Friday, February 24, 2012

Honeymoon: Steamboat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Oleh kerana kami berhoneymoon 3D2N..maka, malam first tu dorang sediakan candle light dinner..and malam kedua dorang sediakan steamboat la pulak.

Kali ni takdelah malu-malu macam nak pegi candle light dinner. Memang dalam kepala hotak dah set nak makan bersungguh-sungguh. Perut pun awal-awal dah bagi space.

Sampai je terus amik gamba. Heheheheh..sebab sudah tahu, kalau soup dah ready memang kau takde masa nak snap-snap bagai. Banyak makanan nak tunggu turn masuk dalam perut kau. Jadi, encik kamera..sila ketepi. Heheh!.




Memula nampak segala mak nenek ayam sotong mende tu semua like "cukup ke? cam tak je"..makan punye makan..makan lagi..bla..bla....sampai tahap saya dah tak larat nak masuk dalam perut. Encik somi pun makin selow..Huhuhuhu kenyang gile. Dua-dua dah macam dugong. Hiks!


So far stay kat resort ni memang puas hati la..hihihihi sesuwei la kan dengan harganya..Owh! gamba memang tak banyak..sebab memang kami bersungguh-sungguh menikmati acara makan itu :)


Cheers,
Amysue

Thursday, February 23, 2012

Honeymoon: Bayu Beach Resort Day 2

Assalamualaikum dan Sejahtera...

Heheheh berjaman betul nak sambung citer pasal honeymoon nih. Gigih jugek la ari nih. Tapi tidak le banyak gambar nak share. hanya gambar syok sendiri kami berdua jek. Hehehe

Hari kedua berhoneymoon di PD blur tak tau nak gi mana. Encik somi adalah sangat malas nak drive ke Seremban. So beliau mengajak jenjalan kat area PD sajork...kau tau aje la, kalau dah kat PD dah tentu tarikan utama adalah pantai..takkan la nak bercanda di pantai dari pagi sampai ke petang kan? Gilo ko apo?? Hahahah

Tengahari tu lunch kat pekan PD..huhuhhu  duduk lunch aje dah berejam-jam..hohohoo macam deting sebelum kahwin punya routine jek..lepas dah penat borak-borak kami pun macam nak gerak la...sekali sampai jek kat keta..encik somi dah nampak lampu kete tak padam ye. Ntah bila masa dia pasang lampu kete..aiseh! kompem battery weak. Bila start kete...hemmmmm memang pon battery dah weak..tak dapat start...sib baik area-area kitorang parking tu ada bengkel kete..kalau idak??? tercalar percutian honeymoon saya. 

Bila kete dah ok..kitorang pun heading to PD Waterfront. Hehehhe..ingatkan dah siap..rupanya belom. Jadi amik gambo sajork!. Owh ye..sebelum kitorang pegi lunch tu, kitorang pegi hantar baju gi dobby. Almaklum le..berapa hari cuti haruslah banyak baju kotor. Takkan nak balik umah sewa suami...jadi marilah kita berdobby-dobby'an. Heheh.

                           
Sang somi di PD waterfront

Sang saya di PD water front

Hem...memang tak banyak gi jenjalan pun 2nd day tu..paling-paling lepak kat Teluk Kemang..beli ole-ole skit...lepak pantai lagi...pastu balik hotel ready for our dinner...steamboat!




Tapi saya rasa syok ah...1st time dapat duduk berdua-duaan dengan somi dan bercuti-cuti...walaupun cuma di PD..tapi saya sangat menghargai percutian ni. Encik somi ajak gi Bandung atau Krabi bulan April ni..tapi...pikir punya pikir..saya menolak..em better duit yang ada tu simpan untuk keperluan pindah umah nanti dan juga perpindahan-perpindahan yang lain. Kalau dah settle benda-denda tu semua barulah kita berhoyeh-hoyeh sampai lebam. Hohoho..bagaimana perasaan kamu encik somi? bahagia kan punya isteri yang tak suka membazirkan duit somi???? miahahahah.

Bersama kuih UFO

Banyak gak borong makan-makan tradisional bawak balik Sabah

Miss you encek hubby

Ya..gitu je la percutian kami. Nanti saya blogout pasal steamboat plak. Heheheh..



Cheers,
Amysue




Tuesday, February 21, 2012

Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selepas encik Jamil menyuarakan hasrat hati beliau nak ajak kahwin..dan dah ada tarikhnya..perkara pertama yang saya buat ialah search for procedure kawin untuk pengantin di negeri sabah *eh ye ke pekara pertama? bukan tempah tempat honeymoon ke yang kami buat dulu?? hahahha!*..yelah..kan nak nikahnya di Sabah..so kena ikut prosedur perkahwinan negeri Sabah la..

