Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru je dengar pengumuman raya tadi..yiiihaaa esok hari raya!...tapi..bila dah dengar takbir raya ni memang sebak je rasa...kejap je kan kita berpuasa..tetiba dah raya...habis dah puasa terakhir saya sebagai seorang bujang..huhhu insyaAllah tahun hadapan kalau murah rezeki dan dipanjangkan usia, saya mengharungi puasa bergelar isteri. Aminnnn..

Satgi kompem saya bz..seperti biasa, rutin saya akan memunggah semua bekas-bekas kueh...pinggan mangkuk yang hendak di pakai..bla..bla..dan seterusnya mengisi biskut dalam bekas kueh..pastu susun atas meja..dan seperti biasa juga, tak sah kalau tak tido jam 1-2 pagi..

Esok, pepagi..lepas semayang raya...makan bersama family..pastu sesi bermaafan...dah sudah barulah kami sekeluarga akan gerak balik ke kampung..

Di kesempatan ini, saya ingin memohon jutaan keampunan daripada rakan-rakan bloggers yang lain sekiranya ada keterlanjuran kata yang telah menyinggung hati anda semua...saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri..moga lebaran kali ni memberi seribu kemanisan buat anda sekeluarga (hahahahha! dah rupa iklan raya plak..)


Cheers!,
Amysue

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...