Wednesday, June 29, 2011

Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ari tu saya 5 hari berada d kl kan untuk menguruskan yang kengkonon penting sangat tu..last week, encik Jamil plak berada 5 hari di kk untuk meneruskan agenda yg tak sempat dihabiskan...


Si Encik Jamil berada di kk start 24-28 Jun 2011..Huh! paling sejarah kami berjauhan ni banyak berjumpa dalam 1 bulan. Bulan June ni, 3 kali hujung minggu berturut2 kami berjumpa. Wah! bahagia betol.



25 & 26 June lepas, kami telah berjaya menghadiri kursus pra perkahwinan di Wisma Muis..Hihihih tabah betol encik Jamil tu nak berkursus di sini. Saya suh dia amik sendiri kursus kat sana dia tak nak pulak. Katanya nak sesama..oh! soh suhwit kamoooo. hihih

1st day kursus kahwin

Tapi lawak ok...dah lah kursus tu kebanyakkan di handle oleh pegawai sabahan kan...so opkoslah kau dengar bahasa sabah dari mula saaaaaaampai habis...banyak gak ah perkataan2 sabah yang dia x paham dan salah paham. Hahahhaha!

"Selamba je kan ustaz tu mencarut"..katanya masa kitorang tgh break.Hohohoho!..beselah kan..ada perkataan yg kalau kat semenanjung dikatakan mencarut..padahal kat sini xde hape pon.

Overall..kursus tersebut sangat syok..ada 11 slot semuanya best!...segar bugar je kot mata..akhirnyaaaa kami pun dah dapat sijil. Pasni misi melengkapkan borang kebenaran nikah plak.



Cheers,
Amysue

Thursday, June 23, 2011

Photoshoot suka-suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam kami adalah melakukan aktiviti men'try' mekap baru..baaaanyak owh barang mekap sampai. Ada pelbagai jenama..but most of them adalah berjenama 4u2 and kryolan. Penah dengar tak 4u2? aha..mengikut jurumekap af baru2 ni..dorang dah start pakai jenama mekap ni instead of pakai mac tu semua. Tapi memang cantik ah mekap dia esppecially bedak membedak nih.


Tiga org jurumekap telah beraksi semalam termasuk la saya. Hahah! inilah kali pertama saya mekap orang setelah pencen selama 6 tahun. Gila..paling last saya mekap orang adalah pada tahun 2005..masa kazen saya bertunang ke ape ntah..lupa suda.

Batty yg telah dimekap oleh saya. Bila dah lama tidak men'touch-up' muka orang...lupa nak bagi terang mekap..hahahah..masuk studio trus x nampak apa-apa.

Ntahlah..bila dah makin mem'veteren' ni..kegilaan bermekap2an secara extreme itu semakin hilang. Tahun nilah macam nak aktif balik setelah sekali saya secara peribadi telah menghadiri kursus mekap anjuran pewanis..then 1 kali masuk kelas mekap photoshoot bersama salah seorang jurumekap AF9 (tp gua lupa deh namanya siapa) atas arahan bos dan 1 kali masuk kelas mekap asas juga bsama jurumekap AF9 juga atas arahan bos.

So ni mekap kit dah lengkap kat tempat keje ni..dengar2 bos juga suh join kursus mekap secara pro di salah satu akademi mekap pemes kat kk ni. Hehehhe..tp x sure la kompem ke tak. Bole la tolong budak2 filem bermekap-mekapan.

Model-model studio photoshoot


Tengok..bila dah masuk studio..x nampak pun mekap tu. Pasni kalau dorang mintak mekap memang kene tonyoh sekuat ati ni. Hahaha. Yang pic saya tu memang tak bermekap pun.



p/s: gambar studio adalah tidak diedit secara pro oleh saya...hehe

Cheers,
Amysue

Wednesday, June 22, 2011

Agenda Serius

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Whoaaaahhh..rindu giler kot ngan blog. Bukan je tak update malah tak bukak langsung sejak ari rabu minggu lepas hingga la awal pagi tadi.

