Monday, January 30, 2012

Jawatan Kosong - Pensyarah

(Entry adalah berbaur Sticky Mode..Heheheh..jadi sila scroll ke bawah untuk new entry selanjutnya)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya ada berita baik untuk uols semua..especially yang masih tercari-cari kerja dan bermastautin di negeri Sabah..heheh tapi kalau ada yang dari luar Sabah yang rela bekerja dan tinggal di Sabah pun boleh...

Kolej Yayasan Sabah Digital New Media Center sedang mencari pensyarah-pensyarah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan pensyarah di kampus ni.

Kalau anda semua ada kelayakan (sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda) dalam bidang yang berkaitan dengan Animasi, Multimedia dan Filem & Dokumentari..maka anda memang patut cuba untuk memohon.

So, kalau berminat hantar resume beserta cover letter ke alamat email saya amysueraya@yahoo.com.sg , dan saya akan foward ke bahagian yang berkaitan untuk proses selanjutnya.


Cheers,
Amysue


Thursday, January 26, 2012

Review Kad Kahwin: Design 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila bercakap tentang kad kahwin, memang awal-awal lagi saya set kat kepala saya ni, saya taknak lah tempah kad kawin yang memakan kos sehingga RM1..hihihi RM0.80 tu pn bagi saya dah mahal dah tu. Apatah lagi yang berhengget-hengget tu. Kalau kena dekat tetamu yang memang begitu menghargai okeyla..dia akan simpan..kalau tak??? rugi je kene sepah-sepah. Tapi ye la...ikut kemampuan masing-masing la kan..kalau mampu dan memang impian nak kad yang exclusive takde masalah. Terpulang pada diri sendiri.

So bermula la pengembaraan saya  (hohohoho pengembaraan ek??) meninjau-ninjau kad kawin yang murah..Dalam kepala dah set nak dalam RM0.50 ke bawah jek. Sebab saya nak tempah banyak..dalam 1300 keping.

Pastu saya ingat memang nak tempah kat sekitar kk jek..so bleh jimat untuk kos penghantaran. Lagipun saya bleh tengok sendiri jenis kertas yang akan digunakan. Puas la saya mencarik kedai-kedai kad kawin yang ada..semua kad yang bajet RM0.50 adalah sangat menyedihkan. macam hidup segan mati tak mau. Hahahhaha! kejam okeh perbandingan aku tuh. Tapi yang penting saya memang tak berkenan lah.

At last..pasrah lah nak order secara online. Oleh kerana takut tertipu..yelah kan online..takutlah kang ada masalah ke apa kan...so saya memang terjah website yang stok terkenal-terkenal jek. Hahahha! kengkonon kebarangkalian tertipu tu xdelah..sebab nama dah well known kan. Tapi hampeh okeh!...dua vendor yang saya contact..dua-dua senyap tak reply apa-apa. Hanginnn je..takleh nak tunggu lelama sebab masa tu lg 3 bulan je nak majlis.

Maka, saya teruskan lah hunting for other vendor...tetibe tersinggah kat satu website ni..boleh tahan la murah-murah..tp macam tak penah dengar plak..saya try-try je contact..sekali tu cepat jek akak tu reply..hihihi siap berYM lagi..pas YM akak tu terus call saya. Akak dari Kedah ye. Hehhe, kedai dorang kat kedah. Ah!!!! belasah la..Kedah pun Kedah la janji murah dan menepati citarasa saya.

Bila akak tuh suh add dorang dekat FB baru lah tahu rupa-rupanya ramai gak yang dah sukses mengorder dekat dorang ni. Termasuk lah pengantin-pengantin dari Sabah. So on the spot je saya pun isi borang.

Memang sangat mengikut jadual dorang buat kad tu. Kalau kat website kata after 1 minggu dorang akan hantar 1st artwork untuk semakan..maka memang gitu la juga dorang buat. Cepat!..tu yang saya suka.Puas hati la.

