Wednesday, June 1, 2011

Saya excited sebab ada retis datang..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hehehe..kejadian ni dah lama, 11 May 2011 yang lepas...pastu dah lama saya taip..tapi asik terperap kat dalam draft. Huhuh..

Kitorang pihak kolej (Animasi) telah (wah! 'telah'...skema betul ayat aku itu..heheh) mengadakan satu majlis khas untuk students Diploma Animasi UniKL sempena penghijrahan dorang ke main campus. Memang sudah termaktub di dalam kalendar akademik bahawa sem3 atau tahun kedua dorang akan melanjutkan pengajian di main kampus. Tidak lagi di sini...

Makanya, wujudlah majlis Penyerahan Pelajar kepada pihak UniKL. Heheh tapi saya tidak lah nak cerita detail pasal majlis ni sebabnye saya tak ada gambar-gambar lain majlis ni. Opkos pada photographer. Yang ada ni pun hasil drpd kamera henpon saya.

Apa yang saya nk pok pek pok pekkan kat sini cuma aksi-aksi kami sementara menunggu majlis bermula. Hehehhe dan juga serba sedikit ketika majlis sedang berjalan.

Bersama student animasi saya.


Hehehe lagi bersama mereka.


Saya bersama staff animasi..Niza and Mirul

Heheheh..kau tengok betapa hypernya mereka. Mereka-mereka tu student sijil animasi, sijil multimedia & visual dan juga budak diploma animasi.

Yang ni student dip. multimedia unikl..sengal-sengal bebudak ni. Heheheh layak aje dibawa bergossip. Haku pok pek pok pek..dorang punya gossip lagi mantap. Hahahha! kengkadang terbabas juga bergossipan dengan mereka.

Mereka lagi

Tak lama pas kitorang amik-amik gamba syok sendiri..ceo bersama tetamu vip yang lain pun datang. Tengah ada ucapan tu semua tetiba kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu glemer...retisssssss owh datang ke tempat kami....Ahmad Idham dan Azhar Sulaiman. Muahahahha! sib baik majlis formal..jadi masa mereka berdua masuk ke dewan, tahap terkejutan itu masih mampu di kawal sebaik mungkin. Kalaulah bukan majlis formal...mesti kedengaran "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh..ahmad idhammmmm ahmad idhammmmm...Azhar sulaimaaaaaaaaaaaaaaaaann" sambil tak sempat kontrol memek muka. Huduh!

Tu pun rasanya kembang kempes idong menahan excited. Hahahha! nak menjerit tak bole..malu dek orang ramai. Huiiishhh! Yela...mana tak excitednya..tak bajet pon dia nak datang..tetiba dia menjadi tetamu khas pada hari tu.

Malah sempat juga Ahmad Idham memberikan sekata dua kata buat student kami. Tapi dorang tak lama pun kat majlis tu. Makan-makan kejap pastu berdesup balik untuk urusan seterusnya. nasib baik nampak dorang dah nak balik...berdesup jugak kami menunggu kat luar sbb nak amik gamba.

Seee...nampak tak Azhar Sulaiman berdiri sebelah aiii??..bergesel tau lengan kitorang...awww. Muahahahha! gila excited dapat bergambar n salam ngan dorang..
Heheheh..saya memang excited..sbb saya ni bukan jenis orang yang kalau nampak artis tergedik-gedik dari jauh nak mintak amik gambar..kalau nampak pun just senyom je. Malu ah nak mintak amik gamba ke apa..

Kalau tak..masa duk kelana jaya tu memang bayak ah gamba saya bersama retis...ari2 kot jumpa retis...sbb kat SS5 ngn SS6 tu dah jadi macam port retis lak nak shooting..nak makan..sopping kat giant..

So bila dapat chance bergambar tanpa perlu berlari termengah-mengah nak kejar dorang..opkos saya excited!..hehehe


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...