:P saya ngan family pegi KL atas urusan yang super duper serius. hahahah! serius celah mane ntah. Tapi 5 hari berada di kl tidak memberi ruang langsung kepada saya nak lepak-lepak sambil menikmati dessert sambil goyang kaki mahupun berkaraoke.

@ Jakel Masjid India
1st time amik gambar ngan SA lepas membeli belah. Heheheh

Kebiasaan saya memborong shawl di jalan TAR juga tidak dapat dilaksanakan. Pergh!!! boleh bayangkan betapa seriusnya agenda kami sekeluarga kali nih. Huhuhu.

Makpak mertua saya pun turun sekali dari Raub. Tapi kejap je la. Datang petang..esok pagi dah balik ke Raub. Yang penting dapat lah berjumpa besan. eceh! sweet kan?

@ Hibiscus Hotel Masjid India

Tapikan macam pelik owh....cuti sekolah dah habis kan?..tapi hotel area masjid india full house memanjang. Stress saya. Tapi dengar citer sebab time tu OUM konvo tu yang ramai datang KL..pastu kengkonon Brunei pun tengah cuti sekolah..huhuhu rasanya Indonesia pun cuti gak kot..sebab cam ramai plak mereka bercuti-cuti di sini satu family.

Lepak makan bersama

Tak sabar nak kawin...heheheh tapi stress ah memikio kan persiapan segala ni.



Cheers,
Amysue

Tekanan bermula..heheh baru nak mula

@ ZC Nilai 3

Sekarang dah tahu tekanannya.. T_T



Cheers,
Amysue82

Monday, June 13, 2011

Nak jumpa jugak!

Assalamualaikumualaikum dan salam sejahtera...


Hehehehe..dek kerana rindu yang membuak-buak..aaaaaaaaaaaaku tak kire..nak pergi jugak jumpa dia walaupun jaaauh..maka, hasilnya..dapat lah deting dengan encik Jamil weekend baru-baru nih.


Hahahha hebat kan penangan cinta..dan-dan je ujung minggu pergi berdeting tanpa dirancang..wah! romentik kau dayang. Hihihih tidaklah...weekend baru-baru ni dapatlah jumpa dia kejap sebab ada kursus kat KL.

Kursus tu buat masa ujung minggu..sabtu & ahad..dari pagi sampai kul 4 ptg...sempat jumpa dia cuma malam hari jumaat tu dan malam ari sabtu jek. Ahad memang tak sempat jumpa..Pas abis kursus terus berdesup ke airport. Tapi bolehlah jumpa kejap daripada takde.. ye tak???


11-12 Jun baru-baru ni pegi kursus kat NSTP Bangsar. Dihantar oleh pihak kolej untuk menghadiri kursus penulisan magazine. Bidang baru bagi saya..heheh tapi saya suuuuuka!..abis la..pasni kene buat entry ala-ala penulisan magazine. Huhuhu...tapi taknaklah untuk blog personal saya ni. Macam....errr tak reti kot nak berskema-skema di sini. Ohmyyyy...bukan diri ku gituu.

Pasal kursus tu nantilah kite citer detail ye...Eh! btw...i'm happyyyyyy!!! dapat hadiah belated birthday dari encik kekasih!..luv u so much darl!...heheheh wah..why ah? why ah? 2,3 menjak ini encik kekasih adalah sangat suwit dan suka belikan something untuk saya...T_T nangis terharuuu

Pink!...luv it damn so much!
(credit to encik google)



Cheers,
Amysue

Monday, June 6, 2011

Ikan Bakar Pasar Philipine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Huiihh! tak paham haku apesal time cuti sekolah ni pepagi nak pegi keja bukan main lagi jalan jem. Lebih jem daripada biasa yang memang dah sedia jem!..tekanan tahu tak. Semua yang tengah cuti start keluar berjalan-jalan jam 7 pagi kah? T_T

Okeh..sebenarnya bukan nak citer pasal jalan jem..tapi nak kongsi citer semalam gi melantak ikan bakar di pasar malam. Actually ni pun plan yang terkejut-kejut..time semua orang dah bersiap-siap tutup laptop dan bersedia nak balik tetiba "eh jom kita makan ikan bakar malam ni!"...dan tetiba juga "jom..jom..jom reramai pegi"!!!...hehehe maka terlaksana la jua plan mengejut itu.

