers,
Amysue

Monday, May 2, 2011

Aktiviti hari pekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Heheh selamat hari pekerja buat uols..watpe je lah time cuti-cuti yang panjang nih? Huhuhu..daku hanya duduk di rumah sahaja. Saya ni cuti weekend panjang atau tak same je duk umah. Kalau takde hal penting, malas kot nak keluar.

Tapi minggu ni agak produktif skit ah banding minggu-mingg lepas. Ada lah juga aktiviti basoh baju yang banyak nak mampos itu..serta melakukan persiapan b2b. Ergghh! risau sebenarnya..sebab kalau orang tanya 'cemana dah persiapan?' haku mesti blur nak jawab..sebab memang tak nampak apa lagi pn persiapan tu. Out of 100..maybe cuma 3% je kot. Hahahhaha!

em 2,3 ari ni saya sibuk DIY bunga hantaran saya. Hiks...saya ni kena siapkan kedua belah pihak punya hantaran. Jadi 11 campo 9..huhuhuhu boleh tahan ah nak buat haku bz. So sikit-sikit ah buat. heheheh gedik owh nk DIY bungan hantaran.


Asalnya nak buat bunga ni bunga pahar..tapi pikir punya pikir..ah koser kot. Kang haku penat-penat jek DIY bunga ni..end up dengan orang sepah-sepah je. So tak jadi. Bunga pahar saya beli jek. Pastu kau nak sepah-sepah pun ku takde perasaan. Huhuhu!

Bunga yang DIY ni selalu orang panggil bunga tisu. Memang projek asalnya pakai tisu, tapi memandangkan susah nau nak cari warna tisu yang saya nak..maka saya beralih menggunakan crepe paper. Cara tetap sama..heheheheh! suke!..sebab sama je rupa bunga tu. Better pakai crepe paper kot sebab xdelah lembik sangat. Nak sepak terajang pun takde hal. Hahahah over tul. Tapi tahan skit banding tisu..kalau bunga tisu tersentuh skit dah penyek. Adoi!

So ujung minggu ni itu jelah projek yang saya buat.. sambil berFB, sambil layan lagu..sambil blogwalking..dapatlah buat 20 kuntum. Takpe..pelan-pelan kayuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...