Saya tempah kad jenis ni (gambar bawah) pada harga RM0.29/sekeping..dan time saya tempah tu, itu adalah harga promosi..so..campo kos penghantaran semua..kos sekeping kad saya jadik dalam RM0.43@RM0.44 sen..dan figure itu masih match dengan fizikal kad tu sendiri. Masih dalam bajet..Saya hepi!!

 

Dengan harga begitu, kad masih tebal..malah ianya artcard ye..puashati la..takdelah orang kata "huh! nampak sangat kad murah" hohoho mulut adalah kejam kan begitu.


Kalau ada B2B nak try-try tengok kad yang ada kat sana bleh la pegi SBS Kahwin..ada juga buku doa dan Yassin. InsyaAllah berpuas hati dengan servis dorang..jangan lupa like Facebook dorang gak.

Pic di ambil dari album Facebook dorang.


Cheers,
Amysue

Tuesday, January 17, 2012

Designer Kad Kahwin Comel saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya nak update tentang designer kad kahwin comel saya. Heheheh..memandangkan ramai yang search for this entry dan ada yang bertanya-tanya tentang link designer ni..maka uolss semua bleh la tengok-tengok belog baru dia ye.

Saya bersama Cik Ain

Hiks! buat masa ni insyaAllah belog beliau akan diupdate secara berperingkat...tapi kalau nak request design boleh je kontek direct ngan dia di facebook beliau.

Macam saya...saya pok pek pok pek saya nak cenggitu..nak cenggini...tak lama pas tu dia bagi tengok draft yang pertama dekat saya...terus saya suka...selepas beberapa kali pembetulan..maka siap la juga kad kawin saya.

So uols..kalau nak bincang ke apa...bleh la bincang terus ngan dia..insyaAllah semua pasti menepati citarasa uolss...


Cheers,
Amysue


Thursday, January 12, 2012

Honeymoon: Bayu Beach Resort - Day 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hihihi...memang cerita honeymoon saya ni memakan banyak entry untuk di habiskan. Huhuhu maklumlah..nk cerita pasal honeymoon kena pulak cerita pasal sesat menyesat kan..tu pun dah panjang lebar...alih-alih, terpaksa pecah-pecahkan entry.


Pening kepala saya tengok gambar honeymoon yang banyak gile. Dah puas select pun masih banyak. Hihihihi..jadi entry kali ni macam banyak gambar..tapi takdelah banyak gile.Banyak sikit jek. Heheheh

Selepas kejadian kami sesat menyesat tu...akhirnya dalam kul 1.30 petang, kami pun selamat check in kat resort ni. Setahu saya on the day yang kami check in tu kira ada 2 couple la yang sedang berhoneymoon termasuklah kami. Sebab kami sama-sama check in kat kaunter time tu. Hihihihi..saya syak couple yang satu tu memang baru sangat kawin. dalam 2,3 hari yang lepas. Inai masih ada kat jari..yang kami ni dah kat kuku dah.

Lepas dah settle kan hal-hal kupon parking..kupon sarapan..kupon steamboat n kupon candle light dinner, maka kami pun berangkutlah naik ke bilik. Kitorang dapat tingkat 4..seaview dan ada balcony..

Owh ye..pakej honeymoon yang somi saya ambik tak silap harganya RM559.00 untuk 3D2N..dan pakej tu termasuk la welcome drink, sejambak bunga ros, special gift (sorang satu), 1 basket buah-buahan, kelopak-kelopak bunga atas katil (hehehhehe sukaaaaaa...), 1st night ada candle light dinner, 2nd night ada steamboat..dan 2 kali breakfast. Jadi dengan harga begitu, saya rasa memang berbaloi la...Hehehhe..lagipun bilik dorang kasik yang ada seaview..

Sebelum ada gak survey harga yang dalam 1k++..kat tempat lain la..bagi saya duduk dalam 4D3N macam berbaloi juga sebab klu harga yang 1k keatas siap ada spa lagi..