Tapi tak semua pun pegi. Cuma 7 orang sahaja yang pegi termasuk saya. Kental je ati saya nak balik lewat malam tu. Hihihih saya ni jenis yang lepas balik keje terus berdesup balik umah. Kang lewat..sampai umah dah gelap gelita pulak. Bukan pe..selain faktor jalan gelap..ia juga dipengaruhi oleh faktor penglihatan. Huhuhu! tak selesa kot drive malam. Sakit mata kendian sakit kepala. Tu yang jarang nak meronggeng lepas waktu keje. Tapi semalam....em takpelah...sekali sekala bukan selalu.

Kitorang melantak ikanbakar kat belakang pasar Philipine...belakang tu kira cam pasar malam ah. Makan-makan ada..jual-jual sayur ada..bla..bla..huhuhu walaupun saya ni berasal dari sabah..tapi seumur hidup saya, inilah kali kedua saya makan di situ. First time makan taon lepas. Hahahah! serius takleh cover jakun aku.

So sampai-sampai je, terus pilih-pilih ikan. Macam-macam owh ikan ada. Tapi..tidaklah ku mengetahui apa nama mereka.

kami pilih 2 ekor ikan...satu yang besar (kerapu) dan satu lagi sederhana kecik (siakap)..heheh bebudak ni yang cakap nama ikan tu..tapi kalau dorang tipu haku pun bukannye haku tau. huhuh


Udang pon ada. Tapi malam tu takdelah kitorang makan udang. Muak kot asik makan udang je. So kitorang amik sotong bakar je. Heheh takde plak picnya kat sini.

Selain tu, ketam pun ada..tapi kitorang tak beli pun.

Ha! pas dah pilih-pilih ikan..amik rumpai laut ni plak. Sedap owh! saya memang suka makan kedua-dua jenis rumpai laut ni. Yang macam bijik-bijik tu kitorang panggil 'latok'. Yang belah kiri tu...errrr..ntah! tak tahu la ye ape namanya. Curah ngan cili...sambal belacan skit..perah limau....uuuuuumakkkkaiiih! pengsan kejap. Sedap!

Gambar diatas adalah sambal cicah ikan yang sila-buat-sendiri..huhuhu bahan-bahan seperti garam, ajonomoto, cili, limau, sambal, air asam+belacan dan kicap memang dah disediakan di setiap meja...tugas kau ialah buat cicah ikan kau sendiri. Haaa gitu!...masa memula makan kat sini..part ni lak haku jakun. Bising gila mulut duk tanya ni nak buat cemana..ni nak letak apa..ni camne plak...huhuhu rasa macam nak kene penampo je. huhuh.

Tapi semalam boleh la gua belagak sikit..sebab dah tau prosedur makan kat sini cemana. Elok je bontot cecah kerusi, terus tangan capai itu capai ini dan buat cicah ikan saya sendiri. Heheheh! gua suda mengerti..ya suda mengertiii..

Pastu apa lagi....nyum..nyum..nyum..makan dengan lahap sekali. Lagi nikmat bila makan sambil minum air kelapa. Pergh! boleh ilang ingatan kejap.

Makanya..telah berakhirlah sesi melantak ini...kerapu pun telah menjadi tulang...siakap pulak menjadi separa tulang. huhuhu sebab kureng skit kot rasa siakap tu.

Kami!...heheh simple je gerainya...tapi sesuai untuk mereka-mereka yang sempoi juga.

Pinggan nya juga sempoi...

Erkkhhh..alhamdulillah..suda kenyang..moh le kita balik. Kejap je pegi makan..Dalam kul 7.30 dah balik. Alhamdulillah saya selamat meredah gelap sampai ke rumah pukul 8.30.



