Tuesday, April 24, 2012

j.a.r.a.k

OP : www.faizalsham.com.my


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ya Allah...
Aku rindukannya keranaMu ya Allah...
Jauhkanlah aku dari perkara yang mmbuatkan aku lupa kepadaMU..
Aku semakin mengerti.. 
'Jarak' ini bukan untuk menghukum ku..
Tetapi 'Jarak' ini untuk MENJAGA aku dan dia

Dengan 'Jarak' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan 'Jarak' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepadaMu Ya Allah..
Dengan 'Jarak' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan 'Jarak' ini akud an dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan..
Dengan 'Jarak' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti..
Aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA
untuk melayari semua ini dengan jalanyang diredhai.

(sumber: Facebook)
********

Masuk bulan ni kira dah lima bulan kami menjadi suami isteri..sikit ari lagi dah masuk setengah tahun. Huhuhuh! terasa cepatnya masa berlalu..tapi saya masih rasa kami baru sangat berkahwin..hihihi apa taknya..statusnya aje dah nak masuk setengah tahun..tapi realiti sebenarnya..mungkin tak sampai 2 bulan kami merasa hidup bersama.. maksudnya dia ada di sisi saya. huuhuhu selebihnya..kami dipisahkan oleh jarak tempat yang agak jauh..siap pisah ngan laut china selatan lagi..

Kadang-kadang hati mengeluh...sampai bila mahu begini?? tapi nasib baik masih berfikiran waras dan sabar tu masih ada. Hihihi kadang-kadang kalau tengah borak ngan somi lalu termengeluh terus cepat-cepat tampar mulut sendiri. Heheheh saya dah somi dah macam berjanji tak mau mengeluh-mengeluh...kan tak baik..hanya perlu lalui dengan sabar. Setiap kesabaran itu saya pasti ada kemanisan..

Bila pikir-pikir balik..saya tetap bersyukur dengan keadaan kami..masih ramai lagi sahabat saya di luar sana yang sominya berkerja di laut. Maknanya kene berlayar berbulan-bulan..haduiii lagi pedih...saya ni paling-paling punya lama tak jumpa pun 2 bulan. Kalau tak memang sebulan sekali samada saya ke sana atau dia ke sini.. 2 bulan tu masih lagi tahap ok bagi saya. Hihihihi yela...kata dari sejak kapel memang berjauhan kan..jadi saya tak tekejut sangat dengan keadaan begini.

Kalau tengok account airasia somi saya memang berderet la penerbangan yang sudah di tempah. Sejak dari awal kahwin account somi suda tersenarai penerbangan-penerbangan yang sudah di tempah sehingga hari raya tahun ni..kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih..

Jadi kalau nak kata kos itu masalah utama kami..rasanya tak adil kut..sebab penerbangan murah tu ada bila-bila sahaja..hanya perlu cekap menyambar sahaja...juga cekap merancang. Kalau apa yang dirancang tidak menjadi anggaplah bahawa Allah itu lebih mengetahui yang sebaiknya daripada apa yang kita rancang...gituuuuu..jadi takdelah tekanan tak tentu pasal.


Cheers!
Amysue



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...