Monday, February 20, 2012

Amy + Sueraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya start menggunaka nama Amy Sueraya atau AmySue..atau Army Sueraya sebagai nama alternatif saya (alternatif sangat..ngeh!ngeh!) dah lama kot..maybe around 1999 cenggitu kot. Segala ID kat alam maya kebanyakkannya saya pakai nick tuh. Sampai aku dah tak reti nak pakai nama lain. Penah cuba kot dengan nama lain, tapi tak lekat...huhuhuhu dah la tak lekat, siap aku lupa yang aku pakai nama tuh. Huhuhuh! tapi ada gak saya perasan orang lain pun pakai nick nih. Tak tau la..

Sebenarnya Sueraya tu adalah nama kepada kawan baik saya. Kami satu sekolah masa form 1-3..form 4 tu dia dah balik semula ke Sibu. Woh ye..dia owang Sarawak. T____T i miss her damn so much!

Baru tengahari  semalam gi jumpa dia kejap. Lama gila kot tak jumpa. Last time saya jumpa dia masa tahun 2007. Teruja gila bila dapat tahu dia ada kat KK..tapi tulah just dapat jumpa dia kejap (kejap sangatt T__T), dia ada kt KK pun sebab join rombongan sedara dia yang kawin ngn orang sini.

Siap masa drive balik umah tadi, airmata aku bergenang-genang sebab rindu nak hang out dengan dia..nak mencurah rasa hati ngan dia..nak ber'girl talk' ngan dia. 

Masa zaman sekolah dulu kami agak rapat..selalu escape sama-sama gi KK semata-mata nak gi beli majalah omputih yg de artis pujaan kami. Heheheh! dia gila BSB dulu. Huhuhuhu..tapi selain daripada tu, saya rapat dengan dia sampaikan selalu berkongsi makanan yang mak ayah saya bawak kalau lawat saya dekat asrama..pastu kalau ayah saya belikan buku ulangkaji ke..soalan-soalan PMR ke..saya selalu gak kongsi ngan dia. Yelah dia jauh..everything dia kena beli sendiri dan settle sendiri.

Bila form 4 dia balik semula sekolah kat Sibu, kami masih aktif berutus surat...malah setiap kali 'Hari Kekasih', oleh kerana saya takde bf, jd saya ekspresikan kasih sayang saya buat dia. Gigih sangat buat kad untuk dia. Segala masalah tak kisah masalah kawan ke..masalah berkaitan family ke semua kami curahkan melalui surat. Owh! miss that moment.

Hihihi masa dia blaja UIA dulu, penah la sekali lepak tido kat hostel dia. Tu je la sekali pun..pastu dia kahwin..makin la susah nak jumpa. Apapun saya bahagia dan hepi tengok dia sekarang. Kahwin dah nak masuk 7 tahun..with 2 children..saya jeles. Hehehehhe! mudah-mudahan perkahwinan saya juga sebahagia dia. Aminnn..

Walau singkat je kami berjumpa tadi..sempat juga dia menitipkan pesan buat saya...pesan buat perkahwinan saya..T___T kenapa setiap kata-kata dia buat saya tenang? kenapa saya sangat selesa dan x kekok berjumpa dia walau dah hampir 5 tahun x jumpa..selalu kalau ngan kengkawan lain mesti ada rasa kekok sikit.


T__T sekeping pic je dpt amik tadi. Husband dia gi bawak anak jenjalan tempat lain..makanya tak dapat mintak amikkan gamba..dan dia adalah super duper tinggi..terpaksa pendekkan diri untuk bergambar ngan saya. Heheheh..Owh she's half chinese sebenarnye. Her mom yang chinese..sbb tu sepet..anak-anak dia lagi comel..semua sepet cam maknya.

Owh..I need my bestfriend here with me now..supaya ada tempat untuk saya mencurah segala rasa hati...kan best kalau saya dan sue duduk dekat. Seriussssss.. saya tenang bila bersama dia. *kenapa tetiba airmata nak mengalir*

Miss her..




Cheers,
Amysue

1 comment:

dwaty said...

miss my bff too... tp dorg semua busy... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...