Monday, September 19, 2011

Si pemakai hijab..banyak dugaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hiks..pepaham aje lah kenapa saya tak update belog lama gila. Memang jawapannya 'saya sibuk gila'..asik buat kerja dari pagi sampai malam..berhenti terus tido. Esok banyak lagi kerja menanti. Uwaaa...skang ni saja nak relax sikit. Nak tenangkan otak. Hehehe

Kalau kerja2 kahwin aje yang membuatkan saya sibuk, kira masih boleh bernapas jugak lah. Ni tambah lak dengan kerja-kerja ofis. Sebelum 11/11 juga saya kena siapkan kerja-kerja kahwin...dan sebelum 11/11 juga saya harus langsaikan kuiz-kuiz pelajar...bagi esaimen..check esaimen...bagi test...sedia markah..mana nak risau lagi dengan student yang nak final. Sebab 14/11 budak diploma dah final. Hadoiiiii...

Eh! sebenarnya saya tetiba muncul kat belog hari ni bukan nak mengadu kat uols semua. Heheheh! saya nak up entry pasal isu hijabers. Hahahah! tetibe kan? ntah le..masa memula orang duk soksek pasal isu ni, memula saya macam tak layan sangat. Like..lantak korang le nak beperang ke hape ke kan..xde kaitan pun dengan saya.

Tapi makin lama macam makin ramai yang up entry pasal hijab ni..samada dari segi negativenya atau positivenya..bila dah hari-hari nampak orang up entry ni saya pun sedikit sebanyak terasa. Yelah sebab saya juga salah seorang hijabers..atau erti kata lain..salah seorang mereka2 yang bertudung itu. Ada entry yang saya setuju..ada yang saya rasa kenapa mereka berapi-api berbalas-balas pendapat?

Ramai hijabers yang mendapat kritikan dan kutukan dari masyarakat luar sana tak kiralah dari golongan yang bertudung itu sendiri atau yang tidak bertudung. Memang pelik kan? benda yang baik pun boleh dikutuk-kutuk...bila kita tak pakai tudung orang  sindir2 suruh pakai tudung..tapi bila kita memilih untuk bertudung dan dalam masa yang sama tidak mahu terhad dalam menggayakan tudung pun orang duk kutuk-kutuk. Sebenarnya korang nak apa???

Pendapat saya...pasti ada yang tak kena dengan kita sendiri..si hajabers ini. Atau mereka-mereka yang lain tu jeles mungkin...who knows..positivenya skarang, dengan hijab pun kita mampu berada di kelompok-kelompok model photoshoot yang dulu hanya dipelopori model seksi, kurus keding dan muka pan asia...atau, saya juga boleh berfesyen walau pun berhijab...memang itu sangat-sangat tidak dinafikan.

Tapi semakin lama..tudung itu atau hijab itu hanya sekadar fesyen yang bertempek di kepala. Semua orang berlumba-lumba nak jadi trendsetter..semua orang nak muncul dengan their own style of hijab..semua orang berlumba-lumba nak post gaya terbaru di youtube...semua orang nak dikenali sebagai "wah..ko memang ikut trend ek...jeles ah kau pandai pakai shawl..cemana ko lilit???"...tapi dalam masa yang sama mudah-mudahan dihati mereka juga berlumba-lumba mahu betulkan mana-mana kekurangan diri dalam aspek muslimah yang sebenarnya.

Risau juga kan kengkadang..adik-adik yang mahu mula bertudung itu hanya terpikat kerana betapa stylo nye berhijab sebab ada 1001 cara untuk menggayakannya..pastu plak asal berani main kaler..kompem boleh dikategoikan fashionista tanpa ada niat mahu menutup aurat kerana itu memang tuntutan agama kita.

Saya menaip dengan panjang lebar ni bukanlah sekadar mahu menambah-nambahkan perbalahan ke apa ke..itu cuma pandangan peribadi saya. Saya juga tidak terlepas mengikuti gaya-gaya shawls yang terbaru. As long as saya selesa dan tidak begitu pelik di pandangan saya..saya try gak..cuma skrg aim saya adalah...cuba untuk bersederhana dan bukan berfesyen supaya orang kagum sebab saya megikuti perkembangan. No that's not my priority..


Bergaya la pun..janji jangan sampai menimbulkan ketidaksenangan orang lain dengan gaya keterlaluan kita tu. Macam tak selari pulak kan di gelar muslimah? dan mari kita betulkan persepsi mereka di luar sana..kami si hajabers juga manusia biasa..perlu jalani hidup seperti biasa..pergi shopping..pergi jumpa member-member...pergi kerja..pergi berniaga..pasti ada dalam 24 jam itu bahagiannya untuk ibadah pula.

Apapun bukan mudah untuk puaskan hati semua org..kalau kita bersederhana pun orang duk cakap2 kat kita...maybe masalah bukan datang dari kita..dia kot yang bermasalah. Huhuhuhu

Saya harap hijabers di luar sana termasuk saya...berfesyen la berpada-pada. Bukan menunjuk2 kau lah paling hebat berfesyen..untuk apa?? Allah menilai dari segi itu kah? u know the answer kan?


p/s: dulu saya tengok Cik Epal and Maria Elena (pun ada buat entry pasal hijab nih) pun terlebih2 juga berfesyen..tapi skang makin lama makin bersederhana...dan..saya lebih suka mereka yang sekarang.

Cheers,
Amysue

4 comments:

nub said...

fahamilah dulu bahawa menutup aurat itu benar sebenar benarnya wajib.

bila dah faham pernyataan ni, insyaALLAH yang lain2 takkan jadi masalah

Dayang_Amy said...

itulah masalahnya skrg..bila semua org taksub berfesyen..pemahaman ttg kewajipan menutup aurat itu sudah jatuh ke no.2..

Mashi Nina Sakurada said...

halamak... macam mana boleh idea sama nih.. huhu baru lagi dok mengarang smalam, tak publish lagi (tulis separuh pastu tertido). huhu kebetulan yer.. nanti tengok orgnye entry lak pasal tajuk tudung nih. (takmo baca dulu post ni takut nanti tercedok idea) =p

Dayang_Amy said...

mas: hahaha..ramai sgt dh org up entry pasal hijab ni..ada yg sama pendapat ada yang berbeza..sama pon takpe..means pendapat kite sama. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...