Oleh kerana saya begitu teruja dengan pakej honeymoon ni..memang saya berhajat nak ajak somi ambik pakej honeymoon je kalau nak celebrate anniversary ke apa. Heheheheh bleh pasang inai siap-siap untuk feeling lebih pengantin. Huhuhuhu..

Bilik yang kitorang dapat adalah sangat luas okeh..syok owh bleh main kejar-kejar dalam bilik. Hahahahha! Luas gile..Masuk jek bilik terus teruja sebab ada sejambak bunga ros..ada kelopak bunga ros...welcome drink..owh sukakkkkk!

Kelopak bunga ros atas katil. Auwww!

Welcome drink..

Tang welcome drink..kemain poyo okeh kami berdua minum pakai gelas ni siap berlingkar-lingkar lagi tangan...ala...yang mcm orang minum kat tv tu. Hahahhahaha! bengong..macam tak boleh je minum secara normal..siap nk yampui2 bagai..tetibe encik somi kata 'yamseng..yamseng...' Ahahahahhahaha..yamseng ape ke bendenya abg oiii. Tapi encik somi je yang banyak minum ni..kejap-kejap bukak peti nak minum air ni..aku minum sekali je..tu pn tak abis..

Buah-buahan

Yang buah-buahan ni rasanya saya je yang makan..tu pun pisang je..yang lain cam malas nk makan..encik somi bawak balik umah sewa dia.

Sejambak bunga ros. Owh ni saya amik gambar masa last day dh ni.


Hye abg....*kedip-kedip mata* ahahahah!

Paksa somi amik gambar ngan kelopak bunga.

Kalau ikut hati..memang taknak alih kelopak bunga ni. Nak tido atas kelopak...baru la pengantin baru. Hahahah over kan aku?

Jalan-jalan di pantai

Lepas dah amik-amik gambar semua..kami pun keluar carik makan. Bahagia betul rasanya dapat makan makanan noghori. Lama gila tak makan. Lepas makan tu naik bilik and kroih-kroih...ilang akal ke apa nak jalan-jalan time tu. Panas gila kot. Lepas tido..dalam kul 5 lebih cenggitu, maka kami pun amik angin jalan-jalan kat pantai. Time tu ramai dah lepak pantai.

Encik somi..Saya suka tgk dia pakai short pants..nampak sempoi dan comel. Hehehehehhe

View pantai dari balcony..

Kolam renang adalah sentiasa ramai orang...tak paham aku. Kalau pepagi tu, tak menyempat2 nak sarapan dah ramai orang terjun kolam. Adeih la.

Love you! hiks...

Saya: 
 * selipar jepun pink RM3.90 Tesco - Seremban Jaya
* Baju RM10 - Times Square
* Cardigan RM 15.90 - Karamunsing Complex
* Shawl RM10 - Jln TAR (my very 1st shawl taun 2009..hahaha lama gila pakai shawl ni)
Hehehehhe...saya adalah suka belasah barang-barang murah..sebab bleh beli banyak baju. :P

Just Married: Jamil & Dyg

:)

Owh saya suka tengok kuku kaki saya berinai...

Sekarang inai kat jari hanya tinggal kat kuku ibu jari je.. yang lelain dah abis..sedih!...nasib baik kuku kaki lambat nak panjang..jadi ada banyak lagi inai. Selagi inai masih ada...selagi tu la saya masih feeling pengantin baru... hehehe

Lepak pantai sampai matahari dah nak terbenam...sempat okeh kami main kejar-kejar sambil terkekek ketawa. Hahahahah bahagia betul..macam dalam tv owh. Pastu encik somi belanja makan aiskrim..n duduk sambil tengok org lain main banana boat. Nak dekat maghrib baru naik ke bilik. Mandi..solat..n ready for dinner...



Cheers,
Amysue

Wednesday, January 11, 2012

Kamu yang pertama dan segalanya buat saya


Jam Pertama sebagai suami isteri
(11.11.11)

Dating Pertama sebagai suami isteri..hikhikhik *aku malas nk betulkan balik saiz pic ni
(13.11.11)

Pic Pertama di studio
(18.11.11)

Bulan Pertama sebagai suami isteri
(11.12.11)

Hari ni sudah bulan kedua...tadak gamba..sebab kami dah sebulan tak jumpa...This is awsome man!..sudah sebulan..syabas kerana sudah melalui dengan tabah tanpa somi di sisi. Abg! sila bagi hadiah sebab syg tabah. Hahahha!