Tak banyak info yang saya dapat..tak ramai pun B2B dari  Sabah yang blog out kan persiapan kahwin dorang...that's why mana yang saya mampu, saya akan share info di sini...tapi sebenarnya takdelah lain sangat dari negeri lain.Sama je...cuma berlainan versi borang ikut negeri.

1. Pergi daftar kursus Pra-Perkahwinan..dan dapatkan sijil.

Sijil Pra Perkahwinan dan Buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan'

2. Pergi Pajabat Agama Daerah masing-masing untuk dapatkan borang Kebenaran Berkahwin dengan kadar RM5

Ni contoh borang Kebenaran Berkahwin

3. Pergi buat ujian saringan HIV..dapatkan tandatangan pegawai perubatan yang buat ujian saringan tuh.
    B2B dari KK boleh refer entry ini untuk lebih info.

4. Bagi yang bekerja..pegi dapatkan surat pengesahan status bujang uollss...dan mintak tandatangan dari majikan..bagi yang tidak bekerja boleh mintak tandantangan pengesahan di borang dekat ketua kampung.

5. Lengkapkan butir-butir peribadi...carik dua orang lelaki untuk saksi borang (saksi borang tidak semestinya akan jadi saksi masa nikah nanti)..

6. Sediakan salinan kad pengenalan uolss yang mendapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara...salinan kad pengenalan saksi..sijil pra-perkahwinan yang ori ye..(boleh semak dokumen yang diperlukan di muka hadapan borang)

7. Compile semua dokumen dan borang kebenaran nikah dari pihak lelaki dan pihak perempuan. Kalau dah complete, bleh la submit borang kat Pejabat Agama Daerah memasing.

Borang saya dan borang dia yang dah lengkap. Siap untuk disubmit. heheheh! gigih nau aku memadam butir2 peribadi :)

8. Nanti akan diberi borang nikah yang perlu dilengkapkan semasa majlis nikah nanti.

9. Persediaan untuk nikah...
    - Mas Kahwin
    - Duit untuk 2 orang saksi (RM40..sorang dapat RM20)
    - Duit sijil nikah (RM10)
    - Duit untuk jurunikah (RM60)

Bagi encik somi..dia kena uruskan borang kebenaran nikah versi Raub punya..pastu kena dapatkan surat Kebenaran Berkahwin Dalam  Mukim Masjid Yang Lain..dah settle semua dokumen dan borang,  boleh la submit ke Pejabat Agama Daerah masing-masing selewat-lewatny aseminggu sebelum bernikah.

Sesungguhnya..maklumat yang saya bagitau ni adalah sehingga hari ini punya maklumat...untuk kepastian, bolehlah selalu berhubung terus dengan pejabat agama daerah masing-masing ye. Saya cuma membantu mana yang mampu je.



Cheers,
Amysue

Monday, February 20, 2012

Amy + Sueraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya start menggunaka nama Amy Sueraya atau AmySue..atau Army Sueraya sebagai nama alternatif saya (alternatif sangat..ngeh!ngeh!) dah lama kot..maybe around 1999 cenggitu kot. Segala ID kat alam maya kebanyakkannya saya pakai nick tuh. Sampai aku dah tak reti nak pakai nama lain. Penah cuba kot dengan nama lain, tapi tak lekat...huhuhuhu dah la tak lekat, siap aku lupa yang aku pakai nama tuh. Huhuhuh! tapi ada gak saya perasan orang lain pun pakai nick nih. Tak tau la..

Sebenarnya Sueraya tu adalah nama kepada kawan baik saya. Kami satu sekolah masa form 1-3..form 4 tu dia dah balik semula ke Sibu. Woh ye..dia owang Sarawak. T____T i miss her damn so much!

Baru tengahari  semalam gi jumpa dia kejap. Lama gila kot tak jumpa. Last time saya jumpa dia masa tahun 2007. Teruja gila bila dapat tahu dia ada kat KK..tapi tulah just dapat jumpa dia kejap (kejap sangatt T__T), dia ada kt KK pun sebab join rombongan sedara dia yang kawin ngn orang sini.

Siap masa drive balik umah tadi, airmata aku bergenang-genang sebab rindu nak hang out dengan dia..nak mencurah rasa hati ngan dia..nak ber'girl talk' ngan dia. 

