Thursday, January 26, 2012

Review Kad Kahwin: Design 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila bercakap tentang kad kahwin, memang awal-awal lagi saya set kat kepala saya ni, saya taknak lah tempah kad kawin yang memakan kos sehingga RM1..hihihi RM0.80 tu pn bagi saya dah mahal dah tu. Apatah lagi yang berhengget-hengget tu. Kalau kena dekat tetamu yang memang begitu menghargai okeyla..dia akan simpan..kalau tak??? rugi je kene sepah-sepah. Tapi ye la...ikut kemampuan masing-masing la kan..kalau mampu dan memang impian nak kad yang exclusive takde masalah. Terpulang pada diri sendiri.

So bermula la pengembaraan saya  (hohohoho pengembaraan ek??) meninjau-ninjau kad kawin yang murah..Dalam kepala dah set nak dalam RM0.50 ke bawah jek. Sebab saya nak tempah banyak..dalam 1300 keping.

Pastu saya ingat memang nak tempah kat sekitar kk jek..so bleh jimat untuk kos penghantaran. Lagipun saya bleh tengok sendiri jenis kertas yang akan digunakan. Puas la saya mencarik kedai-kedai kad kawin yang ada..semua kad yang bajet RM0.50 adalah sangat menyedihkan. macam hidup segan mati tak mau. Hahahhaha! kejam okeh perbandingan aku tuh. Tapi yang penting saya memang tak berkenan lah.

At last..pasrah lah nak order secara online. Oleh kerana takut tertipu..yelah kan online..takutlah kang ada masalah ke apa kan...so saya memang terjah website yang stok terkenal-terkenal jek. Hahahha! kengkonon kebarangkalian tertipu tu xdelah..sebab nama dah well known kan. Tapi hampeh okeh!...dua vendor yang saya contact..dua-dua senyap tak reply apa-apa. Hanginnn je..takleh nak tunggu lelama sebab masa tu lg 3 bulan je nak majlis.

Maka, saya teruskan lah hunting for other vendor...tetibe tersinggah kat satu website ni..boleh tahan la murah-murah..tp macam tak penah dengar plak..saya try-try je contact..sekali tu cepat jek akak tu reply..hihihi siap berYM lagi..pas YM akak tu terus call saya. Akak dari Kedah ye. Hehhe, kedai dorang kat kedah. Ah!!!! belasah la..Kedah pun Kedah la janji murah dan menepati citarasa saya.

Bila akak tuh suh add dorang dekat FB baru lah tahu rupa-rupanya ramai gak yang dah sukses mengorder dekat dorang ni. Termasuk lah pengantin-pengantin dari Sabah. So on the spot je saya pun isi borang.

Memang sangat mengikut jadual dorang buat kad tu. Kalau kat website kata after 1 minggu dorang akan hantar 1st artwork untuk semakan..maka memang gitu la juga dorang buat. Cepat!..tu yang saya suka.Puas hati la.

Saya tempah kad jenis ni (gambar bawah) pada harga RM0.29/sekeping..dan time saya tempah tu, itu adalah harga promosi..so..campo kos penghantaran semua..kos sekeping kad saya jadik dalam RM0.43@RM0.44 sen..dan figure itu masih match dengan fizikal kad tu sendiri. Masih dalam bajet..Saya hepi!!

 

Dengan harga begitu, kad masih tebal..malah ianya artcard ye..puashati la..takdelah orang kata "huh! nampak sangat kad murah" hohoho mulut adalah kejam kan begitu.


Kalau ada B2B nak try-try tengok kad yang ada kat sana bleh la pegi SBS Kahwin..ada juga buku doa dan Yassin. InsyaAllah berpuas hati dengan servis dorang..jangan lupa like Facebook dorang gak.

Pic di ambil dari album Facebook dorang.


Cheers,
Amysue

7 comments:

Cik Nasha said...

itupun dah cukup cantik..
pink kan? ke peach?

Dayang_Amy said...

heheheh..memang cantik kad ni walaupun bkn customize..ni pink..pink sweet..heheh cam gula2.

Cik Jan said...

salam. dayang dah siap tempah ke? saya baru nak hunting. duk hunting2 nie terjumpa blog dayang...

thanks tau...

i dah follow u, follow me back k...

salam perkenalan..CJ

http://chefarizancheali.blogspot.com/

Dayang_Amy said...

Cik Jan: owh sy dh siap tempah..dh siap kawen pun.. heheheh..so far berpuas hati la...btw, thnk follow me..sy pn dh follow u..

Mizz ErMa said...

sedihnya..sy pon ada jgk inform diorank nk order kad tp xreply pape pon..TT___TT

Dayang_Amy said...

Mizz Erma: tu la pasal..sedih sebab nama agak besar gak lah...pastu x reply klu org nk oder. maybe dorang nak kastemer yg hebak2 je kot.huhuh

nn lylyn said...

sy tgh surey2 kad kawen..terjumpe awk =)

sy dah follow awk =) jom follow sy =) tq ek

http://nlylyn.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...