Cheers,
Amysue

Monday, January 9, 2012

Honeymoon: Sesat di Seremban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Budak yang kalut baca peta

Selepas kecewa sebab tak dapat honeymoon dekat Langkawi..maka encik somi tukar la plan ajak honeymoon kat Port Dickson sajork. Ah! PD pun PD la..janji pakej honeymoon. Hahahah! janji ada bunga-bunga ditabur atas katil. Heheheheh nak feeling itu je pon.

Sehari sebelum pegi ke PD, kami gi hantar family saya kat LCCT nak balik KK..so dah alang-alang kat LCCT, maka kami pun teruskan lah perjalanan ke Seremban. Saya ajak somi bermalam di Seremban..lama dah tak merasa angin malam di Seremban. Hohoho! 

Sepanjang perjalanan ke Seremban saya tak tido pun, walaupun selalunya hanya beberapa minit pertama je saya pok pek pok pek meneman somi driving..selebihnya saya dah kroih...kroih kat sebelah. Hahahahah!..so bila somi tanya tak nak tido ke..saya dengan penuh yakin menjawab
"nanti abg sesat.."

heheheheh..kengkonon, saya la yang paling otai tahu jalan-jalan kat Seremban ni..kata pernah duduk 3taun kan kat Seremban...nak harap dia ntah kemana-mana je la kami nanti kann???

Sekali kau nak tahu berapa jam kami ambik nak sampai ke hotel??????? 3 JAM okeh!...jauh betul ek Sepang ke Seremban tu. Hahahhaha! tu la..otai sangat la..Memula yakin..last2, menghadapla juga google map..pastu, aku pun tak paham kenapa la kepala aku macam tak centre sangat ari tu..ntah apa-apa je la saya baca peta tu..beriya-iya pusing tempat yang sama 18 kali..sekali tu boleh pulak saya pi google tempat yang tak de kene mengena. Bolehhhh???

Nasib baik la somi jenis tenang..yang saya ni dah kalut cam ape je. Kejap suh U Turn..kejap suh masuk simpang sana...last2 aku dah fed up..pastu tensen sengsorang. Hahahahhaha! somi dah gelak-gelak tengok sambil cakap kat saya 
"jiwa kacau ni.." huuuuuuuuuu.....

Last-last sampai jugaklah kami ke Hotel Seremban Jaya..hihihi masa tempah online hotel ni kami main belasah jek..sekali kat Seremban Jaya daaaa..ingatkan sesaje letak nama Seremban Jaya...huhuhu...hotel baru ni..keadaan hotel pun tip top..satu malam tak silap RM79..tapi ni rate internet la. Kalau rate walk in idak le ku tahu.

Yo yo la kengkonon plan asal nak lepak-lepak bandar Seremban petang/malam tu.. huuuuu oleh kerana Sepang-Seremban kami kan sampai 3 jam (tangan di bahu, mata ke atas)..jadi otak si tukang pembaca peta dan si pemandu dah penat..sudahnya malam tu kami ke Tesco Seremban Jaya saja...makan..beli cover Ipad (hihihii murah jek kalau beli kat Tesco)..beli jajan..balik hotel dan kroih...kroih...

Esoknya, lepas sarapan..terus check out..awal-awal lagi saya dah google map cemana nak keluar highway untuk ke PD..macam ok..takdelah belit-belit sangat. Jadi, macam biasa saya kembali membaca peta dengan berhati-hati serta penuh keyakinan...sekali dah keluar highway...eh! apasal makin lama macam makin...errr...huuuuuuuuu 
"abang....syg rasa kita dah salah keluar highway le...." 