Masa zaman sekolah dulu kami agak rapat..selalu escape sama-sama gi KK semata-mata nak gi beli majalah omputih yg de artis pujaan kami. Heheheh! dia gila BSB dulu. Huhuhuhu..tapi selain daripada tu, saya rapat dengan dia sampaikan selalu berkongsi makanan yang mak ayah saya bawak kalau lawat saya dekat asrama..pastu kalau ayah saya belikan buku ulangkaji ke..soalan-soalan PMR ke..saya selalu gak kongsi ngan dia. Yelah dia jauh..everything dia kena beli sendiri dan settle sendiri.

Bila form 4 dia balik semula sekolah kat Sibu, kami masih aktif berutus surat...malah setiap kali 'Hari Kekasih', oleh kerana saya takde bf, jd saya ekspresikan kasih sayang saya buat dia. Gigih sangat buat kad untuk dia. Segala masalah tak kisah masalah kawan ke..masalah berkaitan family ke semua kami curahkan melalui surat. Owh! miss that moment.

Hihihi masa dia blaja UIA dulu, penah la sekali lepak tido kat hostel dia. Tu je la sekali pun..pastu dia kahwin..makin la susah nak jumpa. Apapun saya bahagia dan hepi tengok dia sekarang. Kahwin dah nak masuk 7 tahun..with 2 children..saya jeles. Hehehehhe! mudah-mudahan perkahwinan saya juga sebahagia dia. Aminnn..

Walau singkat je kami berjumpa tadi..sempat juga dia menitipkan pesan buat saya...pesan buat perkahwinan saya..T___T kenapa setiap kata-kata dia buat saya tenang? kenapa saya sangat selesa dan x kekok berjumpa dia walau dah hampir 5 tahun x jumpa..selalu kalau ngan kengkawan lain mesti ada rasa kekok sikit.


T__T sekeping pic je dpt amik tadi. Husband dia gi bawak anak jenjalan tempat lain..makanya tak dapat mintak amikkan gamba..dan dia adalah super duper tinggi..terpaksa pendekkan diri untuk bergambar ngan saya. Heheheh..Owh she's half chinese sebenarnye. Her mom yang chinese..sbb tu sepet..anak-anak dia lagi comel..semua sepet cam maknya.

Owh..I need my bestfriend here with me now..supaya ada tempat untuk saya mencurah segala rasa hati...kan best kalau saya dan sue duduk dekat. Seriussssss.. saya tenang bila bersama dia. *kenapa tetiba airmata nak mengalir*

Miss her..




Cheers,
Amysue

Friday, February 10, 2012

Jawatan Kosong lagi (Updated!)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya ada berita baik untuk uols semua..especially yang masih tercari-cari kerja dan bermastautin di negeri Sabah..heheh tapi kalau ada yang dari luar Sabah yang rela bekerja dan tinggal di Sabah pun boleh...

Kolej Yayasan Sabah Digital New Media Center sedang mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut untuk berkhidmat di kampus ini:

1)  Pensyarah Animasi
2)  Pensyarah Visual dan Multimedia
3)  Pensyarah Filem dan Dokumentari
4)  Pegawai Pemasaran
5)  Pen. Pegawai Tadbir

Untuk jawatan 1-4, anda haruslah mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.

Untuk jawatan no.5 , anda haruslah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang yang berkaitan dan memiliki kenderaan (motor pun okey).

So, kalau berminat hantar resume beserta cover letter ke alamat email saya amysueraya@yahoo.com.sg , dan saya akan foward ke bahagian yang berkaitan untuk proses selanjutnya.


Tarikh Tutup Permohonan: As long as iklan ini  masih kelihatan di belog saya, maka ertinya post tu masih available. Kalau saya dah removed, memang dah tak ada dah post kosong.


Cheer,
Amysue

Wednesday, February 8, 2012

Rumah Terbalik di Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

First time berita kewujudan 'Rumah Terbalik' ni memang saya teruja tahap gaban. Yelah, selama ni kan like..tengok ada kat luar negara je. Ni dah ada kat Malaysia..nak-nak pulak ada kat negeri sendiri maunya tak teruja kan? so tanpa membuang masa, saya ngan kengkawan pun plan la  pegi.

Wah! kelassss tau...saya yang drive ye ke Tamparuli. Hehehehe! agak first time jugak la memandu sampai ke area Tamparuli..Takdelah jauh mana pun dari bandar KK. Kalau drive berkelajuan kejap-laju-kejap-perlahan seperti saya ni dalam 40minit gak la. Kalau drive maintain lajuuuuuuu..x sampai setengah jam sampai dah kut.

Masa pegi tu actually kiorang main redah je. Masing-masing tak tahu tempat sebenar. Cuma berbekalkan info yang saya baca, Rumah Terbalik ni dekat ngan SMK Tamparuli..tepi jalan. Memang senang je nak carik. Betul-betul tepi setesen minyak Shell sebelum SMK Tamparuli tu.

