Tuesday, September 20, 2011

Misi mencari hiasan bilik tido

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ni Angkasawan ke2 negara nak datang kolej..heheh boleh2 ek saya lupa bawak kamera fink ku itu..tpaksa menumpang kaseh d kamera org lain atau pasrah aje pakai kamera henpon. Huhuhu...
(update: dah datang pun..muka biasa-biasa je..sesuailah nak jadi boifren ai.Hahahahha encik jamil sile jeling saya tajam2. :p)

Owh yeah..ari kamis n jumaat ni saya coti bebeh. Sebab sok malam encik Jamil datang Sabah lagi...nak settle borang nikah..nak fitting baju..nak jumpa si pembuat pelamin..bla..bla..dan beli barang2 mana yang tak settle lagi.

Dari pandangan mata kasar rasa macam tak banyak sangat dah nak buat...macam aje lah.Tapi bila di tenung..di renung dalam-dalam, mampu gak lah buat ko pengsan lapan ari mengenangkan persiapan yang harus di buat. Hahahha! hadoi malas aku nak pikir.

Jumaat lepas masa cuti Hari Malaysia, mak ajak gi beli kain untuk hias kepala katil nanti.. Hehehhe memula saya bajet like..okeh, beli kain plain yang semeter RM5-6 hengget untuk letak kat kepala katil..then beli bunga-bunga untuk hias..bla..bla..skali ambik kau...kos untuk perhiasan belakang katil/kepala katil aje dah RMXXX..hahah malas saya nak taip figure sebenar. Sebab bagi saya macam...mahal tak masuk akal.

Mak tengah bincang-bincang ngan orang kedai tu. Saya takleh join..x dapat pikir la time ni sbb tengah lapar gila. Otak x function. Huhuhu

Tapi ini pilihan mak saya...hehehh maka saya redha..memula macam saya potpetpotpet gak ah ngan mak...skali mak nangis kau...hahahah! terus saya diam. Yelah mak..saya ikut je. Miahahah! takot owh tengok mak nangis.

Mak pun mengeluarkan kata-kata hikmah beliau..katanya dah lama tunggu saya nak kawin (gila tak lama..29 taon tu nk tunggu..hahah)...dengan saya la dia nak berabis pon...pastu "kau tu ada hantaran..kau nak ke org duk mengata hiasan bilik tido ko macam org yang tak diberi hantaran?" so..selepas dibebel oleh emak..saya pun ikut sajork..mana baik untuk mak..baik lah untuk saya. Muah! luv u mak..

Ingat beli kain bese-bese je..pastu tampal jek kat dinding. Hehehhe.
Sumber: google

Kalau ikutkan jiwa muda aku ni (wah! jiwa muda kata kau)..hias yang simple-simple sudah. Janji kemas kan..Tapi selalu pilihan ibu ni lain skit ngan pilihan anak. Tapi takpela..tak baik melawan cakap mak. Heheh. Kite tengok ajelah hasilnya nanti bila katil dah sampai and semua dah siap berjahit.


Cheers,
Amysue

Monday, September 19, 2011

Si pemakai hijab..banyak dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hiks..pepaham aje lah kenapa saya tak update belog lama gila. Memang jawapannya 'saya sibuk gila'..asik buat kerja dari pagi sampai malam..berhenti terus tido. Esok banyak lagi kerja menanti. Uwaaa...skang ni saja nak relax sikit. Nak tenangkan otak. Hehehe

Kalau kerja2 kahwin aje yang membuatkan saya sibuk, kira masih boleh bernapas jugak lah. Ni tambah lak dengan kerja-kerja ofis. Sebelum 11/11 juga saya kena siapkan kerja-kerja kahwin...dan sebelum 11/11 juga saya harus langsaikan kuiz-kuiz pelajar...bagi esaimen..check esaimen...bagi test...sedia markah..mana nak risau lagi dengan student yang nak final. Sebab 14/11 budak diploma dah final. Hadoiiiii...

Eh! sebenarnya saya tetiba muncul kat belog hari ni bukan nak mengadu kat uols semua. Heheheh! saya nak up entry pasal isu hijabers. Hahahah! tetibe kan? ntah le..masa memula orang duk soksek pasal isu ni, memula saya macam tak layan sangat. Like..lantak korang le nak beperang ke hape ke kan..xde kaitan pun dengan saya.