T__T...awal-awal je dah salah keluar highway. Hahahahahaha adoiyaiiii..sesat manjannng..

Tapi bandar Seremban memang dah lain gile. Banyak owh flyover..muka saya memang konpius manjang bila masuk bandar Seremban..kejap-kejap je kedengaran saya menjerit excited
" haaaaaa...syg kenal jalan ni..."
"haaaaaa...dulu dari asrama ke kolej lalu jalan ni...e'eh dah lain eh skang...bla..bla..bla.."

Maka dalam kul 1.30 ptg kami pun sampai juga akhirnya di Bayu Beach Resort..huhuhhu itu pun setelah sesat juga entah kemana-mana..hahahah terpaksa pusing balik..cheh! Bayu Beach Resortnye tepi simpang je ponnnn! haiyaaaa..

View dari bilik kami


Cheers,
Amysue

Friday, January 6, 2012

Honeymoon: Candle light dinner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aduhh! begegar kepala hotak saya ni asik batuk je..huuuuu tu la, x menyempat nak tunggu sembuh dah layan air ais kan..heh! rasain lho..huhuhu

Actually dis week agak bz juga buat kami seopis..masa tu la nak isi borang KPI..masa tu la nak update senarai tugas...nak hantar data untuk kemaskini..siapkan lesson plan untuk half semester..hahahha padan muka, sapa suh ujung taon ari tu bersenang lenang sangat. Meja kerja aku ni pun dah tak macam meja kerja...byk nau ketas..dinding2 kat tepi meja aku ni jadual sem-sem lepas pn ada lagi. adoiiii koser betul nk mengemas.

Cerita-cerita yang nak di blogkan pun berlambak je tak buat lagi. Hahahaah..lepas ni kau jangan heran kalau aku masih duk potpetkan cerita pat lima taon lepas. Huhuhuu..janji ada ye tak?

Owh ye..lepas majlis bertandang kat Raub ari tu, somi ajak saya berhoneymoon!. Hoyeh...asalnya kami dah tempah untuk berhoneymoon di Langkawi..tapi memandangkan tarikh kami tempah tu jatuh pada Lima 2011..maka banyak hotel telah full ditempah.. T_T aku dah gatal-gatal nak berhoneymoon kat Langkawi..uwaaa, tak kesampaian..takpe, next honeymoon bleh pegi.

Makanya, saya pasrah la kan nak honeymoon kat mana pun. TAPI...heheheh ada syaratnya, mesti ambil pakej honeymoon..takmo pegi kalau bukan pakej honeymoon. Hahahahah!..motip? sebab sy nak juga merasa katil yang di tabur2 kelopak bunga ros..nak juga merasa candle light dinner..nak juga merasa dapat jambangan bunga dari pihak hotel. Hehehehehhe...cerdik bukan? 

Last-last somi dapat carik pakej honeymoon yang murah. Heheheh tak kisahlah..murah ke apa..klu nak grand-grand nantilah kite gi luar negara ke apa. Makanya, kami berhoneymoon di Port Dickson sajork..di Bayu Beach Resort. Nanti saya blog out pasal pakej ni pakej ni dengan lebih lanjut. Heheheh yang penting, dapat gak merasa benda-benda yang saya nak sangat merasa tu selama 3D2N dengan hanya tak sampai RM600.

1st night jek dah buat candle light dinner. Awww! ai sangat berdebar-debar..waaaalaupun nak dinner ngn laki sendiri..tapi saya nervous..hahah makum le orang kampung cam saya ni mana la nak penah gi candle light dinner sebelum ni.. :p




Duduk je terus pelayan kat situ pasangkan lilin..hikhikhik eksaited saya.. huhuhhu tapi tidaklah berpanjangan api itu kerna..yelah, dah la kau duduk dekat ngan pantai kan..pastu opkos la angin pantai tu macam jeles nak bagi padam-padam api tu. Last-last, kami bercandle saja. hahahah

Boleh la makanannya pun...memula dorang serve soup n bread...pas abis, dorang serve chicken shop utk saya dan fish n chip utk encik somi..pastu dorang serve aiskrim...pastu minum panas bla..bla..okeylah juga makanannya.