Kredit to Diam Diam Ubi

Sampai-sampai je memang gila-gila teruja tengok ada kete kancil terbalik duk kat garaj depan Rumah Terbalik tu.Wah!!!!! kagum. Terus menuju ke kaunter tiket untuk beli tiket. Owh ye, harga tiket adalah RM18 bagi dewasa yang takde Mycard. RM10 dewasa dengan Mycard. Kanak-kanak sehingga 12 tahun RM5. Bawah 3 tahun Free.

Dapat jek tiket ingat bleh terus masuk..hehe rupanya kene tunggu turn. Tak bleh masuk sekali gus. Sekali masuk dalam 5-6 orang camtu la. Pastu ada pekerja yang akan guide kita. 

So sad to inform..xleh bawak kamera masuk dalam rumah tu. Kalau didapati amik gambar..setiap keping gambar akan didenda RM100. Makanya, kita terpaksa merakam setiap benda yang kita nampak tu kat dalam kepala. Heheh.


Owh..sebelum masuk tetamu akan diberi penghormatan untuk memukul gong 'Selamat Datang' ni...after that..sebelum masuk ke dalam rumah, kene ketuk pintu sambil bagi salam ke..hello ke..ikut lah kebiasaan masyarakat kita macamana kalau masuk rumah orang kan..



Setiap kumpulan pengunjung yang masuk ke dalam rumah ni akan diberi penerangan mengenai Rumah Terbalik ni termasuklah sejarah mengapa tertubuhnya rumah ni. Hemmm..baru ku tahu, rupanya rekabentuk rumah ni serta hiasan dalaman adalah based on true story. Rumah original yang normal memang wujud..heheh maybe somewhere in Kota Belud. Tapi cat tak sama la. Heheheh ingat nak lawat rumah dia sekali. Hiks!..



Mengikut penerangan tour guide ni, rumah ni milik pasangan berketurunan suku kaum Dusun Tindal + Sino..dan pasangan ini mempunyai seorang anak yang nakal (sekarang baru berusia 9 tahun)..tak silap, anak mereka la yang mula-mula mempunyai idea nakal mahu menterbalikkan rumah mereka..hehhe dan parents budak tu la yang further up the idea pada individu yang bertanggungjawab untuk merealisasikan rumah terbalik ni. Hehehehe untuk cerita lebih lengkap dan tepat, sila la datang berkunjung ke Rumah Terbalik ni. Memang dia akan ceritakan semua. Tapi memandangkan saya dah teruja tahap gaban bila masuk ke rumah, saya dah tak berapa fokus sgt dah apa yang tour guide tu cakap. Hahahahah!..em..semua perabot dalam rumah tu pun milik family tersebut.


Masuk dalam rumah ni..walau macamana pun tahap keterujaan uols...kita memaaaaang tak mampu untuk bertahan lebih daripada 15 minit di dalam tu. Malah duduk dalam tu dalam 10 minit pun memang akan mengundang pening..boleh mual rasanya. Heheheh sebab, otak kita secara automatiknya menterjemah sesuatu di luar kebiasaan kita. Banyak trick yang memaksa otak kita berfikir. Hehehheeh makanya, cepatlah nak pening. Susah untuk kita melihat hiasan dalaman yang semuanya terbalik dan tergantung tu tanpa berfikir cemana pulak jika semua tu dalam keadaan normal.

Senang cakap ah..kalau siapa berani untuk challenge diri untuk melihat sesuatu di luar kebiasaan boleh la masuk ke rumah ni. Tapi untuk yang tidak mampu menerima benda-benda di luar daripada norma..emm, better jangan pegi la. Sebab sekarang pun sudah kendengaran juga kontroversi mengenai kewujudan rumah ni like segala kepeningan yang dialami pengunjung menunjukkan rumah ni tidak bersifat environment-friendly...bla..bla..(huh!..like i care..kehkehkeh)

Tapi apapun..saya melihat kewujudan Rumah Terbalik ni sebagai satu benda baru yang...... gila cool!..heheheheh..kau memang kool la Rumah Terbalik!


Sebelum balik beli keychain untuk kenangan-kenangan. Btw, ujung bulan ni kene bawak encik somi pulak pegi sini. Uolss pegi juga tau!

p/s: Bila saya cakap mudah pening tu idak le kat situ juga ko muntah ijau..Heheheh dia macam tetiba macam something wrong sikit. Heheheh, tapi kalau dah kau kebal..memang kebal la jugak kan. Maybe tak pening la. 

Cheers,
Amysue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...