Tuesday, February 21, 2012

Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selepas encik Jamil menyuarakan hasrat hati beliau nak ajak kahwin..dan dah ada tarikhnya..perkara pertama yang saya buat ialah search for procedure kawin untuk pengantin di negeri sabah *eh ye ke pekara pertama? bukan tempah tempat honeymoon ke yang kami buat dulu?? hahahha!*..yelah..kan nak nikahnya di Sabah..so kena ikut prosedur perkahwinan negeri Sabah la..

Tak banyak info yang saya dapat..tak ramai pun B2B dari  Sabah yang blog out kan persiapan kahwin dorang...that's why mana yang saya mampu, saya akan share info di sini...tapi sebenarnya takdelah lain sangat dari negeri lain.Sama je...cuma berlainan versi borang ikut negeri.

1. Pergi daftar kursus Pra-Perkahwinan..dan dapatkan sijil.

Sijil Pra Perkahwinan dan Buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan'

2. Pergi Pajabat Agama Daerah masing-masing untuk dapatkan borang Kebenaran Berkahwin dengan kadar RM5

Ni contoh borang Kebenaran Berkahwin

3. Pergi buat ujian saringan HIV..dapatkan tandatangan pegawai perubatan yang buat ujian saringan tuh.
    B2B dari KK boleh refer entry ini untuk lebih info.

4. Bagi yang bekerja..pegi dapatkan surat pengesahan status bujang uollss...dan mintak tandatangan dari majikan..bagi yang tidak bekerja boleh mintak tandantangan pengesahan di borang dekat ketua kampung.

5. Lengkapkan butir-butir peribadi...carik dua orang lelaki untuk saksi borang (saksi borang tidak semestinya akan jadi saksi masa nikah nanti)..

6. Sediakan salinan kad pengenalan uolss yang mendapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara...salinan kad pengenalan saksi..sijil pra-perkahwinan yang ori ye..(boleh semak dokumen yang diperlukan di muka hadapan borang)

7. Compile semua dokumen dan borang kebenaran nikah dari pihak lelaki dan pihak perempuan. Kalau dah complete, bleh la submit borang kat Pejabat Agama Daerah memasing.

Borang saya dan borang dia yang dah lengkap. Siap untuk disubmit. heheheh! gigih nau aku memadam butir2 peribadi :)

8. Nanti akan diberi borang nikah yang perlu dilengkapkan semasa majlis nikah nanti.

9. Persediaan untuk nikah...
    - Mas Kahwin
    - Duit untuk 2 orang saksi (RM40..sorang dapat RM20)
    - Duit sijil nikah (RM10)
    - Duit untuk jurunikah (RM60)

Bagi encik somi..dia kena uruskan borang kebenaran nikah versi Raub punya..pastu kena dapatkan surat Kebenaran Berkahwin Dalam  Mukim Masjid Yang Lain..dah settle semua dokumen dan borang,  boleh la submit ke Pejabat Agama Daerah masing-masing selewat-lewatny aseminggu sebelum bernikah.

Sesungguhnya..maklumat yang saya bagitau ni adalah sehingga hari ini punya maklumat...untuk kepastian, bolehlah selalu berhubung terus dengan pejabat agama daerah masing-masing ye. Saya cuma membantu mana yang mampu je.



Cheers,
Amysue

7 comments:

elnino moona said...

waaa... sy suka entry ni kak.. sgt membantu..hehehe..:)

Dayang_Amy said...

elnino: hiks..hrp dapat mmbantu kamu.. :P

Shaa said...

Salam Dayang,

Surat pengakuan bujang tu lelaki perempuan kena buat? ada sample?

Dayang_Amy said...

sha: kalau kamu bekerja just minta surat pengesahan dr HR..memang ada tu

Anonymous said...

kursus 2 kna daftar n tgu giliran lg ka? Lau dkk kna p muis kk la kn? Kurang info la psal krsus kwen ni

Dayang_Amy said...

kursus tu pegi daftar bersama dengan tarikh yang kamu mau pegi..nanti dorang akan check samada tarikh tu masih ada kosong atau tidak..kalau full kamu boleh pilih mana2 tarikh yang dorang masih kosong..

kalau d kk pegi muis..boleh pegi daftar di agensi yg urus kursus ni..x silap nama company tu mawaddah..

yuyu said...

hai .. nak tnya selepas smua settle anta borang semua 2 kat pejabat agama bila depa akan pggil..contoh tetap tarikh kahwin 24 bln 5 .borang anta 10 bln 5..sempat ka.atau borang ni dpat blik lmbat.sya bertunang ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...