Tea..saya memang penggemar tea

Thanks abg bawak ai pegi honeymoon

Owh encik somi suka jus oren ni..sebab rasanya memang lain skit dr jus bese..huhuhu ala, mebi dah campur ngan soda..memang la lain..

Menyesal mintak ciken chop..halfway, saya tukar ngan encik somi punya fish n chip..sebab dia punya makanan lagi cam nampak sedap.


Second night tu kitorang layan steamboat pulak..yang tu memanglah memasing jadik bapak n mak dugong..memang kenyang habis.

Thanks abg sekali lagi...mwah!



Cheers,
Amysue

Wednesday, January 4, 2012

Encik Somi, saya rindu kamu!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Eh, hari ni dah 4 January 2012 ye..haha buat2 lupa pula. Mahap le..takde entry penutup 2011 hari tu. Huhu maunye tak pada malam 31 Dec 2011 saya adalah terbaring (atau lebih tepat 'tidur') seawal jam 8.30 mlm sebab diserang demam panas. Huh! menempek aje la kau di atas katil sehingga 2 January 2012. Somi lak takde di sisi. huk! huk!huk!

T__T dah tiga minggu saya berjauhan dengan suami..rinduuunyee..next perjumpaan adalah pada bulan february nanti. Huaaaa! lama gilos lagi..nak mengira ari pun dah tak terdaya. Heheheh..Tapi apa boleh buat kan..bak kata somi, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...

Dan sejak kawin..setiap kali kemana-mana mestilah soalan cepu emas bertanyakan somi mana??..padahal kengkadang yang bertanya tu memang dah sedia maklum pun somi saya jauh..Huhhuhu sentap hati aiii okeh..tp okeylah dok menanya somi mana daripada menanya dah ada isi ke belom. Huhuhuhu memang manjang la sentapnye..

Sebenarnya saya rasa bersalah juga kan sebab tak ikut somi..yelah, kedudukan seorang isteri tu kan di sisi somi..sedih tahu bila mengenangkan somi basuh baju sendiri..iron baju sendiri..makan pn belum terurus..sedihhh..sebab saya belum boleh buat semua tu untuk dia. Tapi somi tak kisah pun sebab dia faham yang saya nak settlekan tentang keje dulu kat sini sebelum boleh saya ikut dia ke sana.

Saya mintak tempoh selewat-lewatnya pertengahan tahun ni untuk ikut dia ke sana. Memang saya tak dapat pindah on the spot. Banyak nak kena settle dulu kat sini..baru dpt ikut dia. Maka terpaksalah kami pasrah..sabar aje la kuncinya. Heheheheh..dan sampai ke sudah la tak abis-abis feeling pengantin baru. Heheheheh..yela mau tak feeling pengantin baru..2 bln skali br jumpa..setiap kali jumpa mesti nak bedebar-debar. Canerr?

Hahahahha! best kan? dan setiap hari juga la saya merindu..malah setiap kali tatap gambar..setiap kali tu la saya jatuh cinta. Hebak tak? hebak tak?...heheh itula kuasa cinta berjauhan.

Nasib baik lah kami ni memang pun pasangan jarak jauh sejak dari jaman bercinta..jadi takdelah kejutan budaya sangat..dah biase kut.cuma..perasaan rindu bergelar isteri ni lebih sikit..kalau tak kuat mental boleh jadi penyakit kemurungan nih. Heheheheh!..

yang si somi tak abis-abis menagih kasih sayang dengan member-member..kesian gile bila asik mengisi masa lapang dengan main game sampai ke pagi. Sedih kan dengar? Takpelah..saya yakin Allah pasti sudah merancang benda yang lebih baik buat kami berdua. Kami dah ada ikatan sah sebagai somi isteri ni pun dah buat saya bahagia berganda-ganda..serius saya sayangkan dia sepenuh jiwa raga saya...Love u abg!


Cheers,
Amysue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...