Cheers,
Amysue

Wednesday, June 1, 2011

Saya excited sebab ada retis datang..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hehehe..kejadian ni dah lama, 11 May 2011 yang lepas...pastu dah lama saya taip..tapi asik terperap kat dalam draft. Huhuh..

Kitorang pihak kolej (Animasi) telah (wah! 'telah'...skema betul ayat aku itu..heheh) mengadakan satu majlis khas untuk students Diploma Animasi UniKL sempena penghijrahan dorang ke main campus. Memang sudah termaktub di dalam kalendar akademik bahawa sem3 atau tahun kedua dorang akan melanjutkan pengajian di main kampus. Tidak lagi di sini...

Makanya, wujudlah majlis Penyerahan Pelajar kepada pihak UniKL. Heheh tapi saya tidak lah nak cerita detail pasal majlis ni sebabnye saya tak ada gambar-gambar lain majlis ni. Opkos pada photographer. Yang ada ni pun hasil drpd kamera henpon saya.

Apa yang saya nk pok pek pok pekkan kat sini cuma aksi-aksi kami sementara menunggu majlis bermula. Hehehhe dan juga serba sedikit ketika majlis sedang berjalan.

Bersama student animasi saya.


Hehehe lagi bersama mereka.


Saya bersama staff animasi..Niza and Mirul

Heheheh..kau tengok betapa hypernya mereka. Mereka-mereka tu student sijil animasi, sijil multimedia & visual dan juga budak diploma animasi.

Yang ni student dip. multimedia unikl..sengal-sengal bebudak ni. Heheheh layak aje dibawa bergossip. Haku pok pek pok pek..dorang punya gossip lagi mantap. Hahahha! kengkadang terbabas juga bergossipan dengan mereka.

Mereka lagi

Tak lama pas kitorang amik-amik gamba syok sendiri..ceo bersama tetamu vip yang lain pun datang. Tengah ada ucapan tu semua tetiba kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu glemer...retisssssss owh datang ke tempat kami....Ahmad Idham dan Azhar Sulaiman. Muahahahha! sib baik majlis formal..jadi masa mereka berdua masuk ke dewan, tahap terkejutan itu masih mampu di kawal sebaik mungkin. Kalaulah bukan majlis formal...mesti kedengaran "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh..ahmad idhammmmm ahmad idhammmmm...Azhar sulaimaaaaaaaaaaaaaaaaann" sambil tak sempat kontrol memek muka. Huduh!

Tu pun rasanya kembang kempes idong menahan excited. Hahahha! nak menjerit tak bole..malu dek orang ramai. Huiiishhh! Yela...mana tak excitednya..tak bajet pon dia nak datang..tetiba dia menjadi tetamu khas pada hari tu.

Malah sempat juga Ahmad Idham memberikan sekata dua kata buat student kami. Tapi dorang tak lama pun kat majlis tu. Makan-makan kejap pastu berdesup balik untuk urusan seterusnya. nasib baik nampak dorang dah nak balik...berdesup jugak kami menunggu kat luar sbb nak amik gamba.

Seee...nampak tak Azhar Sulaiman berdiri sebelah aiii??..bergesel tau lengan kitorang...awww. Muahahahha! gila excited dapat bergambar n salam ngan dorang..
Heheheh..saya memang excited..sbb saya ni bukan jenis orang yang kalau nampak artis tergedik-gedik dari jauh nak mintak amik gambar..kalau nampak pun just senyom je. Malu ah nak mintak amik gamba ke apa..

Kalau tak..masa duk kelana jaya tu memang bayak ah gamba saya bersama retis...ari2 kot jumpa retis...sbb kat SS5 ngn SS6 tu dah jadi macam port retis lak nak shooting..nak makan..sopping kat giant..

So bila dapat chance bergambar tanpa perlu berlari termengah-mengah nak kejar dorang..opkos saya excited!..hehehe


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...