Monday, May 16, 2011

Resepi Cream Puff

Assalamuaikum dan salam sejahtera..

Hehe..cam lama dah tak main masak-masak kuih dan kek. Hiks...takdelah lama mana tak buat. Ada je buat..tapi malas nak buat entry. Paling selalu buat adalah Blueberry Cheesecake..dah boleh dah buat sambil tutup mata. Hahahah! belagak sungguh. Tak ah..kire dah terer dah buat blueberry cheesecake..cuma saya masih tak puas hati dengan deconya. Sebab deco sy simple je. Curah aje bluebery tu atas cheesecake. Siap!

Sepatutnya semalam saya nak try Tiramisu Cheesecake..tapi memandangkan saya takde singgah ke kedai bakery beli cheese..maka terpaksalah buat kuih yang bahannya mudah didapati. Kau tau ajelah..sebuku cheese dekat supermarket dah sebelas doblas hengget..half harga kat bakery.

Semalam saya try buat Cream Puff! homaigod!..my favorite kueh!...lepas tengok fb sepupu saya pasal cream puff ni. Saya pun nak!!!..jom tengok resepinya. Owh ya ni saya ambil dari Myresepi:yani

Bahan Puff:

100 ml air
45g butter
60g tepung
2 biji telur

Cara-cara:


1) Amik periuk or bekas..or apa2lah yang boleh letak atas api. Masukkan air dan butter. Kemudian masak dengan api sederhana. Kemudian kuatkan api sehingga mendidih. Dah mendidih..matikan api.


2) Bila api dah padam..masukkan tepung. Kene kacau cepat supaya tidak berketul. Gaul hingga menjadi macam doh.

3) Pastu bukak api semula. Kacau doh tersebut sehingga macam muncul kerak-kerak kat dalam periuk. Bila dah nampak terus tutup api. Jangan pulak kau gigih nak bagi banyak berkerak sampai hangus adunan. Sikit-sikit dah la ye.

4) Pecah telur di dalam bekas lain dan kacau sehingga putih telur dan kuning bercampur. Tak perlu pukul sehingga kembang.

5) Kemudian tuang didalam periuk tadi dan kacau lagi secara cepat sehingga sebati dan menjadi seperti adunan di bawah.


6) Kemudian ambil piping bag dan masukkan adunan ke dalampiping bag tersebut. Supaya senang nak pump atas loyang.

7) Sila lah pump seperti gambarajah di bawah. Jangan pump meleper..kalau boleh pump biar teguh ke atas. Erk teguh ke atas? hahahah! sukak atik la cemana kau nak buat..janji jangan pun meleper.

8) Pastu spray dengan air..ni nak bagi puff tu kembang elok je. lagi satu..nampak kan macam jambul kat puff tu..sila tekan sikit supaya idak le burok bebenau ropenye. heheheh

9) Owh ye sebelum masuk oven..kena panaskan dulu oven ye..dah panas baru masukkan loyang yang berisi puff tu.

10) Tadaaaa..dah siap..mana yang kau nampak elok je bulat puff tu maknenya memang saya pump tak meleper la..kalau leper je kau tengok puff tu maksudnya saya gedik-gedik telah mem'pump' adunan tersebut secara meleper. Ciiiss!

11) Pastu tebuk tepi puff dengan hujung pisau..jangan potong habis ah..asal boleh pump cream kat dalam tu pn okey. Struktur dalam puff tu memang berongga..jadi senang sikit nak masukkan cream.

Owh resepi cream adalah seperti berikut:

Er...kau pegi klik la link ni ye.. malas plak nak menaip. Heheheh. Selamat mencuba!


Cheers,
Amysue

4 comments:

gadis are you said...

wah.......mcm sdap aje nie....hntr lah tuk sy satu..huu :)

mizzCloudy said...

askom hai akak cantik blog akaka..
aka kuih apa tu... macam sedap je...
nK SIKIT BOLEH... (:

Dayang_Amy said...

ayu:
memang sadap yu..

mizzcloudy:
salam...heheh tengkiu..kalau nak meh la sini..ahkak buatkan. huhuh

gadis are you said...

eh...i nk jg lh huuuu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...