Friday, July 15, 2011

Kedai yang paling saya suka pegi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Huhuhu duk lama-lama dekat Kaison boleh mati owh.. T_T tensen sebab tak dapat duduk lama-lama dekat Kaison masa rehat tadi...banyak barang lagi saya tak belek..hehehe oleh kerna hanya ada RM 30 sahaja dalam purse saya, maka ada lah lebih selamat sekiranya tidak berlama-lamaan di dalam itu. Heheh


Bagi mereka yang duduk kat kk ni memang tahulah Kaison tu apa..Kaison tu kedai best sebab banyak barang yang pelik-pelik tapi comel nak mampos di jual situ. Daripada bunga-bungaan sehinggalah perhiasan umah ada di sini. dan semua mereka adalah DAMN so cantik dan cumels.

Baaaanyak tin-tin yang comel..geram


Tiap-tiap hari jumaat, masa rest je mesti nak singgah Kaison dan spent banyak masa kat situ. Saya, kalau ditinggalkan di situ pun satu hari saya sanggup..tapi lagi sanggup kalau duit pn banyak sebab semua pn macam nak beli. Heheheh..

Stationary yang comel-comel jugak banyak..yang tak pernah-pernah jumpa pun ada

Cer teka ape bendanya ni..cam kapsul ubat kan? tapi ada kata-kata mendalam serta karakter 'bogel' di situ. hahahha

Saya beli dua sebab terlalu geram..yang itam tadi beli untuk encik jamil..dan yang pink ni opkos saya punya..hohohoh lucah je ayat n gambo dia. Kekekek..bengongkan. Ni sebenarnya mug. Nampak cam kapsul kan..meaning ni ada 2 mugs..bolehlah sarapan pagi penuh bergaya dengan mug pink..kemudian pada waktu lunch rasa seksi dengan mug kaler putih.

Hehehehe selalu je member tegur..."aik...tadi aku tengok ko pakai kaler pink..ni tukar sudaaa?"...welll malas nak cakap ah...hahahah!

Setiap kali pegi situ, mesti baaaaanyak barang baru..dan setiap kali keluar dari Kaison mesti tak pernah fail untuk beli barang. At least satu barang saya beli..selalunya barang baru la dan kemudian bagi jeles opismet sebab ada beli barang baru kat Kaison. Hahahha hasad dengki kan aku?





Duduk dalam tu boleh buat anda tetiba jadi kretip nak hias rumah cemana ataupun nak hias bilk anda cemana..kalau anda rasa otak macam dah beku tak tau nak hias rumah cemana, cer masuk kedai ni..terus macam "owh aku nak beli ni taruk kat sini....em yang ni pun boleh beli dan taruk kat tepi bla..bla..bla...huuuuu aku nak ni..sesuai betul ngan langsir umah aku...bla..bla..bla.." tak keterlaluan di katakan, kalau anda tetibe didapati meroyan di dalam tu pn boleh diterima masyarakat..tak salah tu semua. Hahahahha!


Sesungguhnya saya bukanlah staff Kaison ke apa..mahupun ada saham di situ..saya cuma pelanggan setia Kaison dan menghargai kehadiran mereka di kk. Yahoooo!..soon akan di bukak di Setapak, KL...heheheh kenapa saya suka? sebab kang dah terpaksa duduk KL mesti rindu nak lepak lama di Kaison..jadi bole ke Setapak..Tapi saya tak tahulah soon tu bila dan dimana specific tempatnya.

Kotak-kotak yang pelbagai serta menggeramkan jiwa


T_T tadi banyak barang baru owh..saya ingat nak gi Kaison lagi pas keje ni. Heheh



Cheers,
Amysue

2 comments:

suciribenalime said...

dyg aku amat jeles sama kamu.......

Anonymous said...

da bukak yg baru @ paradigm mall pj. i like!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...