Tapi makin lama macam makin ramai yang up entry pasal hijab ni..samada dari segi negativenya atau positivenya..bila dah hari-hari nampak orang up entry ni saya pun sedikit sebanyak terasa. Yelah sebab saya juga salah seorang hijabers..atau erti kata lain..salah seorang mereka2 yang bertudung itu. Ada entry yang saya setuju..ada yang saya rasa kenapa mereka berapi-api berbalas-balas pendapat?

Ramai hijabers yang mendapat kritikan dan kutukan dari masyarakat luar sana tak kiralah dari golongan yang bertudung itu sendiri atau yang tidak bertudung. Memang pelik kan? benda yang baik pun boleh dikutuk-kutuk...bila kita tak pakai tudung orang  sindir2 suruh pakai tudung..tapi bila kita memilih untuk bertudung dan dalam masa yang sama tidak mahu terhad dalam menggayakan tudung pun orang duk kutuk-kutuk. Sebenarnya korang nak apa???

Pendapat saya...pasti ada yang tak kena dengan kita sendiri..si hajabers ini. Atau mereka-mereka yang lain tu jeles mungkin...who knows..positivenya skarang, dengan hijab pun kita mampu berada di kelompok-kelompok model photoshoot yang dulu hanya dipelopori model seksi, kurus keding dan muka pan asia...atau, saya juga boleh berfesyen walau pun berhijab...memang itu sangat-sangat tidak dinafikan.

Tapi semakin lama..tudung itu atau hijab itu hanya sekadar fesyen yang bertempek di kepala. Semua orang berlumba-lumba nak jadi trendsetter..semua orang nak muncul dengan their own style of hijab..semua orang berlumba-lumba nak post gaya terbaru di youtube...semua orang nak dikenali sebagai "wah..ko memang ikut trend ek...jeles ah kau pandai pakai shawl..cemana ko lilit???"...tapi dalam masa yang sama mudah-mudahan dihati mereka juga berlumba-lumba mahu betulkan mana-mana kekurangan diri dalam aspek muslimah yang sebenarnya.

Risau juga kan kengkadang..adik-adik yang mahu mula bertudung itu hanya terpikat kerana betapa stylo nye berhijab sebab ada 1001 cara untuk menggayakannya..pastu plak asal berani main kaler..kompem boleh dikategoikan fashionista tanpa ada niat mahu menutup aurat kerana itu memang tuntutan agama kita.

Saya menaip dengan panjang lebar ni bukanlah sekadar mahu menambah-nambahkan perbalahan ke apa ke..itu cuma pandangan peribadi saya. Saya juga tidak terlepas mengikuti gaya-gaya shawls yang terbaru. As long as saya selesa dan tidak begitu pelik di pandangan saya..saya try gak..cuma skrg aim saya adalah...cuba untuk bersederhana dan bukan berfesyen supaya orang kagum sebab saya megikuti perkembangan. No that's not my priority..


Bergaya la pun..janji jangan sampai menimbulkan ketidaksenangan orang lain dengan gaya keterlaluan kita tu. Macam tak selari pulak kan di gelar muslimah? dan mari kita betulkan persepsi mereka di luar sana..kami si hajabers juga manusia biasa..perlu jalani hidup seperti biasa..pergi shopping..pergi jumpa member-member...pergi kerja..pergi berniaga..pasti ada dalam 24 jam itu bahagiannya untuk ibadah pula.

Apapun bukan mudah untuk puaskan hati semua org..kalau kita bersederhana pun orang duk cakap2 kat kita...maybe masalah bukan datang dari kita..dia kot yang bermasalah. Huhuhuhu

Saya harap hijabers di luar sana termasuk saya...berfesyen la berpada-pada. Bukan menunjuk2 kau lah paling hebat berfesyen..untuk apa?? Allah menilai dari segi itu kah? u know the answer kan?


p/s: dulu saya tengok Cik Epal and Maria Elena (pun ada buat entry pasal hijab nih) pun terlebih2 juga berfesyen..tapi skang makin lama makin bersederhana...dan..saya lebih suka mereka yang sekarang.

Cheers,
Amysue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...